"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, October 25, 2021

Banyak yang saya tidak tahu ! ....@"BANUL JAN" BANGSA YANG LEBIH DAHULU MENEMPATI BUMI SEBELUM NABI ADAM عل...


Bismillah Calligraphy 34.svg

Banyak cerita-cerita kejadian manusia dan Jin dalam alQuran
 yang saya tidak tahu.
Salah saya kerana ambil ringan untuk memahami setiap ayat sepenuhnya.
Antara yang saya amat kurang faham ialah adanya Jin dan Syaitan.
Maka saya cuba memahaminya melalui Video di atas ini dan saya kongsikan di sini semoga bermunafaat.

Ayat-ayat alQuran yang jelas saya turunkan di bawah sebagai panduan
yang saya fikirkan berkaitan. Kita boleh berbeza fikiran.
Apa pun yang ada dalam fikirkan kita, ikutilah Video ini
 untuk penjelasan yang mantap.


A030

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

(Al-Baqarah 2:30


A031

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

(Al-Baqarah 2:31


A032

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(Al-Baqarah 2:32


A033

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

(Al-Baqarah 2:33


A034

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah 2:34


Jin, Syaitan dan Iblis adalah makhluk yang pintar tetapi mereka sombong dan sebab itulah mereka sesat.

Jom ikuti Ustaz.


No comments:

Related Posts with Thumbnails