Ini foto arwah emak saya yang baru dikirim pada saya oleh anak buah saya yang ada dalam foto ini. Ia tidak jelas kelihatan rupa tetapi buat saya ia amat jelas dalam ingatan. Foto ini diambil lebih kurang 44 tahun yang lalu.
Sebuah nostalgia......
Bila asyik merenung foto ini terlintas banyak kenangan lama dan banyak juga kejutan difikiran menganai hidup dan kehidupan sekarang ini. Emak dan bapak sudah lama meninggalkan kami. Bapak meninggal semasa saya berumur 16 tahun dan emak pula semasa saya 57 tahun. Saya kini berumur 72 tahun. Bila terkenang mereka, saya sentiasa peka dan bertanya-tanya diri bilakah pula giliran saya. Rasa takut dan gentar bila terlintas cerita-cerita mengenai kematian. Senyap-senyap saya mencari jalan pulang yang Allah redha. Mohon padaNYA...........
Kebelakangan setahun dua ini saya mendorong dan memacu diri untuk membaca dan mendengari hal-hal yang berkaitan dengan Akhir Zaman. Kalau pun umur saya tidak sampai ke Akhir Zaman, pastinya kematian diri itu sudah pasti berakhirnya Zaman untuk saya. Maka saya mahu memahami sepenuhnya erti hidup dan kehidupan dan memahami fakta-fakat yang mempengaruhi pilihan saya dalam menentukan apa yang saya ingin capai. Betulkah sudah apa yang saya lakukan ini sejajar dengan kehendak yang maha Pencipta. Betulkah sudah nowaitu saya dan betulkah sudah falsafah pegangan hidup saya. Dengan lain perkataan saya dengan penuh khuatir cuba mengodit diri sebelum sampai Hari Perbicaraan di hadapan Mahlamah yang maha Agong.
Maka saya mencari bahan- bahan membaca
(foto hiasa ehsan carian google) dan berbincang apa yang saya baca dengan siapa sahaja yang saya rasa selesa dan berbicara santai di rumah saya. Semasa saya di Kg Tunku Petaling Jaya setahun lalu saya ada tempat mengaji di hadapan Ustaz yang saya minati. Sekarang ini setahun sudah saya di Putrajaya tetapi saya belum mendapat tempat mengaji seperti dahulu.
Maka saya lebih mendengari dari rencana-rencana yang di Utube yang diterbitkan oleh berbagai kumpulan pendakwah dari Malaysia dan dari seluruh dunia. Di sini saya ingin kongsikan apa yang saya baca dan mohon pandangan dari pengikut budiman semoga saya tahu saya tidak tergelincir dan kecundang memandangkan baki umur yang ada ini amat sedikit sekali jika saya lihat umur saya sekarang. Maka saya berdoa apa yang saya baca dan apa yang saya lakukan tidak menyalahi kehendak yang Maha Pencipta, Tuhan sekian alam. Amat rugi jika saya tersasar..........saya berlindung pada Allah jua.Antara Ulama'/ bijak pandai yang bercerita mengenai Akhir Zaman yang saya ikuti adalah seperti berikut:
- Ustaz Wadi Annuar
- Ustaz Au'ni Mohamed
- Sheikh Imran Hussein
- Dr Abdullah Hakim Quick
- Shaikh Omar Baloch
Saya ikuti juga:
- Shaikh Hamza Yusuf
- Ustaz Nouman Ali Khan
- Dr Yasir Qadhi
- Shaikh Okasha Kameny
- The Bike Precher
- Saajid lipham
- Ustaz Adi Hidayat
- Al Marjan TV
Pilihan ini adalah pilihan rambang yang mengikut cita rasa saya mendengarinya. Terpulanglah pada pembaca budiman untuk memilih. Ada banyak lagi yang belum saya terokai. Cuma dalam mendengari mereka di atas ini dapat membuka minda saya lebih luas dan lebih mendalam. Alhamdulillah. Semuanya datang dari Allah jua.
Dalam mendengari mereka secara tidak langsung (sekurang-kurangnya) saya dapat meninjau tafsir ayat-ayat Quran seperti yang tidak pernah saya mendengari dalam kelas-kelas pengajian saya sebelum ini. Ini mungkin silap saya kerana tidak duduk berfikir lebih dari apa yang didengari.
Cerita-cerita Akhir zaman amat memukau minda dan hati saya. Mula-mula saya ingat subjet itu tidak relevan buat saya kerana saya ingat kejadian itu mungkin tidak berlaku dalam umur saya di alam ini. Ini amat silap sekali sebabnya kerana fakta memahami fenomena akhir zaman ini dapat membantu kita memahami erti kehidupan harian dan dengan itu dapat membina kefahaman kita mengenai Iman dan Taqwa. Justeru itu maka dapatlah kita membuat perubahan dan penambahan mengenai amalan kita selaras dengan Ilmu yang kita perolehi. Alhamdulillah. Semoga Allah menunjuki jalan yang benar.
Surah Al-Jinn - سورة الجن
Selain itu saya mengikuti juga kisah-kisah kejadian makhluk JINN, Iblis dan Syaitan yang Allah cipta sebelum terciptanya Nabi Adam AS dan manusia seterusnya. Terkejut saya mendengari bagaimana Jinn, Iblis dan Syaitan mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Sebelum ini saya ambil ringan dalam memahami kuasa yang Allah izin pada makhluk-makhluk yang ghaib ini. Saya ingatkan setakat meyerang kewarasan manusia dan memukau fikiran untuk tujuan yang biasa-biasa kita dengari sahaja,Saya amat silap......
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34) Jinn bertindak berbeza sedikit dengan Iblis dan Sayitan kerana adanya Jinn yang Islam. Iblis dan sayitan nanti diHari Qiamat terus sahaja ke Neraka. Tetapi Jinn tunngu dihisab seperti manusia juga. Allahu'alam......
Jika kita dengari Rukyah buat Jinn oleh mereka yang yang berilmu dan mahir dalam bidang ini barulah saya mendapati bahawa pengaruh Jinn dan Iblis dan Syaitan amat besar . Kemelut dunia sekarang ini termasuk segala haru-biru yang ada di Malaysia ini adalah dipenagaruhi oleh elemen Jinn dan Iblis melalui persatuan yang berahsia besar seperti Freemason dan sekutunya. Ini fahaman saya setelah saya lihat dalam utube mengenai apa yang berlaku di dunia terutamanya yang berkaitan dengan Yahudi yang mahu menguasai BaitulMaqdis atau Jerusalem.
Sekarang ini saya menumpu memahami apa itu fenomena akhir zaman dan cuba memahami pengaruh Israel dan Amerika Syarikat yang cuba menawan AlAqsa sepenuhnya kerana tujuan besar mereka ialah untuk menawan dunia. Saya mula memahami bahawa mereka inilah yang punya ciri-ciri dajjal yang disebut dalam alQuran. Kita harus peka semoga kita dapat menjuruskan diri kepada pengabdian yang Allah itu satu dan maha Berkuasa.
Dalam sesetengah ceramah yang saya ikuti saya mula mendapat kefahaman bahawa kita di Malaysia ini juga dibuai kepercayaan yang disebar oleh Yahudi yang mempercayai bahawa jika kita pandai dan kaya maka kita lah umat pilihan seperti Yahudi percaya merekalah umat Pilihan dan percaya dunia ini adalah hak mereka sahaja. Yang lain harus ikut telunjuk mereka. Lebih dahsyat lagi mereka mahu menyesatkan umat manusia supaya mengengakri Allah swt. Maka cerita- cerita mengenai Imam Mahadi, Dajjal dan kembalinya semula Nabi Isa AS yang disebut dalam Quran atau hadith amat perlu kita fahami.
Dalam umur saya ini ketajaman pemikiran saya agak terhad. Maka saya kongsikan di sini untuk anak-anak muda dan mereka yang belum dikira warga emas untuk memahami fenomena akhir zaman kerana ia relevan buat kita tidak kira umur berapa. Saya katakan pada anak-anak pentingnya memahami semua ini dari awal muda kerana amatlah rugi jika menunggu samapi umur seperti saya yang sudah hampir kepenghujungnya. Namun demikian saya memohon pada Allah kurniaan umur yang bermunafaat.
Saya katakan begitu kerana sekarang ini unsur-unsur dajjal pun sudah mula di resapkan dalam program kanak-kanak termasuk cerita-ceria Kartun. (Ilustrasi hiasan ehsan carian google).
Lambang-lambang sihir dan lambang-lambang ciri dajjal (lihat dalam ciri ceramah yang khusus,...bukan di atas) disesuaikan terus dalam membentuk kartun-kartun dan jika kita tidak tahu maka kita tidak menyedari. Bukan dari bentuk lukisan sahaja malah dari script yang dipertuturkan.
Maka kita harus berwaspada !........
Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan apa yang saya tahu. Banyak lagi yang saya belum tahu dan jika ada yang saya tahu pun saya tidak pandai menceritakan disini sepenuhnya kerana ia suatu yang komplex buat saya dan saya tidak pandai bagaimana mahu mentafsir ayat-ayat alQuran seperti Ustaz-ustaz yang saya sebut diatas. Saya mohon maaf atas entry saya yang kurang jelas kerana ilmu yang terhad. Tujuan saya hanya untuk menarik perhatian mengikut kemampuan. Semogga Allah menunjuki jalan yang benar pada kita semua dan semoga kita selamat di dunia dan diakhirat.
Aamiin ya Rabb......
...................................
No comments:
Post a Comment