"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 21, 2021

SEDIH!!! KEPIMPINAN ISLAM RAPUH?.....@Apa Yang Berlaku Di Sudan Secara Ringkas



Basmalah.svg

Lebih rasa kesedihan saya mengenai Sudan sebab saya merasai sedikit pengalaman di Sudan semasa saya menghantar anak saya ke sana untuk belajar Bahasa Arab. Ini dalam tahun 2002 semasa saya berumur 54 tahun. Waktu itu sememangnya Sudan belum membangun. Saya berpeluang bersembang dengan seorang dua pegawai Petronas dan beberapa cerita dapat saya dengari. Waktu ada Petronaslah rakyat mendapat beberapa kemudahan. Antara yang membuat saya teruja ialah minum air mineral. Akhirnya saya keluarkan anak saya dari Sudan dan belajar pula di Jordan.

Teman saya dari Petronas itu mengatakan bahawa orang-orang Sudan tidak kuat daya mahu membangun termasuk kepimpinannya. Kata beliau Sudan mempunyai banyak harta semasa mencapai Kemerdekaan dibanding dengan Malaysia. Tetapi mereka tidak bermotivasi kuat seperti kita di Malaysia. Saya rasa sebab itulah kuasa Politik yang tidak simpati Islam akhirnya berkuasa. 

Ikutilah video ini yang bercerita sedikit mengenai Sudan sekarang yang amat dipengaruhi oleh kepimpinan Israel Zionists. Semoga orang Islam Sudan menyedari kelemahan diri dan bertindak positif untuk diri dan untuk Islam.



No comments:

Related Posts with Thumbnails