"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, February 13, 2013

Tersesat-sesat di Sentul







Sejak bersara saya jarang-jarang sekali   turun ke Bandararaya Kuala lumpur. Pada malam cuti Hari Raya Cina yang baru lepas saya dan suami bersetuju menghadiri Majlis Pernikahan anak pada anak saudara sepupu saya. Zakaria Sungeb namanya, berasal dari Johor Bahru.  Ingatkan pada musim cuti begini tidak akan banyak kenderaan di jalan raya. Meleset jangkaan saya. Baru saya sedar Sentul bukan kawasan yang ramai penduduk keturunan Cina. Maka malam itu jalan raya tetap sibuk.


Halatuju ialah ke Bandar Baru Sentul. Suami saya kata ia rasa boleh cari tempat itu di mana majlis diadakan iaitu di Masjid Amru Ibnu Al-Asr. Hampir dua jam barulah berjumpa setelah penat bertanya-tanya bila menemui jalan buntu. Bagusnya saya menyedari bahawa penduduk keturunan India tahu letaknya masjid itu. Wow ! betul-betul 1 Malaysia itu dihayati rakyat. Saya tersesat-sesat ke kawasan Kuil Hindu. Penduduk di sekitar Kuil itu pun sangat peka di mana letaknya Masjid. Bila hampir betul-betul dengan Masjid saya mendapat pengesahan dari penduduk Islam, seorang wanita, dan ia senyum lebar bila saya katakan saya dari Petaling Jaya. Penduduk Petaling jaya pun boleh tersesat di Kuala Lumpur.

Sentul sudah tidak rupa Sentul yang saya tahu10-15 tahun yang lalu. Begitu lama saya tidak ke daerah itu. Syabas pada pemerintah yang telah membina prasarana yang memudahkan lalu lintas. Cuma saya rasa sedikit tak puas hati kerana arah tunjuk jalan amat sedikit sekali dan tidak jelas kelihatan. Penduduk Sentul agak padat kerana ramai yang tinggal di rumah bertingkat-tingkat.

Bila pulang selepas majlis saya perhatikan pula banyak tempat makan yang menarik di pinggiran jalan-jalan dari masjid hingga hampir saya keluar kawasan Sentul. Saya dan suami berhenti disalah satunya atau yang terkeluar dari kawasan Sentul sebab saya sudah hilang haluan jalan. Kami  mencari makanan ringan untuk mencuba aura makanan di kawasan itu. Dengan cahaya lampu yang berwarna -warni, tempat itu menarik. Tetapi saya kesal sedikit tentang kebersihan. Saya tidak hendak gambarkan bagaimana rupa tempat itu di siang hari. Ini kelemahan kita orang di Malaysia. Belum First Kelas dalam menjaga kebersihan. Semoga ada perubahan kerana Islam amat menuntut kebersihan sebagai sebahagian dari Iman.

Setelah selesai makan dan membuat bayaran kami menanyakan bagaimana bisness di kawasan itu. Tidak seberapa, kata pembantu warung. Hanya dihari-hari cuti sahaja ada ramai sedikit pelanggan. Kami makan TomYam kueh-tiew dan minum teh-o. Harga bagi kami berdua ialah Rm12. Tidak lagi seperti 10-15 tahun yang lalu. Semuanya sudah mahal. Tidak lagi kita boleh mendapat makan seperti itu kurang dari Rm10 bagi dua orang. Suami saya kata itu masih murah. Kerajaan harus peka membina tempat yang lebih baik untuk tarikan yang lebih menarik dan selesa persekitarannya.

Tetapi sama pentingnya ialah menentukan rakyat ada pekerjaan yang baik dan setaraf dengan tahap kelulusan akademik. Barulah mudah berbelanja di luar dan bisness pun boleh lebih lancar. Saya dapati sekarang beberapa orang yang saya kenali termasuk menantu saya sendiri berkerja dengan gaji kurang dari Rm2,000/- bagi lulusan sarjana muda. Saya takut taraf hidup rakyat makin menurun. Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan berbagai sumber asli, tetapi rakyat belum dapat menikmati sepenuhnya. Kalau kita tidak memunafaatkan limpah rahmat kurniaan Allah dengan penuh amanah, saya takut Allah murka. Dan saya amat takut hendak memikirkan akibatnya.

Bagaimana agaknya keadaan selepas Pilihan Raya Umum ke13 nanti.......
Saya sedang fikir-fikir.....
Sama-sama kita fikir...
Semoga Allah menunjuki jalan  yang membawa kesejahteraan dunia dan akhirat.

...

2 comments:

Temuk said...

Assalam.
Alhamdulillah, kerana kenduri-kendara kita juga berpeluang menemui sanak saudara sambil melihat-lihat tempat lama yang sudah jadi baru!

Pak Temuk turut berasa gerun pula menanti kedatangan PRU-13 itu. Kalau hari mengundi 13 Mei, tentu Pak Temuk lagi kecut perut. Semoga, siapa pun yang berkuasa nanti, Allah tetap mengasihi dan mengasihani kita dan mengurniakan kepada kita kebahagiaan dan kesejahteraan.

ngasobahseliman said...

Yalah Pak Temuk. Kita dalam zon kritikal dan semoga Allah kurnia pemimpin yang takut Allah, dan kita mendapat perlindungan di dunia dan mendapat redha Allah sampai ke akhirat.

Related Posts with Thumbnails