"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 25, 2019

Semua anak-anak adalah amanah Allah.......

A001
Setiap kita ingin memiliki anak. Itu Fitrah yang Allah kurnia pada setiap insan. Tetapi tidak semua insan yang mendapat kurniaan apa yang disukai. Namun Allah maha kasih sayang dan Allah berfirman:

A030
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
(Al-Israa' 17:30

Dan mereka yang Allah kurnia harus bertanggongjawab dan memelihara Amanah Allah. Ayat berikut menjelaskannya.

A031
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
(Al-Israa' 17:31) |

Sehubungan dengan ini saya ingin berkongsi suatu "kelohan hati" insan yang tidak mendapat kurniaan anak kandung dan tertanya-tanya sama ada takrif anak soleh yang menolong ibu bapa adalah anak yang dikandung dan dididik hingga soleh dan dapat menolong ibubapa di alam barzah dan alam akhirat nanti. Jika seorang insan mendidik anak angkat atau mendidik anak tiri atau membantu mendidik anak-anak di rumah penjagaan anak-anak yatim dan miskin, adakah ia boleh mendapat munafaat dari pengorabanan mereka  mendidik anak-anak ini hingga soleh.

Maka saya mencari-cari di google sama ada terdapat pencerahan akan isu ini dari mereka yang Arief. Saya mendapati rencana yang saya turunkan di bawah ini selepas foto hiasan.


Foto cucu saya di hari sukan di Tadika


Ini anak-anak Tadika SmarTop Subur Fitrah di Tangkak yang saya bantu urus.

"Mengenai doa anak yang soleh, ada satu tafsiran yang unik namun kurang diketahui umum. Sebenarnya ia tidak hanya merujuk kepada anak kandung, malah juga membawa maksud ANAK DIDIK yang berjaya di’ISLAHKAN’ menjadi lebih baik (SOLEH) melalui aktiviti pendidikan atau dakwah oleh para murabbi/ah. Ini menunjukkan bahawa Allah itu adil kepada golongan yang tidak punya anak. Inilah juga yang kami tawarkan kepada golongan ini selama ini agar tidak terlalu sedih atau prejudis kepada Allah.

Hujjahnya, hadith di atas telah menggunakan perkataan 'WALADUN SOLEH' yang bermakna ANAK SOLEH secara umum. Ia tidak berbunyi 'BANIN SOLEH' yang membawa maksud ANAK KANDUNG. Ini menjadi motivasi untuk menggalakkan kita memelihara anak angkat dan anak yatim untuk dididik menjadi SOLEH.

Inilah kelebihan yang dinikmati oleh TGNA dan ramai para da’ie atau murobbi pendidikan agama. Selain dari kejayaan TGNA mendidik anak sendiri, lihatlah betapa ramainya kehadiran di hari pengkembumian. Antara mereka adalah bekas pelajar madrasah dan pengikut setia kuliah TGNA sepanjang hayatnya.

Inilah juga tarbiah yang memberikan motivasi SAHAM AKHIRAT kepada murobbi/ah RPWP untuk berkorban habis-habisan dalam MENDIDIK anak-anak jagaan kami. Mereka sanggup bekerja tanpa gaji dan tanpa cuti. Setengahnya tiada anak kandung sendiri pun di RPWP. Seorang dari kami tidak sempat berumahtangga lalu syahidnya tanpa meninggalkan zuriat. Kami yakin doa anak-anak soleh yang dididik dengan basmalah dan penuh kasih sayang ini akan dimakbulkan Allah. Apatah lagi doa anak-anak yatim dan teraniaya yang sempat diselamatkan. Amat banyak dalil dari alquran dan hadith tentang ini."


Saya petik dari:


Like This Page · February 21, 2015Edited 
(ehsan carian google)


Dari keterangan di atas saya mengharapkan pencerahan takrif anak seperti di atas adalah yang bolih diterima. Jika benar maka ramailah "ibubapa" yang akan rasa gembira kerana seperti yang saya tahu dalam amsyarakat kita ramai yang mengambil anak angkat atau mereka mengeluarkan banyak sumbangan harta dan tenaga membantu anak-anak yang diasuh di rumah anak-anak yatim dan sebagainya. 


Saya rasa begitu kerana setiap anak adalah amanah dari Allah.

Maka kita tidaklah perlu berkira-kira sama ada amalan kita membantu anak-anak yang bukan anak kandung itu akan menjadi suatu yang sia-sia. Di sisi Allah swt tiada suatu pun  yang sia-sia jika ia dilakukan penuh kesabaran dan keihlasan dalam ruang lingkup Iman dan Taqwa.

Itu sahaja perkongsian fikir-fikir saya kali ini. Semoga kita bertemu lagi, insyaAllah.
Aamiin ya Rabb....


No comments:

Related Posts with Thumbnails