Hari ini saya di rumah. Teringat kenagan semasa Allah kurnia peluang berada di Arafah pertama kali semasa saya menunaikan fardhu Haji pada berumur 35 tahun pada tahun 1982. Alahamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga..
Tetapi pada masa itu banyak hal yang saya belum tahu mengenai keindahan Islam seluruhnya. Penyesalan yang amat sangat. Semoga Allah ampunkan segala kekurangan dan kelemahan dan segala dosa-dosa.
Hari ini saya ingin kongsikan dua ayat yang Allah turunkan semasa umat Islam wukuf di Arafah. Pertama di bawah ini:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:3) Ini ayat kedua:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf 7:172) Ayat yang pertama diatas harus membina keyakinan pada setiap insan bahawa tidak ragu lagi bahawa Islam adalah deen yang Allah redha untuk difahami dan di hayati. Tidak perlu lagi mencari yang lain-lain atau membanding dengan kitab-kitab yang lain.
Ayat yang kedua mengingatkan kita bahawa kita sudah mengakui dihadapan Allah bahawa Allah swt adalah Tuhan kita. Setiap insan sudah bersaksi. Ustaz berpesan supaya jangan kata tidak tahu atau tidak ingat. Allah telah mengingkatnya dalam alQuran. Sebab itu kita kena baca, faham dan laksana.
Ini adalah ingatan buat saya dan keluarga saya utamanya. Banyak lagi ilmu dan peristiwa yang saya belum tahu. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memudahkan usaha kita mendapatkan RedhaNya. Aamiin ya Rabb....
.............................
2 comments:
Thanks for share, sukses terus,.
Kunjungi juga http://bit.ly/2XEs264
Post a Comment