"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, October 12, 2021

PERISTIWA KELUARGA ....@ CELAH-CELAH COVID19...



Bismillah Calligraphy7.svg

Alhamdulillah rasa lega kerana kita sudah di benarkan rentas sempadan negeri
 walaupun masih diwajibkan melaksana SOP yang
 sudah dikuatkuasakan selama iini.

Maka saya turunkan disini peristiwa keluarga tidak lama
 sebelum kebebasan menyeluruh.
 Waktu itu saya ziarahi keluarga di Selangor sahaja.

Foto di atas adalah istimewa merakam Bapa saudara Suami saya
(Pak Teh) yang tinggal sementara dengan anak di Precint 9 Putrajaya).


Ini kawan baik saya (Kak Bedah) sejurus selepas vaksin 
lebih kurang 3 bulan yang lalu. Alhamdulillah, sihat hingga kini.


Ini kakak-kakak tua saya di Pontian Johor yang awal-awal lagi sudah vaksin.
Anak saudara saya (Azman) menguruskannya.
Kakak saya yang kiri berumur 84 tahun dan yang kanan 80 tahun
Semoga kurniaan umur yang bermunafaat.



Rindu Ayah. Ini anak perempuan saya dengan ayahnya.
Ia tinggal di Precint 15 Putrajaya.
Ia sering datang dan kali ini ambil foto kenangan anak manja.



Ini rakam foto anak hatar saya dan suami Vaksin kali kedua hampir dua
bulan yang lalu. Alhamdulillah sihat dan semoga terus sihat.



Nak lelaki saya iri hati mahu foto kenangan peristiwa penting Covid19.


Ini peristiwa cucu mula sekolah dan lepas itu on line pula.
Saya tidak yakin dengan pendidikan on line.
Tetapi apa kan daya. Harus berdoa semoga Allah memberi penyelesaian
yang terbaik untuk umat manusia...yang terbaik di sisiNya.
Aamiin...

Di bawah ini peristiwa merakam solat Eidul Adha tahun ini di rumah sahaja.



Anak saya menjadi Imam Rasmi.


Ini foto keangan terbaru buat saya dan kakak ipar saya di Sungai Buluh.
Kakak saya kurang sihat dan baru ini dapat ziarah dia.
Alhamdulillah ia dapat bertahan dengan dialysis yang hampir dengan rumahnya.
Ia ada pembatu yang megurus keperluan hariannya.
Alhamdulillah ia punya anak-anak yang amat prihatin kesejahteraan ibunya.



Saya suka kehihauan. Ini di hadapan rumah anak kakak ipar saya.
Abang saya telah Allah jemput dahulu 3 tahun yang lepas.



Saya terpikat hati dengan kucing kesayang anak-anak saudara saya.
Cantik kan.... Rasulullah saw pun sayangkan kucing.



Ini peristiwa sarapan lewat pagi di rumah anak kakak ipar saya
 semasa zirah akannya baru-baru ini.
Terdekat adalah kakak saya dari Pontian dan peristiwa keluarga seperti ini
 sering buat saya sayu tetapi riang.
 Alhamdulillah. Entah bila lagi bertemua semula.

...... 

No comments:

Related Posts with Thumbnails