Iklan cosmetics - gambar hiasan sahaja.
Sepertinya...
Fitrah manusia...
Ingat, lupa lantaran diasak berbagai cita rasa.Fitrah manusia...
Tiada kekuatan membantah melarikan diri dari cengkaman paksa
Yang nampak seperti mahu membela,
Menghulur keselesaan, menghulur cinta, memerangkap jiwa
Anak-anak gadis kehilangan punca.
Sering kecundang...kecewa...
Tak terduga...
Hati-hati mereka bukan sentiasa ria,
Disebalik senyum-tawa memendam rasa
Gelisah resah serba tak kena
Sering kecundang...kecewa...
Tak terduga...
Hati-hati mereka bukan sentiasa ria,
Disebalik senyum-tawa memendam rasa
Gelisah resah serba tak kena
Bukan hati mereka sentiasa riang
Debaran jantung degap degup bimbang tak terkawan
Mereka takut kehilangan.......
Disangka janji-janji indah menjamin masa hadapan.
Mereka sebenarnya takut hakikat kebenaran
Takut disingkir teman-teman, keseorangan.....ketinggalan.
Ini amat menghantui fikiran dan mereka terus rasa kebingungan
Rasa benci, geram, marah tetapi terbisu bibir tergamam

Tetekala diundang beraksi menghibur nafsu-nafsu liar bergelimpangan
Mereka ikut sahaja....kaku tak terdaya... membiarkan.
Sebenarnya mereka keseorangan, sangat kebingungan
Diumpan kemewahan emas berlian jejaka mata keranjang
Mereka ini perlu pertolongan...
Perlu perhatian, perlu perlindungan...
Dari pemimpin masyarakat, keluarga dan sahabat taulan..
Janganan hanya disingkirkan penuh cemohan
Tiada simpati menunjuki jalan.
Mereka perlu bimbingan di ajar kebenaran.
Semua kita ada sejarah kehidupan
Lilu-liku perjalanan memburu impian
Ada yang cantik ada yang buruk......hasrat tidak kesampaian
Pahit manis sering ditanggong berseorangan
Hampir sertiap diri yang jadi baik pernah dahulu juga kecunndang
Tercegat ...kosong melihat kehadapan.
Ada yang penuh ikhlas menghulur tangan
Mahu membela mencari kedamaian
Murka Allah itu sedikit berbanding kasih sayang yang tiada tepian
Mahu hambanya pulang ke pangkuan Kebenaran
Kerana esuk masih ada asal sahaja bertekad mahu menukar haluan
Humbankan yang lampau dan bangkit kembali mengharung kesusahan kepahitan
Tanda kesalan semoga Allah terima kepangkuan meyusun pengabdian.
Allah melihat apa yang di hati
Allah mendengari keperitan merasai terdesaknya jiwa mahu diredhai.
Dia maha Pengasih maha Penyayang mudah dihampiri
Asal sahaja penuh ikhlas mahu kembali sepenuh hati
Ke persada Kebenaran sanggup diuji mati
Kerana Mu Ya Rabb...
....

2 comments:
Assalamu'alaikum kak
Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dalam redaha Allah SWT.
Sedih ya kak, sudahlah hilang tempat yang diyakini dapat membela nanti, dihina pula tanpa dibimbingi.
Mudah-mudahan bila sesiapa yang dapat ujian begini terbukalah hidayah petunjuk daripada Ilahi. Aamiin
Yalah Werdah. Itu yang kita takutkan. Semoga anak cucu kita mendapat perlindungan dari semua bentuk kemungkaran. Kita tolong mereka yang memerlukan mengikut keadaan dan kemampuan.Itu kerja dakwah kita.Semoga Allah memudahkan.
Post a Comment