"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, August 24, 2019

Sayangkan cucu ....... @ dilemma hati.





A001

Hari ini saya cerita sedikit  "creativity" cucu-cucu. Baru-baru ini depa dan mummynya  dan mamanya menghadiri jemputan makan-makan sempena Hari Raya Eidul Adha di rumah jiran tidak jauh dari rumah saya. Agak lama mereka bertandang. Anak saya balik awal tetapi cucu-cucu masih seronok dengan kekawan sebaya sama sekolah di rumah jiran itu.

Bila balik kelihatan mereka "berwajah baru". Di rumah jiran itu ada yang melayan cucu membuat hiasan muka seperi kelihatan di foto. Ada nama khas bagi hiasan seperti ini  tetapi saya sudah tidak ingat.


Bukan dimuka sahaja tetapi di kuku jejari tangan. Mereka rasa seronok dapat
 pengalaman baru yang saya tidak pernah promote dirumah saya.







Memang mereka seronok dan saya bertanyakan siapa yang
 menghias muka mereka.
Saya tidaklah komplain cuma terdetik dalam hati bagaimana mahu 
menerangkan pula pada sikecil-kecil ini erti "keativiti" seperti itu.
 Apa erti kecantikan dan apa itu erti "Just for fun" cara anak-anak.
Saya rasa ketinggalan zaman kerana jauh sekali berbeza dengan zaman saya membesar dahulu.
Tetapi saya tidak komen apa-apa yang negatif pada mereka.
Dalam kerisauan saya ra'i juga keseronokan mereka.
Sambil itu saya cuba berfikir-fikir bagaimana mahu cari jalan terbaik
 dalam mendidik anak-anak kecil dalam dunia serba canggih ini.



Malam itu saya duduk sembang dengan anak lelaki yang tinggal bersama saya
yang di panggil Abi oleh anak-anaknya.
Saya katakan saya serba salah bagaimana mahu memperkatakan sesuatu 
pada anak-anak itu mengenai apa yang ada dalam fikiran saya berkaitan
 dengan bahayanya kita buat sesuatu secara ikut-ikutan,
 Anak-anak ini sangat 'innocent'.
Hatinya bersih. Maka bagaimana kita harus mewarnai hati-hati mereka ini.
 Mereka tidak mengerti apa yang sedang berlaku diluar sana.
 Mereka tidak tahu kebohongan yang berlaku ada diluar sana yang boleh
 menjejaskan pemikiran bukan sahaja pada dewasa
tetapi juga anak-anak muda.
 Maka saya amat khuatir bagaimana saya bolih melindungi anak-anak kecil ini
 supaya keharmonian hati mereka tidak dinodai
pemikiran yang boleh menyesatkan dari landasan yang benar.

Dan berbagai lagi yang mereka tidak tahu.
Maka tidaklah bolih berkata sesuatu seperti satu kejutan. Saya harus tangani
sedikit demi sedikit. Maka malam itu saya berfikir-fikir hinggalah
 ke saat saya menulis di sini.

Di luar sana "kecelaruan"  sedang berlaku mengenai
 ekonomi, politik, akhlak dan berbagai lagi.
 Bagaimanakah saya hendak mengatakan pada mereka jangan
 berseronok sangat kerana negara kita sedang
dalam "keadaan tidak menentu" dan diluar sana saya juga dapat tahu dunia 
sedang menghadapi berbagai-bagai
"malapetaka alam semula jadi".
 Ada gunung api meletup, ada banjir besar yang tidak disangka-sangka,
 Salji di kutub Utara dan Selatan sudah mencair lebih laju dari biasa dan
 berbagai lagi kejadian yang mumbuat saya sedikit sebanyak
 rasa runsing memikirkannya.

Saya cuba bincangkan dengan anak saya.
Diakhir zaman ini saya sudah mula berfikir hal-hal yang mungkin saya
 tidak perlu fikir bertubi-tubi.
Anak saya kata janganlah emak risau sangat. Itu hanya ramalan awal sahaja 
dan kita tidak tahu pun benar atau tidak negara kita ini juga menerima 
serpihan niat-niat jahat negara kuasa besar yang mahu menjadikan 
negara-negara kecil "hamba abdi" mereka.

Saya  yakin negara kita ini sudah menjadi mangsa tetapi  saya berhenti
 dari bertanya-tanya lagi kerana saya rasa saya harus memahami sesuatu
dengan lebih teliti. Kalau tidak nanti ia akan membuat saya lagi kebingungan.

Saya berhenti di sini dahulu,. Nanti bila-bila  mungkin saya sambung
cerita-cerita lain yang berkaitan dengan fenomena akhir zaman
 yang kebelakangan ini membuat saya
berfikir-fikir khuatir. Semoga Allah memelihara kita semua dan
 kita selamat sejahtera dunia akhirat.
Aamiin ya Rabb....


..........................

2 comments:

Melor Aziz said...

Saya setuju dgn pandangan Puan.

ngasobahseliman said...

Assalam Sister Melor,
Terima kasih datang singgah dan mencatat pendapat.Amat dihargai. Semoga singgah lagi.

Related Posts with Thumbnails