"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, January 15, 2013

.......enter teacher Embah !


"Assalamualaikum,"....enter teacher Embah di rumah bahagian TASKA untuk anak -anak umur 2 bulan hingga 3 tahun di Tadika / Taska SUFI seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Di bahagian Tadika saya perkenalkan diri sebagai teacher Embah, Teman saya teacher Ummi dan suaminya teacher Atok. Adik teman saya sebagai teacher Ibu.  Saya senyum lebar cuba menawan hati si kecil yang masih terpinga-pinga. Masih awal pagi bagi si kecil. Baru jam lebih kurang 7.15 dan beberapa tiny tots masih tidur lenyak selepas ditinggalkan oleh ibu/bapa untuk pergi kerja.

Saya tunduk dan ankat dukung yang terdekat sekali. Mudah bagi yang ini. Namanya Adam. Tapi ada yang agak tidak yakin dengan hasrat saya untuk bermesra. Begitulah keadaan pada minggu ketiga Taska dibuka. Masih ada yang belum selesa. Kalaulah ibu tak perlu kerja di luar...........

Pasti itu harapan hati si kecil. Apakan daya..... keadaan memaksa.





Antara anak-anak yang ada, seorang ini cepat rapat dengan saya. Bila saya masuk ia berada di bilik sebelah. Terus ia angkat tangan minta didukung. Eh...Eh...Saya seperti tidak percaya. Kata pengasuh yang hampir dengan saya, " di rumahnya nenek yang menjaganya." Oh...baru saya mengerti. Rupa saya yang tertua di situ pasti seperti rupa nenenknya. Maka ia rasa yakin mendekati saya. Saya dukung sebentar dan kemudian duduk bersama beberapa ketika menunngu giliran mandi. Pengasuh yang memandikan mereka. Saya hanya memerhati. Sudah kurang upaya dan tidak mampu membuat kerja-kerja renyah, terutamanya bila anak kecil mahu mandi dengan caranya sendiri. Karenahnya berbagai......

Di bawah ini saya rakam anak-anak kecil yang akhirnya dapat saya yakinkan untuk dekat dengan saya. Rasa "hebat" seketika dan amat bersyukur Allah banyak memudahkan.


   
Di sini saya ingin berterus terang mengatakan saya amat kurang pengalaman dalam mengurus dunia si kecil seperti apa yang saya buat sekarang. Masaalah yang saya hadapai dengan anak-anak kecil yang terpaksa diasuh oleh orang lain tidak akan dapat saya selami sepenuhnya. Teringat saya cerita anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa dalam mala petaka bumi seperti tsunami dan sebagainya. Ia amat memberi keinsafan betapa anak-anak ini kebingungan dan ketakutan. Sebab itu negara maju secara professional menghantar pakar psikologi kanak-kanak untuk cuba mewujudkan ketenangan, kecerian dan rasa selamat walaupun berada dikalangan orang-orang yang asing baginya. Subhanallah. Allahu Akbar. Allah yang maha pengasih dan penyayang akan anak-anak yang tidak berdosa ini.  Maka saya rasa agak tersedih hati apabila ada diantara kita yang mengambil mudah dan jarang-jarang mahu menghampiri dan menyelami jiwa anak-anak. Dalam perhatian saya ada ibu bapa yang tidak mahu berulit dengan anak-anak kerana menganggap memberi keselesaan fisikal dirasai sudah mencukupi. Di SUFI Tangkak kami ada seorang yang mahir dalam soal "Parenting" dan kami akan menjemputnya dalam sebulan dua ini. Semoga terlaksana.

Guru-guru di SUFI yang kami bentuk untuk menjadi murobbiah akan kami hantar berkursus "hands on" bersama  mereka di Adni Islamic School dari masa kemasa. Kami amat berterima kasih dengan Adni yang membantu dalam semua hal yang kami kekurangan.

Sampai di sini dulu cerita Di SUFI Tangkak. InsyaAllah akan cerita lagi di lain entry.


....

No comments:

Related Posts with Thumbnails