"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, February 2, 2022

BERBAKTI PADA HAIWAN ......@When This Man Found A Dangerous Animal Near Death, He Chose To Take His ...






Kata Ustaz: Pepohon ada Ruh dan Haiwan pun ada Ruh.
Maka seharusnya kita Manusia harus prihatin
 pada semua Makhluk Allah.
Penididikan anak-anak kita sekarang seharusnya
 mengambil kira semua ini.
Semasa saya membesar budaya dan penghayatan
 atas kebajikan haiwan tidak sangat 
dititik-beratkan. Maka mesti ada Mind Reset dalam hal ini.
Saya suka ambil contoh dengan kesedaran ini.
Di kebun anak saya, saya galakkan ia beri paehatian pada anjing "gelandangan"
yang datang ke kebun seperti tidak terurus diri.
Anak saya ambil dan jaga beri makan dan tempat tinggal.
Kelmarin ia melahirkan 2 ekor anak. 
Alhamdulillah. 
Allah beri ruang dan peluang untuk berjasa pada haiwan.
Pasti ada hikmahnya.
Allah swt itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang
 pada semua makhluknya.



No comments:

Related Posts with Thumbnails