"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, February 16, 2013
Cerita seharian Jumaat semalam.....
Jam 12 tengah malam saya belum tidur, buat itu buat ini dan terbayang-bayang macam mana hendak melalui kesesakan jalan raya utara selatan untuk saya pulang ke Tangkak bagi menyambung kerja-kerja saya di Tadika SUFI yang telah lama saya tinggalkan pada kawan kerana merawat diri yang kurang sihat.
Tiba-tiba jam 4 pagi terjaga kerana bunyi cellfon di sebelah telinga. "We lost Hj Mustaffa" sms ringkas dari kawan saya yang sudah berada di SUFI. Saya tidaklah terkejut kerana sudah beberapa hari ia dirawat di ICU HUKM kerana lemah jantung dan berbagai complication yang lainnya. Ia adalah adik lelaki teman karib saya dan saya mengenalinya kerana ada kalanya saya dijemput hadir dalam majlis pertemuan keluarganya.
Baru berumur 62 tahun dan punya pendirian tegas dalam memahami politik semasa. Saya suka cara ia berhujah dan akan sentiasa ingat lawak yang dibuat mengenai karenah orang-orang politik yang mahu menjadi pemimpin walau pun belum cukup 'matang' dalam hal hidup dan kehidupan.
Saya akan rasa kehilangannya. Tetapi apakan daya. Itulah lakaran hidup setiap insan. Sampai masanya kita akan dikembalikan. Upacara persemadian ringkas dan cepat dan suami saya tidak sempat untuk bersama dalam solat jenazahnya. Agak terkilan rasa dihati. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya dan ia diiktiraf Hamba sebenarnya.
Dengan rasa agak sayu tersedih kehilangan, saya menghadirkan diri pula pada tengah harinya bersama teman-teman yang saling menjalin silaturrahim setiap bulan. Perjumpaan ini memang sudah diaturkan. Mereka ada program khas setiap kali berjumpa. Pada hari itu saya "voulanteer" memulakan "sembang dakwah". Maka saya pilih tajuk "Moments of Truth" mengimbas peristiwa perginya seorang kenalan yang saya cerita di atas tadi.
Detik pertemuan dengan Malaikat Izrail adalah suatu yang boleh menggerunkan. Pastinya saya sendiri amat takut memikirkannya kerana sentiasa belum rasa bersedia. Bilakah boleh rasa bersedia kita manusia yang tidak terelak dari dosa. Perbincangan kami meliputi hal-hal berkaitan berilmu dan beramal, bertaubat, menginfakan harta, masa dan tenaga dan berbagai lagi. Saya sentuh sedikit prinsip "Erti Hidup pada Memberi" seperti dalam Blog Ustaz Hasrizal untuk kita contohi. Alhamdulilah ramai kami yang terkesan dengan prinsip ini. Beberapa kawan-kawan saya yang masih menjawat jawatan tinggi awam secara kontrak dan sama-sama kami mengingatkan diri supaya ada nilai tambah untuk kita bawa pulang menghadap yang maha Pencipta. Semoga mereka akan terus peka rezki yang Allah beri melimpah-limpah itu pasti ada tujuannya yang khusus bagi diri dan khusus bagi sesama manusia. Tugas-tugas mereka berkait terus dengan pembentukan dasar negara sama ada dari aspek teknologi maklumat, hasil cukai negara, perdagangan dan sebagainya. Kalau kita lalai nowaitu lilahita'ala ia akan menjadi suatu yang caunter-productive bagi diri dan bagi umat amnya. Semoga Allah menunjuki jalan.
Rasa sedih masih terasa. Saya sampai balik di rumah agak lewat kerana menumpang kenderaan seorang teman. Sampai di rumah saya terkejut melihat kereta anak saya berkecai cerminnya. Katanya ia berlaku semasa solat Jumaat. Keretanya MYVI dan tidak ada barang yang bernilai. Tetapi agaknya mereka menyangka ada sebuah bagpack yang ada di tempat duduk itu pastinya ada barang berharga. Beg itu berisi baju sukan anak muda. Itu sahaja.
Yang menjadi perhatian saya ialah hal-hal seperti ini makin menjadi-jadi dalam negara kita. Adakah kerana anak-anak muda tidak ada pekerjaan maka hidup merempit atau apakah sebab sebenarnyanya. Pihak kerajaan harus melihat ini sebagai sympom penyakit masyarakat dan harus mencari jalan mengatasi puncanya. Penyakit sosial ini kalau tidak dibendung dengan serious, buruk padahnya bagi semua.
Ini harus ditangani kerana PRU 13 sudah amat hampir. Siapakah yang akan menuding jari pada siapa. Jangan kita suka berkuasa tetapi lalai melaksana tanggongjawab dengan sempurna. Semoga selepas Pilihan Raya ini ada perubahan menuju kesejahteraan yang sejati dan pemimpin yang menang faham sungguh-sungguh erti hidup BERTUHAN dan apa jua tindakan yang diambil akan dipersoalkan di hadapan mahkamah yang tiada siapa boleh mencari helah berlepas diri begitu sahaja.
Berbalik kita pada cerita kereta anak saya yang dipecah cermin pintunya. Anak saya amat 'frust' dan tidak bercakap banyak. Saya tahu ia masih kesempitan wang dan Allah uji dengan peristiwa ini. Suhanallah. Allah sayang pada hambanya yang taat padaNya. Saya cuba berkata sesuatu mengambil kesempatan keadaan yang dialami semoga anak saya tidak akan berbuat sesuatu yang sia-sia.
Hari Jumaat bukan harinya dan bukan hari saya. Sebenarnya tidak boleh berkata begitu. Astaghfirullah. Tiada kena mengena hari dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Pada malamnya anak saya menggunakan kereta ayahnya dan tayar pulak meletup di Highway ke Puchung. Sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak ada alat pula untuk mengganti tayar. Allah uji sedikit sahaja. Lalu pula kereta Ronda Lebuhraya. Mereka berhenti membantu maka legalah anak saya.
Syabas pada pengurusan lebuhraya. Anak saya rasa tenang sedikit. Ia balik menceritakan hal yang berlaku dan mohon pinjam kereta saya pula.
Ketika saya menulis ini jam 1 pagi ia belum pulang lagi. Harap-harap tidak ada lagi peristiwa atau cerita yang mencoret jiwa....
Semoga Allah mengampuni segala kekurangan dan kelemahan. Semoga kita sentiasa didekatkan padanya.
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment