Bunga di Taman sudah banyak yang layu
dan banyak juga yang sudah gugur lesu...
Begitu ibaratnya hidup dan kehidupan kita di alam kini
Berkembang indah penuh sanjungan yang dapat
menutupi segala yang pincang
Semoga kita menyedari bahawa setiap kata manis itu
tidak semuanya madu dan
kasih sayang itu tidak semestinya menjalin kedamaian yang berpanjangan.
Namun janganlah kita merasai setiap yang cerah itu pastinya indah
dan yang selainya tidak menjanjikan keindahan disebaliknya.
Namun jika hati kita subur dengan keikhlasan dan kasih sayang
Allah akan buka seluasnya keindahan yang berpanjangan.
Maka dalam hidup ini kita jangan sentiasa melayani
fikran yang menghasut jiwa
supaya sentiasa ragu keikhlasan
saudara mara, sahabat handai dan pekerja harian.
Janganlah kita hanya yakin diri sendiri sahaja yang sentiasa
benar dan sentiasa bijak pandai.
Ingatlah semua makhluk Allah ada kelemahan dan ada kekuatan.
Dan dalam langkah setiap hidup harian
Allah turunkan ujian untuk menegur
hati budi kita sejauh mana ia faham erti keimanan dan pengabdian.
Dan sejauh mana kita sudah bebudi pada yang memerlukan pertolongan
tanpa megharapkan apa jua balasan.
Sudahkah kita menahan kelaparan untuk memastikan anak-anak
kecil jiran tidak menangis mengharapkan bahan susuan.
Sudahkah kita tidak ketiduran sepanjang malam kerana
ingat pada yang tua dan uzur berhampiran
perlu perhatian mendapat sedikit keselesaan.
Jom sama-sama kita fikirkan
Semoga diakhir hayat kita ada rasa kelegaan bahawa
Allah tidak pernah mengecewakan
siapa jua yang sentiasa mengharapan sesuatu dari Allah Tuhan
yang tidak ada sekutu dan hanya Dia yang dapat memberi
segala keselesaan.
Ya Allah, hanya pada Mu kami meletak segala harapan.
Kami mohon keampunan atas segala kekurangan dan kelemahan.
Kurniakanlah kami Kasih Sayang Mu yang tiada bandingan.
Aamiin......
No comments:
Post a Comment