"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, February 22, 2013
SUFI'S "State of the Union"...
"We have a dream ......"
Saya dan teman-teman di SUFI ada sebuah impian,.....sebuah wawasan, iaitu bagaimana nanti anak-anak didik kami atau keturunan mereka suatu hari dapat menerajui kepimpinan umat sejagat.
Kami bertekad suatu hari nanti akan akan terbentuk kembali Empire Islam, kuat teguh menegakan Kebenaran yang di bawa oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.
Kalau hari ini President Amerika Syarikat Barack Obama berdiri megah dalam jentera kerajaannya di hadapan "State of the Union" menggariskan bebrbagai dasar termasuk bagaimana kekuatan mereka akan sentiasa menerajui kepimpinan dunia, kami di SUFI bertekad bahawa dengan berkat kesungguhan dan keikhlasan kami melaksana program pendidikan yang Holistik dan Sepadu yang dapat membentuk generasi berteraskan alQuran, maka denagan izin dan kehendak Allah jua Amerika syarikat akan bertukar wajah dan kepimpinanannya akan diterajui oleh seorang yang beriman dan bertaqwa. Ini tidak mustahil. Kami hanya mahu menyahut seruan Nabi kita muhammad saw dan semoga impian kami jadi kenyataan.
Maka pada Ahad minggu lepas kami menegadakan sessi perjumpaan dengan ibu-bapa anak-anak Tadika dan Taska SUFI untuk terus memberi penjelasan bagaimana kami beroperasi berasaskan prinsip-prinsip INTEGRATED AND HOLOLISTIC EDUCATION SYSTEM DAN QURANIC GENERATION DEVELOPMENT PROGRAM, (IHES /QGDP). Kami menjemput pengasasnya Pak Hasni dari Adni Islamic School, Kuala Lumpur untuk meyakinkan ibu-bapa bahawa sistem ini boleh menghasilkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan di mana Ilmu dan akhlak di anggap sama pentingnya dalam membina seorang Insan. (Knowledge and Taqwa = Success).
Pak Hasni menyeru supaya ibu-bapa memberi sokongan kuat dalam usaha ini kerana tidak akan tercapai kejayaan jika sekolah sahaja yang berusaha. Ia memerlukan pemikiran dan tenaga semua pihak, secara langsung atau secara tidak langsung.
Dalam program inilah saya teringatkan Pak Hasni seperti sedang berdiri di "State of the Union" dalam jentera kerajaan Amerika Syarikat menegakan Kebenaran. (It's a dream. But if you don't have a dream, how can you have a dream come true. So said my teacher when I was in school.)
Mana tahu anak kecil ini yang akan menggantikan "Barack Obama atau yang lain sepertinya". Atau mungkin anak kepada anak ini atau cucunya.................atau siapa jua yang terdidik dengan aqidah yang jitu.
Anak ini kami didik memperkuat aqidah mengabdikan diri pada Tuhan Allah yang Satu. Tiada yang lainnya. Setiap pagi ini adalah antara ikrar yang kami "pahat" ke dalalam hati-hati mereka. Dengan keyakinan ini, Ilmu mudah diperolehi dan minda mereka nanti akan meneroka keajaiban alam ciptaan Allah yang maha berkuasa.Dunia akan tunduk pada Islam. Semoga Allah memudahkan dan meredhai usaha yang kami harap akan bersambung-sambung hingga impian menjadi kenyataan.
Ya.......Saya dan teman-teman membina impian.....
Biar putih tulang jangan putih mata...
Ibaratnya......
Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan menerima usaha yang kerdil ini.
Semoga Allah mendengari dan kami menjadi sebahagian dari semua pihak yang berbondong-bondong bergerak melaksana Seruan Illahi dan semoga kami menjadi hamba-hamba yang diredhaiNya.
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment