"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 14, 2022

OPTIONAL, TENGUK JIKA SUKA ....@Expedition to Antarctica's Highest Mountain (Rare Footage)




Bismillahgreen.jpg



Laluan hidup......
Semasa muda belia saya pun suka mengembara. Saya kongsikan
video ini kerana "nostalgia" kembara yang tidak tercapai.
Banyak hal yang tidak tercapai dalam hidup. Semasa belum tahu 
hakikat "Rahsia Kehidupan" saya ada rasa "iri hati" dengan orang yang
 selalu kembara mengikut suka hatinya.

Dalam tahun 1975 saya berkursus pendek di London Business School
 selama 3 bulan. Di akhir kursus pada waktu musim panas waktu itu, 
seorang teman sama berkursus megajak saya kembara
 seluruh Europe dengan keretanya.
Amat teruja untuk setuju pergi bersamanya.
Tetapi ada rasa takut juga kerana tidak ada kekawan lain bersama.
Maka setelah berfikir panjang tidaklah saya terima ajakkannya itu.
Bila fikir-fikir sekarang barulah faham bahawa apa yang Allah
 tidak izin berlaku itu pasti ada hikmahnya. Maka saya selalu senyum 
sendirian bila mengenang laluan hidup hinggalah hari ini.

JOM lihat video ini.
 Ia cuma anatara impian-impian kembara yang tidak jadi kenyataan.
Namun tidak ada penyesalan yang negatif. Alhamdulillah, laluan hidup
 yang berbeza ini pastinya ada ujian lain
 yang Allah kehendaki saya lalui untuk menjadi lebih bijaksana
 dalam memilih
 apa jua yang ada di hadapan saya.
" SAYA BUKAN BUDAK BAIK TETAPI SAYA SUKA JADI BUDAK BAIK "
Itu ikrar saya semoga Allah swt terima dan mengampuni saya atas segala
 kelemahan dan kekurangan.
Tidak ada laluan hidup yang mudah buat saya. Cuma saya terima
 seadanya dengan penuh tekad mahu menghargai hakikat
 bahawa  itu adalah lumrah hidup
 di dunia yang sementara ini.

Saya suka video di atas kerana tidak mungkin saya boleh sampai
 ke tempat-tempat seperti yang dilalui oleh pengembara dalam video ini.
Saya dapat iImu dan jika terpaksa terjadi pada diri mesti mengharungi 
tempat-tempat seperti ini, tidaklah saya menjadi amat ketakutan.
Di Era Akhir Zaman ini saya tidak tahu
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.
Semoga Allah sentiasa memelihara dan mengurnia saya  pengakhiran hidup
 yang terbaik di sisiNYA.
Aameen.....



No comments:

Related Posts with Thumbnails