Waktu Raya hampir kehujungnya barulah sekolah buat "Hari Raya Pot Luck."
Cucu-cucu saya pun bergaya dengan Baju Raya tahun 1440 hijriah. Warnanya kelabua tua siap dengan kain sampin.
Di sebelah ini Amru Fathullah berumur 5 tahun. Bukan senagan hendak ambil gambar yang posing seperti ini. Mujur hari itu dia ada mood.....
Di bawah ialah foto kakak Amru, Ammani Farissa. Umurnya 8 tahun. Sudah mula dibiasakan memakai tudung. Semoga berkekalan hingga akhir hayat walau pun sekarang masih belum dapat istiqamah. Mummynya perlu perhatin dan bersabar.
Kedua mereka ini keturunan darah Cina. Sebab itu saya lebih "tolorent" dengan kaum Cina. Adalah tanggong jawab orang Islam untuk memberi kefahaman yang cukup pada mereka dan bertindak dan berurusan dengan penuh hikmah mencontohi sikap Raslullah saw. InsyaAllah terpelihara hubungan.
Jadi apa pulak yang mahal?
Ini lah yang mahal.......
Dapat pelukan kasih sayang Tok Ayah sebelum pergi.
Kuih muih 'pot-luck' mudah sahaja. Kek pisang.
Tetapi tidak habis sebab lebih suka makan Pizza yang kawan bawa.
Begitulah karenah anak-anak.
Nanti besar kalau baca entry ini tentu senyum semua.
Alhamdulillah Embah dan Tok ayah masih dapat
keseronokan dikelilingi anak cucu.
Itu sahaja hingga lain kali.
.....................................................................
No comments:
Post a Comment