"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, November 6, 2011

EIDUL ADHA, di mana pengorbanan kita?

Pagi ini solat Eidul Adha di Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya menyentuh hati-hati  orang yang prihatin Erti pengorbanan. Khatib yang bersemangat memberikan sebuah khutbah solat Eidul Adha alhamdulilah berjaya melahirkan keinsafan di hati saya dan saya yakin ramai yang juga tersentuh hati dan minda mengenai persoalan asas dalam pengabdian pada yang maha Pencipta.





Di mana pengorbanan kita? Cukupkah dengan mengorbankan harta dan pada Hari Raya Eidul Adha ini kita mengorbankan nyawa seekor binatang sebagai lambang peristiwa mengambl sempena arahan Allah ke atas Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anaknya, Ismail?

Semoga Allah menerima korban kita, tetapi janganlah kita berhenti setakat itu sahaja. Kita harus memikirkan sama ada kita telah cukup berkorban untuk menegakan Islam di muka Bumi ini. Sudahkah kita fikir-fikirkan untuk berkorban hatta nyawa kita sendiri. Kalau kita ada harta, membeli binatang ternakan untuk berkorban, pastinya mudah sekali. Yang tidak ada harta mungkin mengatakan bagaiman aku boleh berkorban? Aku tidak ada kemampuan.

Maka Khatib mennceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw yang buta matanya. (disebut namanya, tetapi saya sudah lupa). Ia mahu pergi ke medan perang bersama yang lainya tetapi tidak dibenarkan oleh Nabi Muhammad saw kerana ia seorang yang tidak cukup kemampuan. Begitu juga kata Khalifah Saidina Abu Bakar yang menggantikan Rasulullah saw setelah wafatnya. Tetapi apabila sampai ke zaman Khalifah Omar Al Khattab, ia merayu supaya ia dibenarkan juga untuk bersama ke medan peranag. Kalau tidak boleh diberikan pedang, berilah padanya Panji-panji Islam supaya ia terus memegangnya. Saidinar Omar membenarkannya, dan akhirnya sahabat yang buta ini ia mati syahid. Keikhlasan hatinya dan semangat juangnya Allah hargai.

Kita bagaimana?

Sanggupkah kita membiarkan musuh-musuh Islam memperlekeh orang-orang Islam dan sanggupkah kita melihat saudara-saudara Islam kita dizalimi oleh musuh-musuh Islam?

Sama-sama kita fikir-fikirkan dan bermunajat semoga Allah menunjukan jalan yang terbaik dan semoga Allah tidak mematikan hati-hati kita dan hanya mahu bersantai sahaja. Ya Allah ampunilah kami kerana kami lalai, ampuni segala kelemahan dan kekurangan kami dan kurniakankan di hati-hati kami keberanian dan kesungguhan untuk berbakti dan keikhlasan untuk pengabdian yang sebaik mungkin. Hanya kepada Mu kami mengabdikan diri dan hanya kepada Mu kami dikembalikan. Semoga mendapat limpah kurnia Rahmat Mu yang tidak terhingga, ya Allah.....
Ameen.

......

No comments:

Related Posts with Thumbnails