Pagi tadi saya memulakan sessi physio-therepy di sebuah klinik swasta sebagi ikhtiar memulihkan apa yang tidak kena dengan keadaan kesihatan fisikal saya kini. Saya memaksa diri walaupun tidak selesa. Bila pulang ke rumah saya berehat sebentar dan berfikir-fikir tentang betapa lajunya masa berjalan dan betapa rapuhnya diri saya dari hari kehari. Saya melihat-lihat fail simpanan di komputer dan mahu berkongsi fikiran yang terlintas.
Kalau memutar kembali masa adalah suatu yang mustahil, maka adakah sesuatu yang masih mungkin ?...
Saya mencari-cari yang mungkin.
Dalam kesibukan menjalani hidup oleh kita semua, terutama bagi diri sendiri diakhir-akhir ini, saya ingin mengongsi fikiran saya mengenai perihal diri sebagai hamba Allah.(Itulah yang ingin saya capai untuk mendapat kurnia Allah yang menerima saya sebagai hambanya yang tulin).
Kelemahan dan kekurangan saya adalah semuanya bersebab dari diri saya sendiri kerana ciri-ciri dalaman saya yang rapuh. Namun selalu juga tertanya-tanya bolehkah saya membela diri dengan mengatakan saya berkeadaan begini adalah kerana keadaan sekeliling saya yang tidak mendorong saya untuk menjadi insan yang benar-benar hidup mengikut lunas-lunas yang telah ditentukan oleh Allah. Bolehkah saya berlepas diri dan menyalahkan kepimpinan negara atau ketua keluarga atau sistem pendidikan atau sistem sosial yang tidak memberi panduan jelas atau tarbiah yang sewajarnya. Bagaimanakah saya dapat mencari jalan keluar membela diri atas segala kepincangan sikap dan kelemahan perbuatan di hadapan Mahkamah Agong Allah Swt nanti di Hari yang tiada siapa dapat membantu.
Saya cuba menjawabnya bagi diri sendiri dan selalu rasa amat bersalah kerana ingin bersembunyi dibelakang tirai yang yang saya pasang sebagai perisai mahu lari dari kenyataan.
Perkara ini adalah suatu yang melibatkan banyak perihal yang bertindih dan memerlukan analisa yang berstuktur. Tetapi saya suka berkongsi secara santai maka saya lihat dari satu sudut dahulu untuk memudahkan bicara dan menguji daya fikir sendiri.
Saya menjangka ada persaman sedikit sebanyak apa yang berlaku pada diri saya berlaku juga pada orang lain yang sebaya dengan saya dan saya rasa berlaku juga pada generasi muda hingga kini walaupun tidak serupa dalam bentuk dan gaya.
Malaysia sudah tidak jijajah secara fisikal sejak tahun 1957. Tetapi saya merasai masih ada kesan-kesan penjajahan diminda dan dengan fakta globasasi sekarang ini, penjajahan minda makin terserlah jelas. Saya merasakan seperti kita terperangkap dalam suatu fenomena sosio-politik yang menimbulkan berbagai dilemma dikalang kaum dewasa dan juga kaum remaja. Ramai antara kita yang masih terumbang ambing tentang hala tuju hidup sebenarnya. Secara sedar atau tidak sedar saya rasa kita masih amat jauh dari apa yang Allah tuntut dari kita.
Negara Malaysia adalah terdiri dari individu-individu seperti kita. Maka pastinya kitalah yang bertanggong jawab sepenuhnya untuk membina sebuah masyarakat dan sebuah negara yang aman makmur, berwibawa dan mengikut dan mencontohi lunas-lunas sebuah negara seperti yang mula-mula dibentuk oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhamamad Saw dan didukung oleh Sahabat-sahabatnya yang hebat-hebat belaka dari semua aspek. Selama 23 tahun Rasulullah Saw mengembangkan Islam. Baginda dapat memerintah senahagian besar dunia ketika itu dengan sokongan umatnya yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
Kita bagaiman ye?.......
Diakhir-akhir ini saya mengikuti sedikit sebanayak peristiwa-peristiwa dan malapetaka yang terjadi dan berlaku di negara Islam di dunia luar sana. Siapakah agaknya yang harus membela kehidupan rakyat biasa yang menjadi mangsa berbagai keadaan manusia terutamanya kezaliman mereka yang berkuasa sama ada dari segi kuasa ekonomi atau kuasa politik.
Maka saya terus mengulangi fikir-fikir saya samaada saya dapat belepas diri di hadapan Mahkamah Allah nanti mengenai perjalanan hidup saya dan mereka yang di bawah tanggong jawab saya secara langsung atau tidak langsung.
Lalu dalam sunyi sepi malam-malam yang berlalu, dalam suasana hening dan rasa insaf dan sayu, saya "memutar semula" kadar sebentar detik-detik hidup saya ini dalam usaha saya cuba mencari jalan yang terbaik untuk diri, untuk keluarga terdekat dan keluarga besar sebagai usaha mengubah dari yang tidak baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik atau terbaik di sisi Islam.
Dalam hal ini pemikiran saya selalu sahaja merujuk kembali pada zaman kanak-kanak saya. Ini kerana saya amat menghargai legacy peninggalan orang tua saya dalam mengharung pahit getir kehidupan untuk sesuap nasi menghimpun tenaga dan sepapan bumbung di atas kepala.
Ini adalah antara sessi tarbiah generasi pelapis di Masjid Kg Tunku dalam program khusus yang saya rakam tahun lepas. Di celah-celah mereka adalah juga kumpulan dewasa biasa dan dewasa tua seperti saya.
Saya terpanggil melihat sesuatu mengenai diri dan apa yang berlaku di sekeliling dalam rangka melalui kehidupan yang telah berlalu sekian lama.
Kini menjelang lagi program khusus ia itu acara mengingati lahirnya junjungan besar Nabi kita Muhamad SAW. Melihatnya dalam usia kini saya "menginginkan" satu daya upaya untuk memutar kembali detik-detik waktu yang saya lalui (REVERSING THE CLOCK ON LIFE) agar dapat saya melihat apa yang harus saya perbaiki untuk memastikan hidup ini dimunafaatkan mengikut acuan yang Allah tuntut dan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Saya sedar pastinya mustahil dapat memutar kembali masa yang telah berlalu. TIME WAITS FOR NO MAN. Dan Surah Al 'Asr dalam alQuran telah pun melakarkan awal-awal lagi bahawa kita akan kerugian jika kita bertangguh-tangguh untuk berbuat sesuatu yang baik dan tidak menggunakan masa dengan cekap dan teratur.

Bapak dan Emak saya pendatang dari Tanah Jawa. Maka saya adalah keturunan orang pelarian, bukan pelarian perang tetapi pastinya dikira sebagai pelarian ekonomi. Sudah beberapa kali saya menceritakan nya tetapi kali ini saya hanya mahu mengimbas kembali betapa saya diajar untuk tidak malas menjalani hidup seharian, sebagai anak kampungan penoreh getah, di kawasan pinggiran hutan yang ditebang sendiri oleh bapak saya sejurus sampai di bumi ini. Dalam ingatan ketika itu, sehari hujan turun, seharilah kami tidak ada pendapatan untuk menampung keperluan harian. Kalau hujan beberapa hari, maka selama itulah kami berusaha mencari punca lain mendapatkan rezki atau berbuat sesuatu untuk tidak membazir waktu bertiduran seharian dalam cuaca dingin kerana hujan yang berpanjangan. Ada kalanya dimusim hujan kami akan juga pergi ke kebun getah menebas semak samun, atau pergi mencari ikan belud di parit-parit yang menandakan sempadan kebun milik orang. Kadang-kadang saya ikut bapak dan kadang-kadang saya ikut emak membantu mencari rezki semampunya. Seingatan saya, saya tidak pernah rasa terpaksa bekerja kuat. Semuanya saya rasa seperti itu suatu yang lumrah. Dicelah-celah kerja seperti itu bapak akan bercerita pengalamannya semasa di Tanah Jawa.Cerita-cerita itu adalah bekalan semangat yang membuat kerja susah jadi senang dan bila menghadapi masaalah tidak rasa kelangkabut yang memusnah daya fikiran.
