Walaupun kurang sihat saya kuatkan diri hadir di Majlis Anugerah Kecemerlangan Tadika dan Taska yang saya berkongsi urus di Tangkak.
Kali ini Majlis diadakan di Sekolah Kebangsaan Ledang dengan sewaan dewan yang telah disponsor oleh teman akrab yang sentiasa membantu kami.
Sekolah ini punya landscap yang cantik dan saya gembira tempat kami berkumpul kali ini sangat selesa. Di bawah ini saya turunkan beberapa foto suasana memasuki dewan pada pagi itu.
Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Penerusi Lembaga Pengelola,
Ybhg Datuk Safarudin Hj Mohd Sidek.
Suasana Dewan Besar di mana Majlis diadakan.
Acara dimulakan dengan hafazan alQuran oleh anak-anak Tadika.
Ada yang sangat baik bacaannya dan ada yang memadai sebagai permulaan.
Yang penting anak-anak dibiasakan dengan membaca alQuran semoga
dewasa nanti ereka akan sentiasa peka pentingnya alQuran.
Di atas adalah antara acara yang dipertunjukan oleh murid-murid
Tadika /Taska SmartTop.
Saya turut teruja kerana bukan mudah hendak mengurus anak-anak kecil.
Tahun ini SmarTop telah mengembangkan sayapnya ke premis baru,
iaitu di Maktab Matrikulasi Bandar Tangkak.
Saya seronok dengan perkembangan ini.
Ini kumpulan anak-anak semasa rehersal. Saya selitkan foto ini untuk
kenanagan betapa mencabar mengurus anak-anak kecil.
Di atas kelihatan Ibu Bapa yang sibuk merakam foto anak masing-masing.
Saya turut teruja dan amat menginsafi usaha membangunkan Tadika/Taska
bukan suatu yang mudah untuk
memuaskan setiap citarasa ibu bapa.
Ini barisan guruguru/pengasuh anak-anak SmarTop Subur Fitrah.
Duduk di hadapan Ahli Lembaga Pengelola bertugas sukarela.
Ini saya dan pengetua Tadika /Taska. Teacher Izzah namanya.
Foto kenangan setelah tamat menyampaikan
hadiah kecemerlangan pada anak-anak.
Itu sahaja catatan ringkas "Saya Sayang SmarTop".
Semoga usaha ini berterusan.
.......
No comments:
Post a Comment