"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 16, 2012

TINY @ kaktiny.com


 Menjalin Kasih Atas Dasar Perjuangan.

 Alhamdulilah dua minggu yang lalu saya dapat berjumpa kenalan baru dari  keluarga blogger Kaktiny. Baru bersua muka, berkenalan dan bersembang santai dengan Tiny selama sejam dua tetapi sudah merasai kasih sayang seorang yang seirang jalan. Tiny berumur dua tahun muda dari anak perempuan saya yang sulung. Ia sudah menunjukan kematangan dalam falsafah hidupnya dan saya amat bersyukur dapat mengenalinya. Ia menjadi tanda aras prestasi anak-anak saya, walaupun sebenarnya setiap seorang itu ada kekuatan masing-masing.Saya seorang ibu yang suka "membanding-banding" dalam soal kebaikan dan kebajikan, semata-mata untuk memperbaiki diri dan memastikan tidak tergelincir dari landasan.

Maka di bawah ini adalah nota kecil perjumpaan saya dengannya
 untuk renungan anak-anak saya khususnya.

Salam Dear Tiny,
                Terima kasih meluangkan masa jumpa dengan aunty. Dalam kesibukan pun Tiny masih mencari jalan untuk berjumpa. Aunty amat menghargai kesudian orang-orang muda bersembang dengan orang yang amat dewasa umurnya macam aunty ini. Tidak ramai orang muda yang suka berbuat sesuatu macam Tiny buat. Mungkin kerana dirasai sudah wujud "generation Gap".   Sememangnya orang seperti aunty sudah tidak seaktif dahulu kerana beberapa kekangan yang menjadi fitrah umur sebegini. Mata kabur, lutut kendur, rambut gugur dan berbagai lagi yang harus dilalui hari demi hari. Aunty hargai kepedulian Tiny.

Aunty bukan berilmu seperti yang Tiny katakan. Jauh dari itu. Cuma Aunty cuba memunafaatkan masa yang tinggal sedikit ini untuk terus mencari ilmu dan cuba terus mengamalkan ilmu yang sedikit itu. Ilmu dan pengalaman yang  aunty  nampak lebih dari Tiny semata-mata hanya kerana aunty lahir dahulu. Kalau sama-sama lahir belum tentu ilmu aunty sama dengan ilmu  Tiny. Tiny pun sudah dalam perjalanan mencari Phd. Aunty sudah tidak ada peluang seperti itu. Aunty doakan semoga Allah kurnia kejayaan pada Tiny demi perjuangan menegakan kebenaran seperti yang kita sembangkan tempuh hari.

Latar belakang hidup aunty tidak sama seperi hidup Tiny. Aunty membesar sebagai anak keturunan warga pendatang dari Jawa. Maka peluang mendapat ilmu untuk sama seperti yang lebih stabil tidaklah banyak. Namun Allah kurnia juga apa yang ada sekarang. Alhamdulilah. Tetapi dalam hidup aunty banyak yang aunty kesalkan. Nanti kita jumpa lagi  insyaAllah untuk cerita- cerita mengenai  "my regrets"   semoga generasi peringkat Tiny tidak mengulanginya. Namun aunty yakin dari semangat yang Tiny tunjukan dalam sembang santai kita tempuh hari,  Tiny dapat melalui ranjau-ranjau hidup dengan lebih tabah dan tersusun dan dapat menghindarai apa yang tidak disukai. Semoga Allah terus memberkati usaha Tiny sekeluarga.

Aunty sebenrnya tertarik hati dengan semangat suami Tiny juga. Jiwanya nampak berkobar-kobar dalam melakukan sesuatu yang lain dari yang lain semata-mata mahu mencari jalan menuju Allah dengan cara yang terbaik mungkin. Syabas dan semoga Allah sentiasa menurunkan pertolonganNya. Fikirannya juga matang dan aunty nampak ia akan terus memberi kepimpinan yang positif dan berkesan pada keluarga. InsyaAllah kemudian pada masyarakat dan negara.