Apabila sudah bersekolah, saya sudah tidak lagi membantu di kebun, terutamanya semasa di sekolah menengah kerana bapak sudah mula uzur dan emak harus menjaganya. Tugas saya hanya belajar dan membantu mengurus kebersihan rumah dan apa jua yang diarah oleh enam orang kakak-kakak saya. Tetapi saya bukan yang suka belajar "giler" seperti kata anak-anak sekarang. Oleh kerana sudah dibiasakan beraktiviti di luar rumah, maka saya suka bersukan lebih dari saya suka belajar. Bukan hebat pun kebolehan bersukan tetapi cukup seronok menjadi wakil sekolah di peringkat Daerah.
Saya tidak pernah menjadi juara walaupun saya mimpikannya, saya tidak pernah jadi serikandi negara, walaupun rasa teruja membaca cerita serikandi negara dalam sejarah. Dalam kerjaya semasa dewasa pun saya tidak pernah dianugerah bintang kebesaran seperi teman-teman saya. Saya sekadar pegawai yang mudah berkerja kuat kerana sudah terdidik dari kecil begitu, dan saya amat terhutang budi pada orang tua saya. (Sekarang saya sudah diajar menyebut alhamdulilah atas segala kurniaan Allah).
Oleh kerana latar belakabg hidup saya yang membuat saya yakin untuk mencuba apa sahaja, saya dilabel sebagai seorang pegawai yang suka
Silap saya ketika itu saya amat kurang mendekati mereka yang arif dalam agama walaupun bapak saya adalah seorang Santri Pondok sebelum datang ke sini. Saya sekolah agama hingga ke darjah Khas di Johor tetapi jelas itu tidak mencukupi. Saya dididik dalam sistem pendidikan Nasional yang amat mirip pada celupan Barat, dan saya rasa seperti tidak bersalah berfikiran Barat dan mengambil ringan pemikiran Islam. Semasa saya mula berkerja pada tahun !972, sebenarnya sudah mula wujud usaha-usaha kumpulan dakwah, tetapi saya tidak mengerti tujuan besarnya. Maka jalur hidup saya amat berbeza.
Maka apabila sampai kesuatu persimpangan jalan yang penting dalam hidup saya, timbul banyak penyesalan. Saya berkejar kembali dari Amerika suatu ketika kerana kakak kesayangan saya sakit tenat. Saya hanya sempat beberapa bulan bersamanya sebelum dia dijemput bertemu yang maha Khalik. Peristiwa ini amat memberi kesan pada saya dan ia menyedarkan saya bahawa dalam hidup ini yang pasti hanya MATI. (The only sure thing in life is death). Selain itu tidak ada kepastian. Maka saya berpusing 180 darjah dan merobah perjalanan hidup saya untuk menumpu kepada usaha yang di hujungnya saya diyakinkan akan bertemu dengan yang pasti. (Alhamdulilah, Allah maha mengasihani dan Allah memberi peluang pada saya untuk membuat perubahan. Ketika itu saya berumur 33 tahun. Semoga Allah mengampuni.)
Atas galakkan teman-teman dan dengan kehendak Allah jua, saya telah mencuba membuat perubahan positif yang sewajarnya semasa dalam perkhidmatan hinggalah sekarang. Maka di hujung-hujung hidup ini saya rasa tersedih kerana, antara lain, saya banyak kerugian masa. Rasa tersedih juga melihat anak-anak dan anak-anak buah saya dan cucu-cucu kakak saya dan anak-anak muda umumnya yang ada diantaranya bersikap sambil lewa dalam hidup. Mereka mudah bersikap mengikut arus dan tidak mahu mengambil sikap untuk menegakkan fikiran sendiri. Saya sudah melihat dan melalui liku-liku jalan itu dan amat rasa tersedih dan memikirkan bagaimana saya berupaya untuk meyakinkan bahawa hidup ini tidak boleh diambil mudah, dan bahawa hidup ini punya obektif tertentu yang tidak boleh dijual beli.
