"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 15, 2016

Kan Qurban juga namanya......







Nostalgia Sudan.

Ini rumah kampung di Sudan. Di hantar oleh Ustaz yang buat Qurban di sana bagi pihak orang Malaysia. 

Saya pernah ke Khartoum Sudan dalam tahun 2002 selama 10 hari semasa anak saya belajar Bahasa Arab di Inernational Islamic University di Khartoum. Tetapi pengajiannya tidak tuntas. Hanya setahun. Tetapi ia memberi kenanagn luar biasa buat saya kerana jarang-jarang orang Malaysia ke Sudan....





Ini foto Ustaz yang mengirimkan gambar.
Lihatlah sahaja. Saya tidak dapat menceritakannya.

 Pastinya Sudan sudah lebih modern sekarang berbanding semasa lawatan saya dahulu walau pun  ahli asnaf masih ramai. Demi kebajikan ummah sejagat, syabas saya ucapkan pada Ustaz dan generasi muda kini yang prihatin dan bersungguh-sungguh melaksana kerja-kerja sukarela..

Inilah juga pengorbanan.

 Semoga jati diri generasi muda ini akan berterusan tinggi 
untuk Sudan dan di mana jua mereka diperlukan.
Semoga Allah menerimanya sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aameen....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails