"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 21, 2011

BILA RASA BOSAN





Bila sahaja kita rasa bosan, maka kita akan mencari jalan untuk menghapus atau menghilangkan rasa bosan itu. Tidak kira sama ada kita kanak-kanak atau kita dewasa.

Gambar di sebelah ini adalah satu cara Ujai (cucu saya) memastikan ia tidak bosan  duduk bersahaja sambil menanti Tok Ayah dan saya habis berurusan dan berbincang santai dengan orang dewasa  disatu majlis perkahwinan di Sik Kedah seminggu yang lalu. Ia bermain dengan  tanah pasir membina apa jua yang dirasakan dapat menghibur hatinya. Saya melarangnya tetapi tidak dihiraukan. Kekadang kita tidak mengambil kira kehendak kanak-kanak dan menganggpnya tidak sopan kerana tidak mengikut kehendak kita.


Kita mahukan dia duduk disamping kita menunggu kita berbual-bual hingga bersurai. Apalah yang ia faham mengenai perkahwinan dan pengatin.  Ini adalah kelemahan orang dewasa, menganggap kemahuanya seharusnya mengatasi kemahuan kanak-kanak  walaupun dalam ketika-ketika seperti ini. Maka kanak-kanak mencari jalan keluar dengan caranya sendiri untuk menghilangkan rasa bosan ini.

Bila fenomena  bosan ini melanda anak-anak remaja kita  dan mereka "bekeliaran"  di luar sana dan berakhir dengan menjadi anak-anak jalanan, siapa  agaknya yang patut dipersalahkan ye?....

Bercerita  mengenai fenomena bosan in, saya teringatkan  satu perbincangan yang santai tetapi serious dengan adik beradik sepupu  mengenai hubungan suami isteri, khususnya mengenai isu inginkan pembaharuan dalam hidup. Dengan lain perkataan yang lebih terus terang, kami bercerita-cerita mengenai isu poligami. Kami berbincang  beberapa hari dahulu setelah selesai majlis meraikan kelahiran cucu keempat pada seorang sepupu suami saya,( Majlis Aqiqah ). Sebenarnya topik ini tidak akan selesai bila masa pun ia diperbincangkan. Tetapi ada kalanya ia masih mahu diperbincangkan juga. Saya kurang minat sebenarnya untuk aktif dalam perbincangan  kerana masing-masing  akan bertegas dengan pendapat masing-masing. Pun akan keluar ayat Quran dan hadith tetapi masing-masing tetap mirip pada penafsiran yang selama ini mereka pegang. (Bukan salah ayat Quran, cuma perlaksanaannya sahaja yang kontroversi).

Saya hanya meyelitkan  sedikit pendapat.

Ada kebarangkalian lelaki mahu berkahwin lagi kerana disebabkan rasa bosan. Dan rasa bosan ini boleh timbul atas berbagai alasan pula. Mungkin ia bosan dengan penampilan diri isteri pertama kerana isteri itu tidak mengikut perkembangan zaman, terutamanya jika isteri itu bukan yang sekufu dengannya dari segi perkembangan minda. Maka ia mula memikirkan untuk beristeri lagi dan fikiran ini menjadi rancak jika ada pihak ketiga yang menggoda.

Mungkin  juga suami tidak tersangat bosan  tetapi  ia mahu mempelbagai pengalaman dan keseronokan hidup. Mungkin mereka mahu memperkasa keadaan sexuality mereka. Orang perempuan tidak akan faham mengenai  fenomena ini, itulah tuduhan mereka. Pemikiran mengenai sexuality  ini juga akan menjadi lebih ketara jika suami ini dikurnia Allah dengan kekayaan kebendaan yang berlipat ganda.

Pemerhatian saya mungkin simplistik tetapi saya rasa ada sesuatu yang boleh difikir-fikir.

Sang suami akan cuba memberi rasional atas pendiriannya untuk berpoligami. Apa pun yang diperkatakan untuk membela diri, para suami tidak akan mudah-mudah mengaku kelemahan dan kekurangan diri. Allah meletakan kepimpinan pada para suami maka sewajarnya para isteri harus patuh mengikut. Rata-rata itu pendapat para suami. Maka para isteri janganlah  menimbulkan soal kesilapan. Ini amat sensitif. Apakan daya, ini lumrah pemikiran manusia. Sang isteri harus pandai berdiplomasi. Jika tidak sang suami akan naik berang dan Ego akan melonjak tinggi dan sang isteri boleh  menjadi sasaran tindakan balas. Maka bagi sang isteri eluklah diam buat sementara. Ada saluran-saluran tertentu yang boleh diambil kira.