Aunty suka  pilihan tajuk untuk kertas desertation Phd mengenai integriti. Tiny mungkin mahu rujuk pada YBhg Dato' Aidit Ghazali, Pengerusi dan Perunding Utama Akademi Aidit Sdn Bhd. Aunty pernah menghadiri kuliahnya INTERGRITI TOTAL  dua tahun dahulu sebagai salah satu program NGO yang aunty anggotai. Aunty ada tulis sedikit, dan jika Tiny sempat lihatlah  sebagai overview. Ia mungkin relevan untuk thesis Tiny.  Lihat di sini. Dato' Aidit pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Aunty balik dari pertemuan kita itu dengan hati senang dan lapang kerana Tiny dan suami  merupakan generasi pelapis yang sudah mula mengorak langkah yang jelas mempertahankan maruah orang-orang Islam. Dengan rasa teruja aunty cerita pada suami aunty seronoknya bertemu Tiny berdua. Ia juga senyum seronok. Semoga kita jadi "rakan niaga" yang berterusan. Allahu Akbar. Alhamdulilah.  Inilah jalan-jalan melahirkan generasi yang amat mengambil berat tentang alQuran dan Hadith.

Aunty juga seronok Tiny komited hendak belajar bahasa Arab. Mulakan sungguh-sungguh sekarang. Aunty mula dalam umur akhir 30an tetapi kurang bakat berbahasa maka tidak dapat mencapai kecemerlangan. Cuma sedapkan hati yang aunty sudah cuba. Sekarang pun masih terus belajar sikit-sikit. Nanti bila Tiny berpeluang dan berkesempatan, ambillah cuti 3 atau 4 bulan dan pergi sendiri ke mana-mana negara Arab untuk belajar bercakap juga. Aunty doa peluang ini tercapai. Tapi tunggu dulu sampai negara-negara Arab lebih tersusun.

Sampai di sini  dulu Tiny. Semoga kita dapat jumpa lagi.  Doakan aunty sihat dan dapat terus menyumbang hingga ke akhir hayat. Aunty berdoa semoga mencapai taraf jadi Hamba yang Allah iktiraf sebenar-benarnya Hamba dan mendapat jemputan ke Syurganya tanpa hisab. Sama-sama kita doa untuk diri kita dan untuk semua yang kita kasihi.
alQuran, Surah Al Fajr ayat 27-30

89:27
Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya;
 To the righteous it will be said], "O reassured soul,

89:28
 Return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him],
Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai
89:29
  Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia!
And enter among My [righteous] servants
89:30
  And enter My Paradise."
Dan masuklah dalam Syurga Ku

...

1 comment:

Kaktiny said...

Assalamualaikum Aunty..

SubhanAllah.. hadiah atas kebaikan apakah yg dtg dari Allah di pagi Jumaat yang barakah ini?..

Link mengenai Integriti Total itu sgt bermanfaat di saat tiny mmg tgh mencari nota-nota utk mengukuhkan lagi proposal dissertation..

.. pastinya, tiny akan bertemu lagi dgn Aunty (dgn pertemuan rasmi, mungkin.. hehehehe), untuk menjalankan kaji selidik (interview) mengenai tajuk ini.. kerana pandangan, pengetahuan dan ilmu orang yang berpengalaman seperti aunty adalah rugi jika tidak dimanfaatkan dan dimunafaatkan sebaik mungkin oleh egnerasi tiny dan seterusnya..
Moga Allah izinkan pertemuan kita selepas ini ya Aunty..
(Tiny akan cuba dapatkan YBhg Dato' Aidit Ghazali, Pengerusi dan Perunding Utama Akademi Aidit Sdn Bhd juga..)..

Nota Aunty tiny simpan kemas di lubuk hati yg paling dalam sebagai motivasi utk diri supaya tidak lemah dan lelah dgn perjuangan dan misi dan visi hidup utk mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan sekalian alam.. serta menjalankan amanah dan tanggungjawab semaksima mungkin.. (seperti semangat yg Aunty tunjukkan kpd kami..).

Jazakillahu khairan kathira ya Aunty Sobah.. atas titipan nasihat dan semangat...

Doa tiny di pagi Jumaat ini agar Aunty dikurniakan kesihatan dan kecerdasan fizikal, minda, emosi dan rohani yang sihat sejahtera.. dan terus bersemangat memperjuangkan Islam atas dasar perjuangan yg hakiki.. dan terusan menyumbang bakti sehingga akhir hayat nanti.. agar kembalinya Aunty mengadap Allah nanti dengan hati yang puas dan berbahagia... dan mendapat kebaikan serta kenikmatan yang sempurna di dalam Syurga Firdaus-Nya.. Ameen..

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. di atas jalinan ukhwah yg Kau hamparkan ini.. Allahu Akhbar..

Lots of LOOOVVEEEE..

Related Posts with Thumbnails