"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, June 9, 2022

HAMPIRNYA WAKTU PULANG....

HAMPIRNYA WAKTU PULANG. 




Bismillah Calligraphy5.svg


Ini pemandang waktu Subuh di kawasan perumahan rumah saya di Putrajaya. Sekarang saya melihatnya dengan rasa sayu walaupun semasa baru pindah 6 tahun yang lalu saya rasa teruja. Itulah kehidupan. Saya kini berumur 75 tahun dan jika umur samapai ketahun 2023 saya insyaAllah akan sudah bersara 20 tahun. Semasa menghadiri kursus persaraan tidak terbayang hidup  sejauh itu. Alhamdulillah, thuma Alhamdulillah. Tidak terkira kesyukuran. Namun dalam masa tersebut terselit juga kesedihan dan penyesalan. Apa penjelasannya, Allah sahaja yang maha Tahu.

Saya mula bersara dari umur 56 thaun. Itu persaraan wajib ketika itu. Alhamdulillah waktu itu masih ada kederat untuk berbagai aktiviti luar termasuk melancung mengikut kemampuan. Saya amat bersyukur dapat ziarah Masjidil AlAqsa (2015) dan itulah kali terakhir saya menunaikan ibadah Umrah dengan keluarga. (Semoga Allah kurnia RedhaNYA).Namun saya terus merasakan betapa sayunya kerana kini banyak sangat peristiwa yang berlaku di Palestine yang saya hanya mampu berdoa sahaja. SEMUANYA MENGIKUT IZIN ALLAH JUA. TIADA APA YANG BOLEH BERLAKU TANPA IZIN ALLAH. Perbuatan semua individu adalah juga dengan izin Allah. Maka manusia janganlah merasa kehebatan diri. Hakikatnya ialah apa jua yang berlaku hanya dengan izin Allah jua. Tetapi apa jua yang Allah izin berlaku tidak bererti Allah redha atasnya. Subhanallah. Fakta Redha adalah hak Allah yang mutlak.

Ramai sahabat-sahabat saya, adik beradik dan saudara mara yang telah Pulang dahulu. Saya hanya mampu mendoakan penuh bergetar rasa di hati kerana giliran saya Pulang pun rasanya tidak lama lagi mengikut umur yang ada dan tahap kesehatan yang Allah swt kurnia. Namun saya tetap bersyukur dan  dalam yang sama rasa Khuatir dan Berharap. Bila waktu Pulang sebenarnya hanya Allah yang maha menentukan, tanpa mengira umur dan tahap kesihatan dan apa jua keadaan yang manusia pandai-pandai memikirkan.

Alhamdulillah, saya cuba sentiasa beringat untuk hidup sederhana. Semasa muda amat tidak peka apa erti hidup yang benar-benar sederhana. Sekarang saya cuba memahami dan cuba istiqamah dalam menjalaninya. Semoga Allah kurnia kesabaran dan kebijaksanaan untuk Istiqamah demi Redha Allah yang maha Berkuasa atas segalanya. Saya mohon doa anda sekelian.

Dalam memikr-mikir Waktu Harus Pulang seperti di atas, saya rasa terpanggil untuk mengikuti Peperangan Russia dan Ukraine dengan tujuan memahami objektif dan proses peperangan itu sendiri dan kaitannya dengan kehidupan manusia di seluruh dunia. Tidak pernah saya mengikuti apa yang berlaku dalam peperangan selama saya hidup 75 tahun hingga kini.

 Dalam hidup hari ini saya rasa  amat yakin bahawa Manusia sememangnya suka mengakui bahawa dirinyalah atau kumpulannya lah sahaja yang bersifat amat benar dalam mengendali sesuatu. Perang antara negara dan Perang Dunia adalah sebenarnya disebabkan semua manusia yang terlibat tidak pernah tunduk pada kehendak Allah swt, melainkan peperangan di zaman hidupnya Nabi-Nabi yang Allah hantar ke dunia untuk memandu  perihal hidup manusia sejagat. Maka peperangan sekarang atas dasar nafsu sudah mengorbankan manusia yang "tidak berdosa". 

Semasa saya mengikuti peperangan sekarang diUtube saya merasa tersedih juga kerana terlintas dalam fikiran akan keluarga yang terlibat dalam peperangan semasa di kuasai Tentera Jepun dan Komunis dahulu. Saya hanya mendengari cerita dan tidak melalui sendiri. Apa jua yang Allah swt izin berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk memahami hikmah yang dimksudkan saya mendengari apa kata ustaz mengenai perkara seperti ini. Saya tidak mampu memahami "hikmah" yang sebenarnya tanpa berlatarkan kefahaman  mengenai Iman dan Taqwa. Sekarang ini saya hanya cuba memperkuat diri untuk berbuat sesuatu bukan untuk menegakan kebenaran Diri tetapi Kebenaran Allah swt yang mutlak jua.

Saya tidak mampu berbicang hal Iman dan Taqwa. Ilmu belum mencukupi dan amalan masih jauh darinya. Semoga Allah menganugerah Rahmanatnya yang tidak terhingga dan saya dapat Pulang dengan hati yang amat lega dan selesa. Ya Allah aku mohon keampunan dan Kasih Sayang Mu yang tidak terhingga. Semoga Engkau kurnia kebahagiaan di alam kubur, alam Barzah, Alam Akhirat dan mendapat kurniaan Syurga Firdaus Mu tanpa hisab bersama Emak dan Bapak dan semua kerabat dan sahabat-sahabt, dan semua Muslimin dan Muslimat.

Aameen Ya Allah, Aamiin Ya Rahman Ya Rahiimmmmm....



No comments:

Related Posts with Thumbnails