KISAHNYA INI MENGENAI JEMAA TABLIGH SEDUNIA.
MASYA ALLAH.
Saya tidak banyak maklumat mengenai kumpulan ini.
Apa yang saya tahu amat sedikit sekali
walaupun ada saudara mara dan teman jiranan yang aktif
dalam gerakan ini.
Cucu saudara saya di Kota Tinggi pun saya perhatikan aktif.
Antara yang saya tanyakan
ialah mengenai siapa menjaga anak-anak bila Ibu-Bapa
keuar beberapa hari
atau beberapa minggu untuk tujuan Dakwah.
Beliau menceritakan bahawa sekarang sudah ada
seperti kumpumpalan khas yang
menjaga anak-anak secara giliran.
Dengan itu mereka tidak lgi menyusahkan dan
merisaukan Ibi-Bapa
untuk menjaga anak-anak.
Alhamdulilah. Masaalah ini sudah aman.
Seorang teman akarab saya sekarang ini
(SEBELUM MASAALAH COVID 19)
dari Dengkil Selangor pun aktif juga.
Ia mengikuti dakwah kemana-mana dan
sebelum Covid ia menyertai Tabligh
ke Argentina, Amerika Selatan.
Seronok juga mendengari ceritanya di sana.
Saya yakin masanya bermunafaat.
Semasa saya menjaga cucu dalam umur saya 60 tahun
di Tokyo Jepun selama 3 bulan,
saya pun berinteraksi dengan beberapa ahli Tabligh
yang berdakawah ke Jepun.
Waktu itu anak saya melanjutkan pengajian ke Jepun
di temani suami
yang lulusan belajar di Mesir dan sorang Hafiz alQuran.
Suami anak saya ditugaskan oleh NGO di Jepun untuk
mengendalai sebuah Masjid
yang dikelola oleh mereka dari Pakistan.
Maka Masjid itu menjadi seperti tuan rumah
kumpulan Tabligh tersebut.
Ketua mereka tidak lancar berbahasa Inggeris dan tidak boleh berbahasa Jepun.
Maka ia bertugas sebagi ketua kumpulan
dan banyak mengambil pengalaman anak menantu saya
yang berada di Tokyo waktu itu.
Maka saya suka mendengari cerita kumpulan Tabligh ini.
JOM DENGARI YANG INI DAN AMBIL IKTIBAR.
Semoga ada kebaikan yang dapat kita ikuti.
No comments:
Post a Comment