Saya perhatikan juga mungkin rasa bosan ini timbul kerana sang suami yang terlibat dalam hal ini membiarkan minda dan pemikiran mereka "idle", yakni tidak mahu berfikir-fikir lebih dari apa yang biasa difikirkan setiap hari dan setiap minggu dan setiap bulan atau setiap tahun. Oleh yang demikian mereka hanya terdorong dengan perasaan nafsu semata-mata. Maksud saya begini :  Orang yang tidak banyak berfikir luar dari kepentingan diri sendiri biasanya tidak memikirkan kepentingan orang lain.  Saya rasa mereka menjadi begini kerana mereka tidak berusaha  mencari dan menambah ilmu yang Benar, yang dibawa oleh junjungan besar Nabi kita Muhamad saw, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika mereka membaca, mereka membaca bahan-bahan yang berbetuk hiburan. Demikian juga jika menonton TV atau VCD atau yang sama dengannya. Pergaulan mereka pun dalam masyarakat tidak meluas atau mungkin langsung tidak bergaul. Maka mereka ini tidak tahu apa yang berlaku di luar domain kehidupan mereka yang hanya satu hala itu. Mereka hanya teringatkan sexuality mereka.

Saya  rasa jika manusia, tidak kira siapa jua,  menyibukan  diri, minda dan pemikiran dengan satu atau dua bentuk perjuangan dalam hidup bermasyarakat ini, pasti tumpuan fikirannya akan jitu pada perjuangan itu. Bila ada perjuangan dalam hidup, terutamanya kalau ia  mahu menjadi sebahagian dari usaha menegak amal makruf dan nahi mungkar, (contohnya)  dan bergiat cergas dalam badan-badan tertentu, maka saya yakin fikiran tidak menjadi "idle" dan mungkin tidak terdorong untuk melayani emosi sexuality mereka. Kalau kita menyibukan diri dengan perjuangan,  masa kita akan dimunafaatkan untuk sesuatu yang murni. Biasanya kerja-kerja suka rela dijalankan pada waktu luar pejabat dan biasanya hingga ke malam. Bila balik lewat pastinya sudah penat maka tidak akan terfikir untuk mencari seorang isteri lagi. Bukan begitu?.....

WaAllahu'alam. Saya tidak arif sepenuhnya dalam hal ini,  dan disini cuma ingin menyelitkan pendapat berasaskan pengalaman hidup yang serba mencabar. Cuma yang saya tahu : "If our brain is always idle, we may end up doing the right thing BUT doing it the wrong way, for the wrong reason and at the wrong time".

Namun, Allah maha mendengari segala pemikiran, segala rintihan hamba-hambanya. Dia yang maha menemukan segalanya. 






Kita lihat pula fenomena bosan dari sudut yang lain. Dalam pengalaman saya setelah bersara dari perkhidmatan awam dan berkumpul dengan kumpulan yang hampir sebaya dan sama latar belakang, saya dapati sering orang mengatakan ia kadangkala rasa amat bosan duduk di rumah sahaja. Maka mereka akan bertemu janji dengan beberapa rakan untuk keluar "window shopping" atau jalan-jalan cari makan sebagai cara menghibur diri menghilangkan bosan. Entahlah. Saya kurang setuju dengan cara begitu. Saya rasa masa diumur senja ini amat singkat sekali untuk rasa bosan. Membaca dan mencari ilmu yang boleh dimunafaatkan sudah cukup untuk tidak menyebabkan minda kita "idle" dan rasa bosan.

Ada yang cuba menghilangkan bosan dengan hobby menanam bunga dan menghias taman atau sentiasa menghias rumah. Ini baik tetapi kalau keterlaluan, saya takut akan kerugian masa kerana tidak kesempatan pula pergi ke majlis ilmu atau untuk membuat kerja-kerja suka rela untuk menolong mereka yang memerlukan.

Bosan adalah satu fenomena godaan Syaitan. Syaitan suka melalaikan dan tidak kira bagaimana cara  ia melalaikan. Syaitan pandai menghias sesuatu yang buruk menjadi nampak cantik dan manusia tertarik padanya. Syaitan cukup puas jika manusia jauh dari Allah dan membazir masa untuk sesuatu yang tidak ada munafaat yang optima. Maka sama-sama kita berdoa, tua atau muda, semoga kita terpelihara dari musibah rasa bosan. Saya memohon ampun atas  segala kesilapan pendapat dan segala kekurang dalam pemikiran. Hanya Allah yang maha mengetahui, maha bijaksana. Semoga Ia menujuki jalan yang diredhaiNya.Amin.



ooo

4 comments:

Makbonda61 said...

Bosan adalah satu fenomena godaan Syaitan.Setuju!

ngasobahseliman said...

Salam Makbonda. Terima kasih ruang masa mamper. Tahun depan saya jaga cucu, insyaAllah dan hantar ke Adni Islamic School. Semoga saya dapat terus aktif dan tidak dilanda rasa bosan.

Selamat melalui tahun baru persekolahan yang makin mencabar. Semoga Allah anugerah ruang dan peluang untuk membuat pembaharuan ke arah memastikan sistem kita mendukung cita-cita memberi ilmu dan membina akhlak berasaskan ilmu yang benar.

noraini said...

salam sobah

saya tertarik dengan article bosan dan amat setuju di umur senja tak ada bosan dan tak boleh bosan. Anti bosan ialah RINDU. kena definasi rindu ni betul2. wassalam

ngasobahseliman said...

Salam Ani. Seronok rasa disetujui. Kalau kita sentiasa sibuk di jalanNYA, mana mungkin rasa bosan.

Related Posts with Thumbnails