"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 17, 2013

Moroccan reunion...




Dalam kesibukan mengendali Tadika SUFI di Tangkak, kami sempat juga melapangkan masa bertemu dengan teman-teman yang bersama-sama ke Morocco pada bulan November tahun  lalu. Mereka tinggal di Kuantan tetapi sering ke Kuala Lumpur. Maka kami bertemu minum teh di rumah Dato Dr Husin dan isterinya sibuk melayan. 
(Yang duduk di kanan Dato' Dzulkifly dari kuantan.)

Petang itu cerita berkisar ke mana lagi akan kita pergi di umur dewasa tua ini. Semuanya sudah banyak menjelajah diserata dunia semasa berkerja dahulu. Tetapi anehnya bila tua ini masih juga suka nak berjalan. Katanya menjelajah sambil berkerja tidak sama seperti menjelajah dunia sekarang ini. Relax!......

Selain dari cerita-ceriti hal-hal lucu dalam perjalanan  dan penjelajahan, saya mengambil kesempatan untuk cerita bagaiman kita umat Islam di mana jua kita berada boleh melibatkan diri tampil menyertai semangat usaha pejuang-pejuang Islam yang mahu melihat mertabat orang Islam tinggi dan tidak diperlekeh seperti sekarang ini. Kami bersetuju tidak lain bahawa ILMU adalah pokok perjuangan Islam. Tetapi Ilmu tanpa Iman dan Taqwa akan menjadi suatu kepincangan. Maka sambil kita sembang-sembang santai, haluan pemikiran kita harus sentiasa kearah usaha menegakan Kebenaran Allah yang maha Pencipta, Tuhan sekelian alam.

 Yang duduk di tengah Datin Fatimah dari kuantan.
 Isteri Dato Dr Husin bertudung putih sibuk menghidang.

Pada petang itu  kami yang lain adalah jemaah masjid Kg Tunku. Semua suka berjalan. Saya sebenarnya sekarang ini kurang suka tetapi saya mera'i suami saya yang suka melihat tempat yang dahulu masa muda belum pernah pergi. Allah suka kita menjelajah muka bumi ini dan menuntut kita mengambil iktibar. Namun our mind set berbeza dari seorang ke seorang. Maka kita melihat sesuatu dari berbagai sudut. Kadang kala bertembung pendapat. Tidak salah berbeza pendapat. Cuma bagaimana kita mahu melihat sama ada pendapat kita itu harus kita nilai semula kesahihannya. Itu proses yang berat, terutamanya diumur amat dewasa ini kerana banyak "prejudices" yang masih menghantui minda dan hati. 

Yang terbaik kita ikut contoh kata-kata hikmat Imam Syafi'ee. "Aku rasa aku betul, tetapi mungkin juga aku salah. Dia salah tetapi mungkin juga dia betul". Kata ustaz ini adab orang berbeza pendapat.


Semoga Allah mengampuni dan memandu ke jalanNya hingga kedestinasi akhir dengan Rahmatnya.
Semoga setiap aktiviti yang kita sukai mempunyai nilai tambah dalam hidup ini yang Allah redha hingga ke akhirat.

Di akhir pertemuan kami bercadang untuk ke Moscow di musim bunga ini. Ada yang kata Eastern Europe.  Entahlah. Kita hanya merancang Allah menentukan.    

.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails