"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, April 21, 2012

CHERRY BLOSSOMS DI SEOUL, KOREA.



MasyaAllah ! Cantiknya rumpun bunga ini.
Ciptaan Allah yang maha kasih pada hambanya. Diturunkan hujan dan ditnundukan bumi
 untuk munafaat sekelian manusia.

MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN.

Sebahagian besar kami ke Seoul adalah untuk melihat sendiri betapa cantiknya Cherry Blossom di Korea. Tetapi ketika kami di sana cuaca agak sejuk dan bunga-bunga belum berkembang seperti biasanya jika cuaca panas sedikit. Namun, Alhamdulilah, kami dapat melihat kurnia Allah yang seperti ini. Bagi saya pengalaman saya di Tokyo semasa menjaga anak saya dalam pantang, adalah lebih meriah kerana saya lama di sana. Di Seoul hanya sebentar sahaja dan rasa tidak puas lagi tetapi sudah sampai untuk kembali ke Malaysia. Itulah manusia. Dikurnia sedikit seperti mahu lagi.

Suami saya teruja dengan keindahan Cherry Blossoms ini.





"Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik negeri sendiri."

.....

Friday, April 20, 2012

......DARI HAL GINSENG, STRAWBERRY DAN WORLD CUP




Ini gambar akar ginseng. Tidak jelas tetapi yang terbaik yang dapat diambil.

Ginseng dari Korea adalah yang terbaik di dunia. Itu maklumat gedong kerajaan yang kami lawati.  Kami dimaklumkan oleh pegawai yang memberi penerangan pada kami  bahawa jenis yang terbaik adalah akar yang dituai selepas 6 tahun. Tetapi yang biasa diexpot adalah yang dituai selama 4 tahun sahaja. Kos adalah faktor mengapa hanya sebahagian sahaja yang ditanam hingga 6 tahun. Dan yang jenis 6 tahun ini ianya tidak diexpot dan hanya kegunaan dalam negeri sahaja. Saya berfikiran mengapa demikian. Agaknya yang baik untuk orang Korea sahaja dan yang kurang baik diexpot. Saya tidak tertanya pada pegawai berkenaan.

Ginseng adalah termasyor dengan kesan 'perubatan' yang mujarab. Suami dan saya serta seorang teman tertarik pada jenis yang baik untuk menurunkan kadar cholesterol dibadan dan perjalanan darah. Harganya mahal dan buget pelancungan kami tidak mencukupi. Maka kami kongsi membelinya dan seorang membayar lebih kurang RM1,500/- sahaja. Tetapi ada sejenis lagi yang baik untuk resdung. Maka saya membelinya juga untuk anak lelaki saya yang amat bermasaalah dengan sinusnya. Harganya juga RM1,500/- tetapi tiada yang berminat untuk kongsi membelinya. Kami berharap ikhtiar kami ini Allah makbulkan.




Sebelum kembali semula ke bandaraya Seoul dari daerah luar bandarnya, kami dibawa ke ladang strawberry. Kawasan perkampungan yang terletak di celah-celah kawasan gunung nampak teratur dan bersih. Di ladang itu kami diberi peluang memetik strawberry dan memakannya. Kami hanya dibenar memilih sendiri sebanyak 6 biji sahaja dan yang lain kami dihidangkan dengan strawberry yang sudah terkumpul. Maka kami memilih yang besar-besar. Amat manis rasanya. Tidak seperti strawbwrry di Cameron highlands. Itu kurnia Allah yang berbeza. Tapi orang Korea murah hati dan kami makan sepuasnya. Kemudian kami ditawarkan untuk membeli. Ada ahli yang membeli buah tetapi kami membeli Jam Strawberry yang diproses tanpa gula.

Sebahagian dari ladang strawberry itu.

Ladang ini diurus secara co-operative dalam kampung itu. Nyata lebih baik dari segi pemasarannya. Di bawah ini foto yang saya rakam sebagai kenangan.






Di Seoul selain dari Masjid yang satu  itu tidak ada kemudahan solat di mana jua. Maka pemandu pelancung kami berusaha mencari jalan untuk memberi kemudahan tersebut. Ada yang kami ubah suai dewan makan di restoran untuk solat dan ada yang kami solat di bilik persalinan di Stadium Bola yang pernah digunakan untuk pertandingan WORLD CUP  bola sepak 2002 di mana pasukan Korea agak berjaya keperingakat yang membanggakan negara walaupun tidak keperingat separuh akhir atau akhir. Stadium itu dijadikan musium dan saya melihat-lihat sambil membuat perbandingan dengan Malaysia tentang kegigihan mereka dalam menaiktaraf sukan dan olahraga negara. Tiada bandingan. Saya berpendapat Malaysia kurang serious dan kurang ikhlas. Ini saya perhatikan semasa saya bertanggongjawab membina Sekolah Khas Sukan untuk Kementerian pendidikan dalam tahun tujuhpuluhan dan lapanpuluhan. Kemudahan fisikal tidak cukup canggih dan jenis makanan dan pemakanan pun begitu  kerana tidak cukup peruntukan bajet. Tetapi Malaysiakan negara kaya. Di mana kekayaan kita itu agaknya. Maka hingga kini kita belum lagi terserlah selain dari Badminton dan sedikit-sedikit yang lainnya.

Lebih baik lagi jika Malaysia mahu mempelopori sukan dan olahraga dari perspektif Islam. Fikiran Rakyat bagaimana ya?
Di bawah ini kenangan Stadium Worlad Cup 2002 dan kami bersantai sejenak sambil berfikir.


Bersantai di Stadium selepas solat.

...

Wednesday, April 18, 2012

KEMBARA HATI










Berbagai tujuan kita bermusafir atau kita kembara. Namun di hujungnya adalah kerana Allah swt semata-mata, mahu mencari  dan memahami kebesaranNya dan berdiri tegap mempertahankannya dan semoga mendapat keredhaanNya. Saya dan suami amat ingin untuk ke GAZA dan ziarah Baitul Maqdis. Tetapi belum termampu dari bergabai sudut. Semoga suatu hari nanti akan menjadi kenyataan jua dan doa kami tidak putus semoga akan bebas Negara Palestine dari kezaliman Yahudi.

Sementara itu kami kembara santai ke Seoul, Korea Selatan selama 6 hari. Alhamdulilah kami sihat dan dapat mengikuti program sepenuhnya. Namun hati ini tidak banyak teruja kerana tempat-tempat yang kami ziarah tidak membawa banyak pengertian mengenai perjuangan  umat Islam. Kami rasa agak kosong di hati kerana tempat-tempat itu hanya untuk santai para pelancung. Namun kami masih berharap ada sesuatu yang dapat kami munafaatkan dalam musafir ini kerana seharusnya ada nilai tambah yang dapat diperolehi bagi munafaat  perjalanan menuju ke Destinasi Kekal yang sudah hampir bagi kami.

Maka kami dengari dengan agak teliti penerangan pemandu pelancung yang suka bercerita sejarah pembangunan masyarakatnya terutama selepas melalui perang "KOREAN WAR" dan Perangan Dunia Kedua di mana mereka di jajah oleh Jepun, seperti kita di Malaysia. Orang-orang Korea Selatan masih kurang mempercayai orang-orang Korea Utara dan Jepun. Mereka lebih selesa dengan kuasa-kuasa Barat yang mereka anggap boleh membela mereka dalam apa jua krisis yang mungkin dihadapi.


 


Saya pernah ke Seoul 30 tahun yang lalu ketika masih dalam perkhidmatan. Tetapi ketika itu saya dan 3 pegawai yang lain hanya melawat sekolah-sekolah dan Kolej-kolej Teknikal sahaja dalam rangka Latihan Teknikal oleh Bank Dunia. Bandar Seoul amat jauh berbeza dan saya merasai seperti inilah kamli pertama saya berada di bumi Seoul. Saya kagum melihat perkembangan kemajuan yang berlipat ganda. Dari penerangan pemandu pelancung yang fasih berbahasa Inggeris dan lulusan University, dapatlah saya fahami bahawa mereka maju kerana rakyatnya bersatu dan berkorban dan bekerja kuat membangun negara mematuhi saranan pemimpin yang memerintah  negara mereka. Rakyat jelata berjimat cermat dan pemimpin tidak menonjolkan kemewahan hidup mereka. Semasa perang dan sesudah perang  rakyat digesa makan beras berdikit-dikit. Malahan perundangan dikuatkuasakan untuk makan nasi dari beras yang mesti dicampur dengan jenis makanan yang lain seperti jagong, kacang soya, kacang merah dan sebagainya. Mereka patuh dan sifat gigih rakyat dan keikhlasan peminpin inilah yang dapat membina Korea seperti yang ada sekarang.


Saya masih teringat pengalaman saya  makan  nasi campur ubi kayu atau keladi atau keledek dan mak dan bapak saya bekerja kuat untuk menyara  keluarga. Kalau sejahtera keluarga maka sejahteralah negara. Saya menghargai pengorbanan para pemimpin waktu itu tetapi sekarang ini saya terfikir-fikir  sama ada masih jitu semangat juang pemimpin yang memerintah negara ketika ini. Dari penerangan yang diberi  kami dimaklumkan  bahawa Korea tidak kaya dengan hasil bumi seperti Malaysia. Tetapi mengapa mereka lebih maju dari Malaysia. Pembangunan teknologinya lebih canggih dan taraf  hidupnya lebih tinggi dari Malaysia. Bagaimana rakyat boleh membangun negara seperti ini. Mereka bukan beragama Islam. Malahan  orang Islam di Korea adalah kurang dari 1% penduduk yang lebih kurang 50 juta orang. Saya dan suami berbincang-bincang tentang fakta ini dengan ahli rombongan semoga menyedari kepincangan, kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita dengan tujuan mencari penyelesaian kerana kita semua akan dipertanggongjawabkan di akhirat nanti, secara langsung atau tidak langsung.  Kita adalah pengundi yang berhak menentukan arah tuju yang yang lurus seperti dituntut dalam Quran dan Hadith.

 Hanya ada sebuah Masjid di Bandarraya Seoul yang dibina dengan sokongan kuat oleh Kerajaan Arab Saudi. Kami solat Jumaat di sana. Bilangan jumaah melempahi ruang dewan solat dan ramai yang solat di kawasan luar. Saya perhatikan yang ramai sekali ialah kaum pendatang dan orang-orang kedutaan. Ini dapat diperhatikan dari cara mereka berpakaian.


 Dibawah ini suami saya merakam foto dengan seorang Korea yang beragama Islam yang bekerja mengawal lalu lintas di hadapan Masjid. Namanya Ali. Ia amat teruja bertemu kami..
Masjid ini tidak nampak gahnya dari pintu belakang tetapi kami tidak masuk dari hadapan kerana masaalah lalulintas. Gambar di atas  ini diambil di pintu belakang.


 

Saya senyum sendirian bila tajuk Khutbah Jumaat adalah mengenai "Qalbun Saliim". Saya senyum kerana rata-eara itulah manusia. Kita jarang-jarang dapat mengawal hati. Text khutbah diedar siap dengan terjemahan dalam bahasa Arab, Inggeris dan Korea. Pengalaman solat di masjid itu membuat saya terfikir akan mengapa kerajaan Islam di dunia  terutamanya yang kaya raya dan yang mempunyai hasil bumi kurnian Allah yang melempah ruah tidak tampil  membantu membina Masjid yang lebih besar dan di kawasan yang mudah parking dan  mudah perjalanan  lalulan lintas. Sama pentingnya ialah membina kemudahan tandas dan tempat whudu yang modern dan selesa dari segi penggunaannya dan supaya mudah juga diurus kebersihannya. Masjid di Seoul ini jauh dari memuaskan dalam kemudahan itu. Saya berdoa semoga negara yang kaya raya ini atau orang-orang Islam sendiri yang kaya raya mahu tampil ke hadapan mengembangkan Islam di Bumi Korea ini.

Saya sendiri rasa agak bersalah kerana saya sendiri rasa takut untuk dipertanggongjawabkan mengenai kekurangan ini.

Oleh kerana Islam tidak meluas di bumi Korea ini maka kami dihidang makanan di restoran bertaraf "vegetarian" atau restoran makanan laut di mana pemandu pelancung menjamin bahawa semua minyak masak yang diguna adalah minyak masak sayuran. Maka kami tidak banyak soal. Di tengah-tengah bandar Seoul terdapat banyak makanan Halal. Cuma di kawasan peranginan di luar seoul sahaja tidak ada restoran halal.




Saya kurang minat makanan Korea kerana rasa hanyir ikan agak kuat. Tetapi alhamdulilah saya dapat memujuk hati dan makan seperti orang lain. Hidangan Tradisional yang terkenal KIMCHI sentiasa ada dan ramai yang berminat kerana ia rasa seperti sayur di jeruk dan diperam lama-lama hingga sedap dan boleh tahan lama. Kami dibawa ke sekolah membuat Kimchi dan diajar bagaimana membuatnya.

 



Yang amat berminat telah membeli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Siapa yang ingin rasa bolehlah datang ke rumah kami jika sudi.

Setakat ini dulu catatan saya dalam Kembara Hati. InsyaAllah akan saya sambung dilain entry. Semoga dapat dikongsi sama sedikit pengalaman ini.

....

Monday, April 9, 2012

SAHARING OUR GOLDEN MOMENTS




Sejam dua sebelum waktu subuh  pada 7 April yang lalu saya sudah mengingatkan suami saya bahawa pada jam 7.30 pagi kita sudah perlu bertolak dari rumah untuk ke ISTAC ( International Institute of Islamic Thought and Civilization) untuk menghadiri majlis Graduation Class of 2011 Sekolah Islam Adni. Semalaman saya memikirkan mengenai peristiwa yang akan saya hadiri ini kerana saya rasa terharu tetapi dalam masa yang sama saya rasa  teruja kerana pastinya majlis itu adalah simbolik bagi suami dan saya. Mengikut adatnya besar kemungkinan kami tidak akan dapat melihat Huzaifah, cucu sulung kami tamat tingkatan lima dari sekolah tersebut untuk kami saksikan hari graduannya. Huzaifah baru bermula tahun ini dan umur saya dan suami sudah 65 tahun. Hanya Allah yang dapat menentukan sama ada kami dapat benar-benar berkongsi Golden Moments itu nanti dalam tahun 2023. Jadi saya dan suami berkongsi  Golden Moments ini "in advance". Sayu rasa di hati tetapi  kami tetap bersyukur dan doa kami tidak ada penghujungnya.

The Graduation Hall, pasti ibu bapa rasa gembira.

GOLDEN MOMENTS OF CLASS 2011
THE GRADUATES OATH.

In the Name of Allah the Most Gracious Most Merciful.
We are the Graduates of ADNI 
Firmly believe that Allah is our Lord
Muhammad saw our example
 AlQuran our Constitution,
Jihad our way.

We the Youth of ADNI
 Sincerely seek to make Islam our way of life
Enjoying the good and forbidding the wrong
Forging the bonds of brotherhood,
Ensuring victory in this world and the hereafter.

We the Mujahid of Allah,
Unendingly strive to uphold the honor of Islam  
Place Allah and the Messenger above all;
Our lives and wealth only for Allah
 In exchange of this world for Jannah.

Allahu Rabbunaa,
 Guide us onto the aright Parh of Dakwah and Islam,
Shower us with your "Nur" of Iman and Taqwa,
 Bless us with strength and Sincerity
Grant us endless Patience in the face of your trials and tribulations,
Burden us not with more than what we can bear,
Ameen.

Walaupun peristiwa ini haya satu impian dan harapan pada kami suami isteri, tetapi kami tetap bersyukur kerana Allah kurrnia dapat memulakan Jihad pendidikan dalam keluarga. Ia satu warisan yang saya mengharapkan anak-anak dan cucu-cucu akan meneruskan seterusnya. Begitu doa kami.

Alhamdulilah, dengan kehendak Allah sekarang ini pula dapat kami berganding bahu dengan rakan-rakan seperjuangan dalam membangunkan sistem pendidikanan Islam yang holistik dan sepadu. Inilah sistem yang saya cuba sarankan pada teman sekerja semasa berkhidmat dalam kementerian Pendidikan dahulu walaupun ia dalam rangka yang amat kasar yang memerlukan pendetailan yang sewajarnya. Tetapi ketika itu tidak ada sokongan dan tidak berjaya kerana saya seorang dan saya sering "dineutralized" oleh Ketua perkhidmatan  saya. Ini perkataannya sendiri yang disebut pada saya dalam majlis perpisahan sempena persaraan saya pada tahun 2003. Saya sedih tetapi tidak kecewa atau berkecil hati kerana saya yakin pastinya ada jalan lain menuju ke destinasi itu. Saya sentiasa memohon ampun dan doa saya berterusan kerana saya yakin Allah mendengari. Dialah yang  maha mendengar.



