"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 29, 2013

Love is ......


Purple color symbolizes secret love.

Dua hari dulu sessi physio therepy di CERAJEM menyentuh hati saya.
Setiap hari ada sahaja sudut pandang hidup yang diceritakan
 supaya masa menanti giliran tidak membosankan. Malahan ada saja ilmu mengenai kesihatan yang diutarakan. Sering juga diceritakan cara perubatan orang-orang Korea Selatan.

Moderatornya (seorang wanita) bijak sekali menarik perhatian peserta yang majoritinya berumur lima-puluhan dan lebih. Hari itu ia bercerita tentang kasih mengasihi antara dua suami isteri.
Hidup di era teknologi canggih ini kita tidak boleh lagi bergantung pada anak-anak untuk menjaga kita di waktu tua terutama bila uzur merangkul diri.

Lantas saya terfikir. Ada yang meletakan elctronic surveillance untuk mengetahui gerak geri ibu-bapa tua di rumah tanpa kehadirinya secara langsung. Ini sudah dikira sangat peka menjaga ibu bapa.
Sekiranya pembantu di rumah menganiyaya ibu-bapa ia boleh berbuat sesuatu dengan segera.
Cuma ada pembantu yang sudah tahu 
bagaimana mahu mengelak dari terlihat pada peralatan yang ada.
Teringat saya peristiwa semasa menjaga cucu di Jepun. Ada individu yang meletakan alat itu untuk menjaga anjing kesayangannya bila ditinggalkan di rumah. 

Rasa tersedih, rasa sayu.

Maka moderator itu kata kita tunjukan kasih sayang suami isteri dengan cara maximanya. Sentuhan fisikal sangat penting walau pun ia hanya memeluk isteri semasa isteri memasak untuknya dirumah. Atau sebaliknya ketika suami membaca surat khabar. Atau lain-lain ketika yang menunjukan kemesraan sebenarnya.
Jangan rasa malu. Kami seperti dalam 'group therepy'. Maka kami diminta peluk suami dan suami peluk isteri subagai simbol kasih sayang sejati untuk dihayati selama mana Allah masih kurnia hidup ini.

Kami semua gelak ketawa kerana seperti tidak natural perbuatan ini. 
Namun moderator itu kata supaya jangan ambil ringan hal ini 
kerana diumur dewasa tua, kita hanya berdua sahaja.
 Itu hakikatnya. Anak-anak merupakan bonus sahaja
 jika mereka menunjukan kasih sayang mereka. 
Kita mesti jaga diri kita sendiri. Jangan harap orang lain.

Moderator kata pula jika kita malu hendak memluk pasangan,
 maka katakan sahaja apa rasa dihati. Katakan rasa cinta atau apa rasa yang luar biasa yang belum dikatakan pada pasangan. 
Maka seorang suami dengan emosi berkata,"I love you, sayang."
Isterinya kata ia amat terharu kerana tak pernah  dia kata begitu.
 Ini baru pertama kali, 
dan di hadapan teman-teman yang baru dikenali. 
Ia benar-benar rasa terharu dan kemudian memeluk suaminya.
Kami semua bertepuk tangan. Dalam hati saya juga terharu.

Bila sudah dewasa tua dan tidak  sihat pula, kita sering melihat semula diri kita
 dan diri pasangan kita.
Rupa-rupanya kasih melimpah ruah, cuma jarang-jarang ditunjukan secara lisan dan secara sentuhan yang tidak mengharapkan balasan. 
Agaknya peristiwa-peristiwa seperti ini yang membuat peserta rajin ke CERAJEM. Sambil merawat diri, sambil mengubat hati. Dapat juga mengenali teman-teman
supaya hidup tidak sangat sunyi.

Semoga Allah mendengari rintihan hati, semoga Allah mengampuni.

....

5 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Memang betul kita kena jaga diri dan jaga kesihatan, kalau kita terlalu bergantung dengan anak-anak kita akan keciwa. Bukan kerana anak-anak kita tak sayangkan kita tapi keadaan dah berubah, masa semakin singkat dan manusia semakin sibuk - mencari rezeki, membesarkan dan memberi pendidikan pada anak-anak mereka dsb. Tak macam kita dulu,rasanya kita ada banyak masa dan banyak ruang untuk menziarah ibubapa walaupun jauh di kampung.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT

Saya pernah mencuba rawatan di ceragem ini sebanyak 3 kali selepas diberitahu oleh seorang sahabat semasa berkenalan satu bilik di Wad otopedik HKL dalam tahun 2004. Disebabkan tulang belakang saya ini sudah terlalu kronik rawatan tak dapat diteruskan, namun saya yakin bagi sesiapa yang tidak alami sakit tulang yang kronik seperti saya mereka boleh sembuh sepenuhnya dengan izin Allah. Adik ipar saya baru sahaja membeli alat ini pada tahun lepas, katanya sebagai langkah pencegahan.

Werdah said...

Maaf kak, tahun 2006 tersilap pula..

ngasobahseliman said...

Dear KJ,
Betul tu. Maka kita doa panjang dan selalu. Kebergantungan kita hanya pada Allah dan Allah sahaja. Semoga kita dikurnia kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.
Salam.

ngasobahseliman said...

Dear Werdah.
Akak dengar pasal cerajem ini lebih lima tahun dulu. Tapi masa tu tak kisah nak cuba. Sekarang baru tahu ada kesannya. Nanti Akak cerita lagi kesan-kesan lain semoga Allah kurnia.
Salam. Semoga Werdah sihat-sihat sahaja. Akak ikuti entry-entry Werdah dan banyak tambah ilmu.Alhamdulilah.

Related Posts with Thumbnails