"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, October 12, 2021

PERTANYAAN SAYA!!! ....@~ YANG KURANG... APA ❓ NAMA ALLAH... NAMA ALLAH DI QOLBU YANG KURANG ~ B...



Bismillah Calligraphy 34.svg

Pertanayaan saya yang sering saya sebut-sebut sendirian
 bila mengikuti ceramah-ceramah Abuya ini ialah:
Kalau kita langsung tidak ada peluang dan kesempatan
 untuk mendapat guru yang Mursyid,
 maka adakah pemahaman Ilmu yang kita dapati dari
 Ustaz-ustaz di Utube itu sia- sia sahaja?

Maka saya jawab sedirian soalan saya itu dengan soalan lain.
Dalam keadaan negara yang terperangkap dengan wabak Cocid19
 dan pergerakan kita terhad dengan peraturan-peraturan 
yang mesti dipatuhi 
demi keselamatan dan kesihatan warga, maka bagaimana 
saya boleh mencari dan bertemu guru yang mursyid 
dan mendapat guru yang bersanad hingga ke Rasulillah saw?
Agak mustahil....saya jawab sendiri.
Maka saya hanya mengadu pada Allah swt dalam solat saya 
mengikut kemampuan.
Saya katakan masaalah yang saya hadapi dalam usaha mencari ilmu dan mencari redha Allah.
(Pastinya Allah tahu apa yang ada di hati dan minda kita).

Kita sungguh-sungguh meraru semoga apa yang kita dapati dari
 Guru-guru Utube itu Allah terima. Semoga Allah ampunkan
segala kelemahan dan kekurangan kita 
dan Allah terima kita seadanya.
Maka segala penerang yang kita dapati on line itu 
Allah kira sempurna buat kita 
kerana tiada ikhtir yang kita boleh buat dalam keadaan semasa. 
Tambahan pula umur saya sudah amat lanjut
 untuk mencari Guru mursyid 
dan mempelajari segala yang di tuntut.
Penyesalan kerana lalai semasa muda semoga Allah
 ampunkan dosa-dosa
 yang berkaitan dan menerima saya seadanya.
Sedih memikirkannya. Apakan daya....

Siapa yang masih muda jangan lepaskan peluang
 mencari guru mursyid
 untuk mencari ilmu yang berkaitan dengan 
fakat benar-benar mengenal Allah. 
Mohon keampunan Mu ya Allah,
 mohon belas kasihan Mu ya Rahimm 
dan terimalah kami sebagai Hamba Mu yang engkau Redhaii.
Aamiin ya Rabb....

(Jangan give up. Ikuti lah video di atas semoga bermunafaat.
Allah maha tahu isi hati Hamba-hamba dan Allah itu maha pengampun dan maha kasih sayang akan hamba-hambaNya.)


No comments:

Related Posts with Thumbnails