Dari kanan: Suami, Dato Safarudin, rakan seperjuangan dan Pak Hasni , CEO Adni Islamic School yang kami kasihi.


Dengan izin dan kehendak Allah serta limpah kurnia rahmat kasih sayangnya jua saya dan suami dipertemukan dengan Pak Hasni  (kebetulan suami saya sudah mengenali Pak Hasni lebih 20 tahun yang lalu tetapi terpisah lama.) yang telah memulakan sistem ini lebih 15 tahun yang lalu. Pertemuan itu teratur cantik dengan pertolongan Allah semata-mata  menerusi teman akrab saya  yang sentiasa gigih dan mengajak saya sama-sama membangunkan sistem yang seperti di Adni  di Situwangi Boarding School di Garut berhampiran dengan Bandung di Indonesia. Sumbangan saya amat kecil sekali tetapi saya rasa bahagia bersama mereka.

Maka  dengan gandingan bahu dan kerjasama dengan Adni Consutancy Sdn Bhd ini kami mengharapkan semoga  usaha kami  dapat diteguhkan dan diperluaskan. Projek sekolah di Garut ini di urustadbir oleh Yayasan Situwangi yang diterajui oleh Ibu Hanifah dan rakan-rakan kongsinya yang amat komited untuk sama-sama berjihad di bidang pendidikan untuk  membangun ummah sejagat. Islam tanpa sempadan.

Bergambar kenangan dengan guru-guru Adni (dua ditengah-tengah)

Team kami ingin mencontohi Sekolah Islam Adni kerana mereka sudah membuktikan bahawa pendidikan Islam secara holistik dan terpadu boleh menghasilkan pelajar-pelahjar cemerlang yang berwibawa dan berakhlak mulia. Sekolah ini menyediakan pelajar untuk UPSR, PMR SPM dan IGCSE (International general certificate of Secondary Education).  Dalam majlis tersebut pelajar-pelajar di anugerah berbagai sijil kecemerlangan dalam berbagai kategori. Antaranya ialah: Khalifah Award Receipent IGCSE 2011, Best Achievement in IGCSE 2011 and Excellant Performance dalam peperiksaan yang sdama. Dalam peperiksaan SPM anugerah yang sama juga diberi.

Tetapi apa yang lebih mengkagumkan saya dan suami ialah ada diantara pelajar yang dapat menghafaz alQuran sepenyhnya dalam masa yang sama. MasyaAllah. Sekolah Islam Adni bukan Maahad Tahfiz tetapi memeberi ruang dan peluang pada siapa jua pelajar yang berminat dan berkebolehan untuk berbuat demikian. Bagi tujuan  hafazan, kumpulan pelajar itu memulakan waktu pengajian jam 7.30 pqgi. Mereka disediakan ustaz untuk membimbing khas. Yang tidak mampu 30 juz, mereka diberi kemudahan untuk tahap-tahap yang bersesuain dengan kebolehan  dan kemampuan mereka masing-masing mengikut jadual yang ditentukan.  Maka dengan ini tiada siapa yang boleh menyangkal dan mengatakan bahawa sistem itu tidak sesuai dan membebankan. Seharusnya sistem perdana  pendidikan (main stream education) boleh menerajui sistem ini kerana negara kita amat berkemampuan dari segi kewangan. Pendapatan negara melimpah ruah tetapi sistem ini  seperti dipinggirkan mungkin  kerana kurang yakin dengan Islam. Entahlah saya kurang faham.

Situwangi Boarding School di Garut akan cuba mencontohi Sekolah Adni dengan beberapa perbezaan mengikut persekitaran  di Daerah itu. Namun kami akan menitikberatkan hakikat bahawa kejayaan hidup hanya boleh tercapai dengan Ilmu dan Taqwa. Tidak selainnya. Janganlah kita berbangga dengan sistem pendidikan barat yang hanya bertujuan untuk kesenanagan dan kemewahan di dunia sahaja.