Anak-anak saya sering juga berbeza pendapat dengan saya. Bila saya tanyakan dengan teman-teman rapat sama ada naak-anak mereka rasa sehaluan dalam menjalani hidup ini, ada yang seperti perihal anak saya, ada yang tidak dan ada yang berlainan sama sekali. Subhanallah.....
Betul atau salahnya fikiran kita, perlu kita uji terlebih dahulu untuk kita mendapat kepastian dan meyakinkan diri bahawa tidak mengapa bersikap berbeza asalkan ia tidak berlawanan dengan apa ynag betul dan benar dan bukan semata-mata mengikut apa yang dikatakan oleh orang-orang disekeliling kita apa yang betul dan benar itu.Yang benar datangnya dari Allah.
Walaupun kita sudah Merdeka, dan disekeliling kita berbagai ilmu boleh diperolehi dan diterokai, tetapi kita masih ketinggalan. Mungkinkah kerana kita rasa hebat dengan kemewahan yang ada berbanding negara membangun yang lain maka kita leka di buai kemewahan dan keselesaan.
Agaknya berapa ramai anak-anak muda dewasa ini yang berfikiran lesu dan sepertinya tidak bermaya untuk bertindak cergas membetulkan keadaan. Dalam pemerhatian rambang saya ramai yang hidup mengikut arus yang tidak selari dengan syar'ie. Kalau arus itu betul, tidaklah dibimbangkan.(Kita tidak semestinya melawan arus, cuma kita sepatutnya tidak mengikuti arus yang salah). Saya tidak membuat kajian dan tidak pula membaca atau terbaca kajian-kajian yang dibuat dalam hal ini. Maka sentiasa risau sama ada saya sendiri sudah berbuat sesuatu yang mencukupi untuk keluarga dan keluarga besar ke arah yang lebih baik mengikut arahan alQuran. Itu yang membuatkan rasa tersedih dan sentiasa rasa khuatir dan kadang-kadang rasa amat khuatir.
Seperti tiada hujungnya fikiran saya ini. maka saya berhenti di sini. Semoga Allah mengampuni.
....
4 comments:
Salam Sis, kita kena tukar our eating habit totally!
Doctor advised me to stick to oats for breakfast with black coffee or tea.
Kalau kita boleh tahan makan oats ( sekurang-kurangnya kita dah buang 1 meal yang 'notorious ' yang kita dok makan selama hari ni!
Assalam
Saya yakin, bagi yang sentiasa mengingati hari pembalasan, mereka akan tetap selalu takut dan kesal atas segala "keburukan" yang pernah mereka lakukan dan apa juga "kebaikan" yang tak sempat mereka lakukan. Dengan izin-Nya kita cuba lakukan yang terbaik. Dengan izin-Nya juga kita mohon balasan baik dan benar-benar mendapatkannya dari-Nya. Dalam rasa kekusutan yang acap datang, mari kita juga terus menyakini Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Pengampun.
Assalamualaikum....Sis. Bila nak sembang panjang ye? Huzaifah is not at Adni. Tukar sekolah ke Bangi...Sri Aeyshah. Similar to Adni. Stay with own parents. So, jauh nak ke tempat kita boleh sembang.
Makan is my weakest department. Doakan sihat, kita boleh tukar-tukar fikiran. Moga jadi ilmu yang dimunafaatkan. TQ singgah.
Waalaikum....
Pak Temuk, saya terpegun baca kata-kata Pak Temuk. Saya mendidik hati untuk meyakini. Terasa jauh jalan pulang ini. Moga Allah mengasihani dan meredhai. Pak Temuk Doakan saya. TK.
Post a Comment