Kelmarin 16 Nov, saya lewat petang dari Tangkak, Johor dan saya sampai rumah Putrajaya melalui MEX (Maju Expressway yang dahulunya dipanggil Kuala Lumpur - Putrajaya Expressway) Ini pemandang senja dalam perjalanan pulang.
Cantik sungguh Malaysia.......
Sebenarnya saya kurang sihat tetapi saya rangsangkan diri untuk bangkit dan pergi untuk Majlis Ihtifal SmarTop Subur Fitrah yang saya dan sahabat akrab saya bangunkan sejak tujuh tahun yang lalu. Rasa teruja sepanjang perjalanan pergi menaiki kereta teman saya seolah-olah membuat saya rasa lebih muda dari umur lebih tujuhpuluhan. Alhamdulillah.
Tangkak bandarnya kecil sahaja tetapi dalam hampir setahun saya "mengurus" SmarTop merlalui telefon, telah menampakan perubahan dari segi pembinaan membaiki jalanraya dan bangunan lama.
Saya tinggal di Lerek Inn kepunyaan bumiputra. Comel biliknya dan hanya berharga rm65 semalam. Mencukupi buat saya. Alhamdulillah.
Deretan bilik yang comel dan selesa.
Merakam foto buat ingatan semoga Allah masih kurnia umur yang bermunafaat.
Ini warong kecil berhampiran tempat kami sarapan pagi
sebelum menjalankan tugas selama 2 hari.
Saya pulang menaiki bas Cepat Express seperti dahulu semasa kerap ke Tangkak.
Di sini foto di station bas Tangkak dengan teman dan cucu-cucunya.
Ini keluarga teman saya dan saya anggap mereka anak angkat saya.
Foto dirakam sebelum ke station Bas di bandar Tangkak.
Sehari sebelum itu sempat pergi "window shopping" di AEon, Air Keroh ikut teman saya
membeli ubat-ubatan untuk dirinya.
Dua hari aktif di Tangkak membuat saya bersemangat untuk rasa sihat walaupun kurang sihat. Saya sering ingat bagaimana Tun Mahathir yang berumur 93 tahun boleh mengendali Negara dan saya yang baru nak masuk 72 tahun sudah tertakut-takut untuk bangun berbuat sesutau yang menggunakan tenaga dalam keadaan yang kurang selesa. Emak saya dahulu selalu pesan supaya saya tidak memanjakan diri walaupun keadaan hidup sudah bertambah baik. Hendaklah ingat bahawa dahulu ayah emak saya adalah pendatang dari Tanah Jawa sehelai sepinggang dan membesarkan 8 orang anak bermula dengan menebang hutan dan menanam pokok getah.
Alhamdulillah, itu sejarah kerluarga yang tidak akan saya lupakan. Dan saya tidak mahu katakan kaum lain yang buat saya tidak sekaya orang-orang kaya. Usaha keluarga saya sudah optima dan semoga saya dapat mendorong anak cucu supaya ada keyakinan dan ada daya ketahanan untuk kerja kuat dan tidak menyalahkan orang lain atas kelermahan kita sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuaka ruang dan peluang dan menunjuki jalan yang terbaik di sisiNya.
Aamiin......
........
No comments:
Post a Comment