"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 22, 2019

Teruja dengan sepasang kasut..........@ terasa tenang dalam kesakitan.







Kelmarin dahulu saya menemani suami ke PPUM untuk merujuk masaalah jejari kakinya yang dipotong akibah kencing manis. Sudah agak beberapa lama ia rasa amat tidak selesa dan kekadang rasa sakit akibat jejari kaki yang tidak setabil bila berjalan. Ini ditambah buruk kerana memakai kasut yang tidak sesuai untuk kaki bernasaalah besar.

Laluan pagi itu menguji kesabaran kerana jalan terlalu sesak. Bagi saya yang sudah tidak bekerja, laluan sesak amat merunsingkan hati. Saya cuba bertenang kerana tidak ada apa pun yang saya bolih lakukan untuk mengatasinya.



Denag kesesakan yang saban hari dihadapi mereka yang masih bekerja pastinya amat menyulitkan. Tertanya-tanya dihati bila agaknya masaalah ini akan selesai atau sekurang-kurangnya berkurangan. Saya berdoa semoga tidak terlewat dari temujanji doktor yang telah ditetapkan.



Suami saya amat kepenatan menunggu giliran berjumpa Doktor di Pusat Perubatan University Malaya. Kami sekarang tinggal di Putrajaya dan akan cuba berpindah ke Hospital Putrajaya bila nanti sesuai mengikut kes kaki yang ada sekarang.

Doktor menatakan baawa masaalah jejari kaki yang sakit sekarang bukan kerana pembedahan yang dibuat 6 bulan yang lalu. Tetapai ia adalah kerana kaki suami saya sekarang tidak setabil kerana tekanan kaki semasa berjalan menimbulkan masaalah. Maka ada 2 cara mengatasinya.


  • Dr boleh rujukan kepada pakar orthopedik yang khusus tapak kaki untuk meluruskan jejari. Ini perlu pembedahan agak besar.
  • Atau bolih juga mencari pakar kasut yang boleh melihat kaki dan membuat kasut yang bersesuaian. Doktor memberi rujukan tempat yang sesuai untuk tujuan ini.

Suami dan saya memikrkan sejenak dan dan buat masa ini  bersetuju untuk cari pakar kasut. Kami amat bertemi kasih pada doktor yang melayani kami dengan baik dan keluar cuba mencari penyelesaian.

Kemudian saya google sedikit mengenai masalah kaki suami saya ini dan saya turunkan dibawah ini sebahagian masaalah yang suami saya hadapi.


An offloading cast can help reduce pressure on the foot and improve healing indiabetic foot ulcers. When someone experiences a diabetic foot ulcer, healing times can be dragged out due to a variety of factors.Feb 6, 2015
(orthowedge google search)

Darco  OrthoWedge Healing Shoe - Large


Lepas itu saya google pula bawah 'orthowedge' untuk cuba memahami. Bukan senang untuk memahami sepenuhnya. Dr mengatakan ada berbagai pilihan. Ada beberapa contoh seperti yang di foto di atas. Ia tidak sesuai buat suami saya kerana tidak membantu dalam usaha berjalan tanpa bantuan orang lain untuk memimpinnya. Lihat contoh di atas.




Kami pergi ke satu kedai seperti yang di cadang oleh doktor yang
 merawat suami saya.
Kami ditunjukan beberapa model dan menerangkan kebaikan atau kekuatan 
yang ada pada sesuatu model itu. Duduklah kami mendengarinya 
dan akhirnya  kami memilih seperti yang tertara di foto di atas ini.

Ia bukan 'a perfect fit',  tetapi ia agak sesuai buat suami saya. 
Amat jauh keselesaan yang dirasainya berbanding 
dengan kasut yang dipakainya sekarang. 
Alhamdulillah.
Ia amat rasa teruja dan terus buat keputusan membelinya.
Saya rasa harganya agak berpatutan RM 750/-.Kami ada tabungan untuk itu.
Kami teruja dan amat bersyukur. Semoga keselesaan berpanjangan dan 
tidak lagi perlu membuat apa jua pembedahan.

Kemudian kami berjalan-jalan sedikit mencuba kasut
 semoga Allah kurnia keselesaan.
Kami pulang melangkaui waktu zohor dengan rasa lega. 
Semoga dengan keselesaan ini Suami saya dapat menjadi lebih aktif
 dan memudahkan  kegunaan kaki ketika memandu. Dan dengan keselesaan yang sempurna suami saya juga dapat lebih beramal kerana Allah, membantu menegakan Kebenaran Mu, Allah.
Dan semoga Allah memudahkan segala urusan mencari RedhaNYA.
Aamiin ya Rabb.....



...............

No comments:

Related Posts with Thumbnails