"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 20, 2022

Sedikit kisah cerita Kaum Kurdi. ....@NATO BUBAR!! ERDOGAN NYATAKAN HAL YANG TAK DI SANGKA-SANGKA!! NATO TERPE...






Saya pernah "makan angin" ke Turkey satu ketika muda dahulu.
Waktu itu saya dengari sedikit cerita Kaum Kurdi dan
 hubungannya dengan Negara Turkey.
Saya difahamkan kaum Kurdi ini adalah satu kaum yang kuat fisiknya
 dan berani berjuang. Sebab itu mereka ditakuti. 

Tersemat diingatan saya dan sesekali timbul bila terdengar 
cerita perang atau persengketaan bersenjata di daerah
 bersempadanan dengan Turkey. 
Semasa itu ada teteman saya yang mengatakan kaum Kurdi itu 
semacam kaum 'Ghurka'  yang bargabung dengan tentera Inggeris
dalam usaha mereka menaluk mana-mana negara yang di ingini.
 Kaum  ini memang bernai dan tidak takut berperang di baris hadapan.

Itulah cerita yang saya  sentiasa teringat bila di sebut 
kaum Kurdi ini. Maka itulah saya kongsikan ceritanya sedikit di atas
 ini untuk mereka yang suka sejarah.

Dalam pada itu suka saya cerita sedikit Kaum Jawa di Nusantara. 
Maaf saya selitkan fakta ini kerana saya keturunan Jawa dan selalu sentimental mengenangkan kegigihan bapak saya berhijrah
 ke Malaya untk mencari kehidupan yang lebih baik.
Itu sebabnya saya cerita dan bukan sebab lain.

Sehubungan ini saya rasa tertarik dengan penulisan sejarah
 kedatang Islam di Nusantara. Saya mengikuti sedikit ceramah
 Dr Mat Rafa mengenai berbagai hal di utube 
dan antaranya perhal kedatang Islam ke Nusantara.
 Beliau mengambil cerita kedatangan Islam dari rujukan
  yang tidak sama dengan sesetengah ahli sejarah.
 Dr Mat Rafa ini mengambil banyak rujukan yang menceritakan
 betapa hebatnya bangsa di Nusantara ini
dalam mengembangkan Islam, terutamanya di Tanah Jawa.

Saya terpikat dengan fakta kumpulan Wali Songo yang sering 
diceritakan jika melawat keTanah Jawa.
Mulanya saya ingat Wali ini keturunan Jawa. Sebenarnya bukan.
 Mereka keturunan Arab yang hebat  berjuang hingga ke Nusantara
 untuk berniaga dan berdakwah.
Tetapi saya tidah patah hati 
memegang kuat budaya orang Jawa hingga kini. 
Sebab itu saya suka Kaum Kurdi walaupun dalam Video di atas
 Kaum Kurdi tidak disukai dan sentiasa di curigai dan ditakuti.
Saya senyum sendirian mengikuti Video diatas.
Ikutilah santai-santai jika suka.





No comments:

Related Posts with Thumbnails