"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 23, 2012

KISAH LEMBU, lembu-lembu dan kepala lembu

LEMBU

LEMBU-LEMBU

DAN KEPALA LEMBU.........

Heboh benar cerita lembu dan lembu-lembu di Malaysia. Makin dekat PRU13 makin serabut otak saya mendengar berbagai cerita lembu. Timbalan ketua Wanita UMNO adalah jiran saya tetapi bila berjumpa di Masjid tidak pula ia bercerita tentang betapa berat dan rumit cerita lembu di Malaysia. Biasanya kami hanya bersalam-salaman, bertanya khabar dengan senyuman  dan beredar. Tempatnya tidak sesuai. Mungkin begitu.

Maka saya hanya membaca di blog rakan maya untuk tahu serba sedikit masaalah lembu dan lembu-lembu di Malaysia, sama ada lembu ternakan orang kampung atau lembu yang berbaka baik.  Saya kurang minat politik walaupun saya sedar  bahawa dalam Islam kita tidak boleh lari dari fakta politik dalam menjalani hidup harian sama ada di peringkat keluarga, masyarakat atau negara. Tetapi apakan daya. Saya  hanya rakyat biasa-biasa, ibarat melukut di tepi gantang. Berkata sesuatu atau tidak berkata sesuatu tidak membawa perbezaan. Saya hanya berdoa semoga Kebenaran akan terbela kerana Kebenaran tidak pernah memihak sesiapa.

Tetapi gambar-gambar dalam N3 saya kali ini bukan bertujuan hendak bercerita tentang  lembu-lembu di Malaysia, dari segi ekonomi atau dari segi politik.  Gambar-gambar ini saya ambil semasa melawat Adelaide dan Melbourne pada akhir tahun 2011. Tiba-tiba terlintas mengenai masaalah lembu di Malaysia. Saya hanya mampu tersenyum sendirian tetekala membelek-belek album foto saya  kerana manusia tidak dapat menjangaka apa yang akan berlaku dalam perjalanan hidup ini. Manusia di uji berbagai cara, kerana Allah maha mengetahui atas segala ciptaanNYA. Maka apa jua kedudukan kita, jangan kita lagha dan lalai hingga terjerat hasutan jinn syaitan, (moga Allah jauhkan).

Buat renungan Hari Jumaat.
Al Quran, Surah Al Mulk, ayat 2 dan 6.

67:2
[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya; dan ia maha Kuasa lagi amat pengampun.

67:6
 And for those who disbelieved in their Lord is the punishment of Hell, and wretched is the destination.

"Dan bagi orang-orang yang kufur (engkar) terhadap Tuhan mereka, disediakan  azab Neraka Jahanam ; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."

....

4 comments:

Kerabu Jantung said...

kalau lembu-lembu yang diternak tu cukup untuk supply kawasan Lembah Kelang ni , mungkin orang tak buat bising!

tapi bela lembu sekeciput....
kita kena jugak beli lembu sejuk beku dalam kotak mai dari Bangladesh!

ngasobahseliman said...

SIS, MASAALAH LEMBU INI SEKARANG IBARAT CERITA ANAK -ANAK LELAKI SAYA MASA KECIL DULU. KALAU BERI DUIT UNTUK BELI SESUATU DI KEDAI RUNCIT, DIA AKAN GUNA DUIT YANG LEBIH ITU UNTUK BELI JAJAN (MAKAN RINGAN) ATAU MAINAN, TANPA BAGI TAHU KITA DULU. JENUH MENGAJAR SUPAYA AMANAH. ITU DUIT EMAK AYAH. TAK BOLEH BELI BARANG IKUT HATI SENDIRI.
HAKIKATNYA KITA MANUSIA TIDAK MAHU JADI DEWASA. AGAKNYA BEGITU.AMBIL RINGAN SOAL AMANAH.

Makbonda61 said...

Ibubapa sudah mengajar untuk amanah,tapi masih diabaikannya,bagaimana pula jika ibubapa sendiri yang mengabaikannya?.anak anak menjadikan perlanggaran amanah sebagai sebahagian dari hidupnya.


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Sempat juga singgah dalam kesibukan mengajar. Di medan mengajar inilah Simah banyak peluang untuk menidik amanah. Itu hebat jadi guru. Kita usaha saja. Hasilnya bukan alam pendidikan formal sahaja yang patut dipersalahkan kalau sifat amanah lebur. Banyak fakta yang mempengaruhi orang jadi tidak amanah. Bila terduga dan teruji, Iman jadi luntur.
Yang lebih malang, masyarakat kita masih ramai yang menyanjong tinggi orang-orang yang bersifat tidak jujur, tersamasuk tidak amanah. Hanya kerana laporan media pandai menghias yang tak baik nampak macam baik. Semoga Allah lenyapkan mereka yang seperti ini jika mereka tidak benar-benar bertaubat. Biarlah kita dikelilingi dengan orang-ornag yang dapat memimpin kita kejalan yang Allah redha. Kita sama-sama doa.

Related Posts with Thumbnails