"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, November 19, 2021
DENGARI SEMANGAT POSITIFNYA, SEPERTI SAYA TIDAK KUAT MACAM DIA ? ....@Living under a Bridge Doesn't Stop This Seattle Homeless Woman from Stay...
Saya generasi pertama di Malaysia dari kelurga Pendatang.
Allahyarham Bapak saya datang ke sini (dulu Malaya) awal tahun 1900an.
Saya tidak pastikan bila. Cuma bila Bapak saya meninggal dunia dalam tahun
1964 emak saya kata dia hampir 100 tahun. Allahu'alam.
Kaitan fakta ini ialah berkenaan saya melalui hidup dalam kemiskinan
dan serba kekurangan walaupu tidak tinggal di bawah jambatan.
Bila saya mula ingat dalam umur 5/6 tahun
saya sudah tinggal di rumah papan di kebun getah.
Pengalaman hidup macam cerita dalam video ini buat saya rasa
amat sedih dan amat simpati dengan 'nasibnya'.
Tetapi saya amat terpegun mendenari ceritanya
dalam menghadapi hidup miskin.
DIA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF WALAUPUN TERSEPIT HATINYA.
Saya anak bongsu dari lapan adik beradik. Maka saya tidak mengalami
peritnya hidup miskin seperti kakak-kakak saya yang tua.
Namun saya tetap peka apa erti hidup serba susah
dan serba tidak mencukupi.
Cuma saya tidak pernah rasa kelaparan berpanjangan
sebab Allahyarham bapak saya menjadi pekebun diatas
tanah ehsan "entah siapa".
Saya rasa itu tanah kerajaan dan bapak saya nekat tanam ubi, keladi, keledek
sebagai makanan asas. Kata emak saya tiada ganguan kerajaan.
Walaupun susah saya ingat saya riang.
Teringat makan buah-buahan dari "kebun orang".
Makan belalang pun jadi kesukaan.
Bapak saya kerja ambil upah buat peparitan di kebun orang dan
saya ingat banyak ikan termasuk belut dalam parit yang agak besar.
Maka saya tidak rasa geli geliman
bila orang cerita takut dan geli makan belut.
Saya suka semangat wanita dalam video ini. Saya lihat air matanya
sebagai keinsafan diri, mungkin rasa keseorangan
dalam perjuang yang sukar.
Tidak ramai mahu menolong. Itu saya teringat Ustaz Ebit Lew
suka tolong penghuni bawah jambatan.
Saya tenguk-tenguk juga kisah penghuni bawah jambatan di Utube
terutamanya di negara asing yang kaya tetapi yang miskin tidak dijaga.
Saya tidak akan pernah lupa erti kemiskinan.
Selalu ingatkan anak-anak saya jangan ber mewah-mewah
melayan cucu-cucu saya
sebab nanti hati tidak ada kekuatan untuk mengharung kesusahan.
Inikan pula sudah ada dalam fasa Akhir Zaman.
Dunia tidak akan menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang.
Baru dilanda Covid19 pun kita seluruh dunia sudah kebingungan.
Tetapi kita yakin dengan Janji Allah swt.
Allah tidak pernah menzalimi makhluknya.
Setiap kesusahan ada kemudahan.
Cuma orang-orang yang beriman sahaja yang nampak Janji Allah ini.
Sedikit perigatan dari AlQuran di bawah ini.
(Maaf no. ayat slap print. Tetapi bunyi ayat tidak silap)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:
dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
No comments:
Post a Comment