"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, October 5, 2020

Untuk Alih Kejemuan fikiran politik seperti tidak hirau Covid19 @Cara Baru Tanam Bonggol Pisang Agar Cepat Berbuah..


Assalamualaikum....
Beberapa hari kenelakangan ini saya rasa jemu dengan karenah politik kini kerana seperti tidak menghiraukan bahaya Covid19 yang kini kembali dengan bilangan yang membimbangkan.
Maka saya berbincang dengan anak bagaimana mengatasi masaalah mahu meneruskan projek ikhtiar mengerjakan tanaman di atas tanah wakaf yang saya ceritakan sebelum ini. Kalau ada PKP sekali lagi bagaimana kerja yang dirancang.....


Saya berminat membantu anak saya mahu menanam pisang jika sesuai dan keluasan tanah mencukupi. Video di atas memberi semangat buat saya kerana arwah bapak saya adalah pekebun bertanam ubi keladi keledek dan dan tanam durian belanda dan ciku di kawasan berdekatan rumah. Sebuah nostalgia. Maka saya kongsikan video ini untuk pengunjung blog saya yang berminat melupakan sementara waktu karenah politik yang memeningkan kerana ia boleh menjejas kehidupan rakyat biasa.
Semoga Allah memelihara Malaysia dari segala bencana dan rakyat dapat berikhtir mengubah diri selaras dengan fenomena akhir zaman yang sering diceritakan olen beberapa ulamak Malaysia dan di luar Malaysia.
Semoga Allah memudahkan usaha kearah mendapatkan Redhanya dan semoga sejahtera dunia akhirat.
Aamiin ya Rabb.....


No comments:

Related Posts with Thumbnails