Insya Allah kali ini saya ingin cerita prihal bahaya
covid 19 dalam keluarga.
Dalam foto di atas saya bertiga adik beradik yang masih ada
dalam 8 orang semuanya.
Yang tengah berumur 85, yang kiri berumur 82 dan saya berumur 75.
Sekarang Malaysia sudah diperingkat Endemik.
Kita bebas ke sana sini.
Kita hanya perlu jaga SOP.
Pendekan cerita kami bertiga sudah ikut perintah vaksin
hingga peringkat Booster.
Alhamdulillah kami okay hinggalah hari semalam. Kakak saya
yang berumur 82 tahun rasa semacam demam dan
sakit batuk-batuk sedikit.
Kebetulan semalam 2 orang cucu yang bekerja sebagai doktor
ada di rumah seorang anak di Pinggiran Putrajaya.
Maka anak pun buat test covid 19.
Nyata kakak saya positif. Saya pun rasa tidak sedap di hati kerana sudah vaksin pun masih boleh dijangkiti.
Saya pun sudah vaksin hingga booster. Maka ada
sedikit kerisauan walaupun saya negeatif bila anak buah saya
buat test covid19 semalam.
Kakak saya kuarantine di rumah anak dan cucu
yang doktor itu akan mengawasinya.
Hari ini saya dimaklumkan kakak saya stabil. Semoga terus sihat.
Saya bercerita hanya untuk berkongsi pengalaman. Kuman Kovid 19
masih berkeliaran. Saya dinasihati untuk jangan terlalu aktif di luar.
Nyatalah Vaksin hanya ikhtiar. Ia hanya ASBAB untuk jaga diri.
Apa jua yang berlaku
buat diri kita semuanya kehendak Allah jua. Hanya Allah swt yang
boleh mengizinkan sesuatu itu boleh berlaku.
Namun kita harus yakin bahawa apa jua yang Allah swt Izin berlaku
pasti ada HikmahNYA.
Maka kita berazam memahami Hikmah yang ia minta kita hayati.
Kita kuatkan dengan doa semoga Allah sentiasa memlihara kita dan
memudahkan segala urusan hidup kita.
Aamiin Ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment