"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, November 18, 2018
Mereka peduli......
Diumur senja biasanya ramai kekawan sudah tiada. Anak-anak tinggal jauh dan tenaga diri sudah banyak berkurangan. Nanti ada ibu ayah yang ikut anak tetapi ada anak-anak yang tidak ambil peduli. Namun hari ini saya mahu bercerita yang indah-indah sahaja diumur tua ini. Allah melihatkan pada hamba-hambanya akan kebesarannya dan kasih sayangnya. Cuma kita sering tidak dapat melihatnya dengan mata hati.
Maka ustaz mengajarkan supaya kita selalu memohon doa semoga kita sentiasa bersangka baik pada apa jua yang berlaku pada diri kita. Pergantungan kita hanya pada Allah sepenuhnya. Tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah jua. Dengan kerajinan berdoa dan bermunajat dan beramal soleh semoga Allah menjadikan kita Muslim mukmin yang beriman dan bertaqwa.
Saya suka berkongsi cerita adik ipar saya di Cyberjaya dan adik-adik lain yang amat ambil peduili pada suami (abangnya) dan saya. Antaranya ia telah membelikan basikal 3 roda untuk melatih diri jadi aktif....tidak hanya rehat dipembaringan.
Alhamdulillah......
Seminggu 2 kali pun mencukupi buat permulaan. Ia akan berbasikal dalam 5 kilometer perlahan dan berhenti-henti. Kekadang saya ikut dari belakang dengan basikal 3 roda juga. Tetapi saya lebih suka berjalan dengan agak pantas. Tidak takut tumbang.
Saya amat bersyukur dengan keluarga besar suami saya. Mereka sering ziarah kami dan beli makanan untuk breakfast bersekali kerana saya tiada pembantu. Biras saya (suaminya sudah meninggal) yang duduk di Kajang sering datang di hujung minggu dengan anak-anaknya untuk sembang-sembang santai. Saya ambil peluang cerita politik negara kerana 2 orang anaknya masih belajar di Universiti tempatan. Saya tidak mahu menekankan pada ajinda politik mana-mana parti. Cuma saya suka menekankan bahawa ramai dikalangan pemimpin politik dan pengikut-pengikut tegarnya yang tidak pintar dan tidak boleh berhujah secara berfikiran total tetapi bersuara untuk buat kecoh sahaja. Sering saya dengari ada pemikiran yang senghaja berat sebelah....atau "bias". Maka saya katakan pada anak-anak buah saya itu bahawa orang politik yang benar-benar matang harus berhujah dengan cara holistik. Jika kita mengatakan sesuatu perkara itu tidak bagus, maka kita harus memberi cadangan balas yang meyakinkan bersekali dengan cadangan bagaimana mahu mengimplementasikan cadangan balas itu. Jangan sesekali kita berhujah kosong atau semata-mata rhetorik. Ia hanya memuaskan nafsu tetapi susah hendak di lihat dan diikuti secara praktikal.
Tidak mudah berbicara dengan anak muda di keluarga besar saya sebab masing-masing ada pengalaman yang berbeza. Itu tidak menjadi masaalah buat saya kerana sesuatu pemikiran itu bukan mesti diterima serta merta. Ia memerlukan masa untuk memikir semula hujah-hujah yang dihadapkan. Semoga sembang santai kami dalam keluarga dari masa kemasa akan membuahkan sesuatu yang bermakna buat kehidupan jangka pendek dan jangka panjang dan semoga bermunafaat untuk hidup di alam akhirat nanti.
Sementara itu saya dan suami akan memunafaatkan basikal warga tua setiap hari walaupun sekejap sahaja........
........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment