"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, June 11, 2022

DEMENTIA ATAU ALZHERIMER DI UMUR SEPERTI SAYA.....

 




Bismillah Calligraphy5.svg



Mudah saya katakan, di umur saya pengalaman "Lupa-Lupa"
sering berlaku. Semoga saya tidak sampai tahap "Nyanyuk".
 Rasa amat takut.

Suami saya ada seorang teman yag anaknya bercerita bahawa
 ayahnya juga sudah lupa-lupa.
Suatu pagi ia tidak pulang dari Masjid. Cemas anak-anaknya mencari.
Ayahnya sudah sampai peringkat lupa untuk mencari
 jalan balik ke rumah. 
Akhirnya di jumpai. Panjag ceritanya. Cuma saya ingin kongsikan
 di sini bahawa anak saya kata akan pasang di kereta suami saya
 satu "scensor" supaya jika lupa jalan kita boleh mencarinya
 dengan mudah. Semoga Allah lindungi.

Seminggu dulu saya ziarah seorang sahabat karib saya
 semasa bekerja dahulu.
Sejak adanya Covid19 tiga tahun yang lalu saya tidak ziarah. 
Saya rasa sayu kerana kini ia sudah banyak lupa-lupa dan adiknya
 update saya tentang kesihatannya.
Ia berumur 83 tahun dan sekarang menghidap alzherimer.
Adiknya menyatakan bahawa sekarang ia di urus oleh 2 orang
 registered nurse dari Filipino siang dan malam.
Ia membuat bayaran setiap bulan rm10,500 untuk 
2 orang nurse tersebut.
Itu belum lagi membuat bayaran pembantu rumah biasa untuk
 mengurus kebersihan rumah dan memasak.
Besar ujian untuk keluarga sahabat saya ini. Keluarga besarnya
 membantu kewangan yang diperlukan. Saya hanya mampu 
mendoakannya dan berdoa buat diri sendiri semoga saya boleh
 mengurus diri hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Semoga Allah mudahkan buat semua sahabat-sahabt saya.
Aamiin Ya Rabb....



No comments:

Related Posts with Thumbnails