"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 13, 2019

Siapa Musuh Saya?....bukan Cina, bukan Hindu, bukan...


Musuh sebenar saya ialah Jinn, Iblis dan Syaitan......



Mengapa tiba- tiba nak cerita Jinn, Iblis Syaitan.......

Dalam kemelut politik Malaysia kini yang sibuk bertengkar pendapat tentang siapa yang berhak berkuasa, siapa yang harus menjadi perdana menteri dan berbagai lagi isu, saya duduk berfikir seorang diri cuba memahami siapa yang betul dan benar dan siapa yang saya harus ikuti dalam menjana kehidupan yang tinggal sedikit ini sahaja lagi. Ustaz kata diakhir umurlah kita harus berhati-hati kerana jika silap tiada siapa yang dapat membantu dan kita sendirian nanti  dihadapan Allah yang maha Tinggi. 

Saya teringatkan cerita Iblis dalam alQuran. Dia tidak mahu sujud hormat pada Adam apabila di perintah oleh Allah semasa Nabi Adam diciptakan. Dengan sombong dia kata Nabi Adam AS dicipta dari tanah dan dia dicipta dari api.Dia rasa dia lebih baik, lebih hebat.

Maka Allah murka dan dipendekan cerita, Allah megeluarkan Iblis ke dunia. Iblis meminta sesuatu dari Allah. Allah membenarkan Iblis untuk berbuat apa sahaja pada Nabi Adam dan manusia umumnya hingga keAkhir zaman, hari Qiamat. Namun Allah kata Iblis tidak akan dapat menggangu mereka yang benar-benar beriman dan bertaqwa pada Alla swt, Tuhan sekelian alam.

Iblis Syaitan menjadi musuh manusia yang sebenar.

Saya teringatkan juga Firman Allah. Saya turunkan sahaja ayat-ayat di bawah ini untuk berfikir-fikir. Saya tidak mampu membuat tafsiran.

A168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah 2:168

A208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah 2:208) | 

A142
Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-An'aam 6:142


A022
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
(Al-A'raaf 7:22

A006

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
(Faatir 35:6)

A060
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Yaa Siin 36:60

A062
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
(Az-Zukhruf 43:62


Semua ayat-ayat ini jelas mengatakan bahawa Syaitan adalah musuh manusia yang amat nyata. Saya mendengari juga ceramah-ceramah di Utube oleh beberapa pensyarah dari berbagai bidang pengkhususan Ilmu yang mengatakan bagaimana manusia ditipu oleh Iblis dan Syaitan. Dan saya mendengari juga bagaimana Jinn punya perancangan yang amat besar untuk menyesatkan manusia tanpa disedari oleh manusia kerana manusia rata-rata berfikiran bahawa dia lebih berilmu dan lebih berkaliber dalam menentukan apa yang boleh dilakukan dalam kehidupan di dunia ini.

Di media massa dan dimana jua sekarang ini saya mengambil faham bagaimana Israel Zionist mahu menguasi dunia dan bagaiman Israel Zionist ini memperalatkan kuasa-kuasqa besar lain seperti USA untuk memerangi siapa jua untuk menguasi politik dan ekonomi dunia.

Kita berfikir sejenak sama ada kita juga sudah termasuk dalam perangkap Zionist ini. Saya berpendapat dalam beberapa hal kalau pun tidak banyak hal bahawa kita sudah terperangkap dalam perancangan zionists ini. Kita bertelingkah seama sendiri di peringkat keluarga masyarakat dan negara tanpa berfikir dengan mendalam sama ada hujah-hujah kita itu berasaskan Ilmu yang Syar'e. Saya selalu khuatir saya juga bolih kecundang dalam hal ini.

Jika kita dengari atau membaca pula cerita akhir zaman maka saya terhenti untuk berfikir pasti ada kaitan cerita Israel dan Zionist yang mahu berkuasa hingga akhir zaman dan mahu menyesatkan semua umat manusia. Maka saya berpendapat masaalah di Malaysia ini adalah jauh lebih luas dan lebih mendalam dari masaalah kita antara kaum yang berbilangan agama. Kata pakar yang bijak pandai tiada siapa yang terkecuali dari perangkap Zionists dahulu dan kini.

Saya tidak pandai berhujah panjang lebar dalam hal ini. Cuma saya ingin berkongsikan rasa hati yang khuatir kalau-kalau kita belum bersedia menghadapi kematian dan akhir zaman. Kata pakar-pakar Escatology Akhir Zaman sudah amat dekat dan tanda-tanda kecil sudah banyak yang terjadi tatapi ramai kita yang belum menyedari hakikat ini.

Kalau pun akhir zaman kita tidak tahu bila, tetapi kematian diri juga bolih berlaku bila-bila masa.Saya rasa takut kerana amat jauh dari bersedia.

Maka saya baca-baca sedikit tafsiran Quran ikut kemampun yang amat kerdil ini. Saya kongsikan yang saya rasa ada kaitan di sini:


A116
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa' 4:116) |


A117
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
(An-Nisaa' 4:117) |


A118
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
(An-Nisaa' 4:118) | 


A119
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
(An-Nisaa' 4:119) |  


A120
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
(An-Nisaa' 4:120) |




Saya tulis entry ini untuk saya kongsikan terutamanya pada anak-anak saya supaya tidak lalai dan terikut-ikut dengan dorongan-dorongan yang membuat berbagai janji yang mungkin tidak berasaskan sesuatu yang konkrit dari segi menepati kehendak Allah seperti yang disebut dalam alQuran dan Hadith. Semoga kita dapat buat persediaan yang sewajarnya.

Sama-sama kita fikirkan supaya tidak tergelincir. Semoga Allah memelihara dan menunjuki jalan dan semoga  kita tidak tersasar dalam mengejar kebahagian hidup di dunia. Yang lebih penting ialah kesejahteraan di akhirat yang abadi selamanya.


.............

No comments:

Related Posts with Thumbnails