Sekolah Islam Adni mengambil juga pelajar dari luar negara dan pada hari itu saya mengambil beberapa foto mereka untuk cucu saya lihat betapa hebatnya sekolah ini. Alhamdulilah, segala puji hanya bagi Allah. Kami bercita-cita besar dan dan bercita-cita tinggi. Semoga Allah memudahkan dan mengurnia kejayaan. Semoga usaha untuk menyebarluaskan konsep ini dan dilaksana secara sungguh-sungguh oleh pendukung-pendukung Islam mendapat pertolongan dari Allah jua. Pak Hasni telah pun diiktiraf oleh OIC (Organization of Islamic Countries) dan semoga mendapat tempat dihati-hati kepimpinan di malaysia ini demi kejayaan ummah yang sebenarnya dan demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Dari Lagos, Nigeria.

Dari Jepun.

Dari Belgium.

SYABAS ADNI !  dan semua sekolah yang serupa dengannya. Banyak lagi yang perlu dilakukan seperti penambahbaikan latihan guru dan staff pengurusan terutamanya dibidang kurikulum terpadu dan holistik. Perjalanan ini masih jauh lagi. Sistem ini seharusnya terlaksana juga di peringkat University dan kolej supaya ada kesinambungan yang akan memperkuat lagi perbadi setiap pelajar dan akan menjadi lebih bijak dalam menjalani hidup sebagai pemimpin disemua lapisan kehidupan. Semoga Allah menerima usaha ini sebagai amal soleh. Semoga Allah menurunkan pertolongannya dan menganugerah kejayaan yang cemerlang dan kami dapat menyumbang kearah mengembalikan kegemilanagan Islam di bumi ini.

Kami memohon ampun atas segala kelemahan dan kekurang, yang dahulu dan yang sekarang,  dan semoga Allah meredhai.

...

Friday, April 6, 2012

DEMI SAYANG PADA SEMUA.......

"PENEMUAN" AS IN DISCOVERY
PENCERAHAN ILMU "SEMULAJADI", FITRAH KURNIAAN ALLAH 
MELALUI ULITAN KASIH YANG ERAT DAN LUHUR

GAMBAR HIASAN
KASIH SEORANG BAPA PUN TIADA BERTEPI.

Gelak ketawanya menyeronokan hati ibu .... juga hati ayah. Ia suara yang dapat menceriakan ahli keluarga yang ada di sampingnya dan membawa kebahagiaan buat ketika demi ketika..... Lama manakah gelak ketawa anak kecil ini akan kedengaran dan  lama manakah dapat ia memberi harapan bahawa hari-hari mendatang akan menwarkan sebuah impian membina sebuah  keluarga  penuh sakinah dan cemerlang ?  

Ia bergantung pada semua yang disekelilingnya, terutama ibu bapanya. Pra-syarat utama dalam memenuhi hak asasi anak kecil  ialah kasih sayang yang tulin yang luhur yang terserlah dari hati dua insan yang menjadi musabab kelahirannya.Kasih sayang bukan hanya sebutan mulut yang mengatakan bahawa hati amat mencintai anak yang dilahirkan ini Tetapi  Cinta harus dimanisfatisakan dalam bentuknya yang unik, ia itu dengan sentuhan, dengan kata-kata lunak dan memberi rangsangan mengikut peringkat umur.

Kasih sayang pada anak memerlukan masa dan konsentrasi minda. Perlu ada interaksi antara anak dan ibu-bapanya dan anak mendengari dan melihat interaksi antara ibu-bapa itu sendiri. Kasih sayang ini  sentiasa dalam bentuk hubungan erat tiga segi. Cara utama untuk berinteraksi ialah melaui bermain bersama, makan bersama dan tidur bersama dengan menyesuaikan keadaan mengikut umur. Ini amat perlu terutamanya jika anak kita itu ada keistimewaan yang perlu perhatian khas dan sentuhan khas. Anak perlu dibimbing, dipimpin dan diasuh sewajarnya. Hadis mengatakan bahawa lahirnya seorang anak, ia ibrat kain yang amat putih dan ibu-bapalah yang merawnainya samada ia menjadi Yahudi atau Nasrani. Anak memerlukan bukan sahaja masa yang berkualiti (quality time) tetapi anak perlu masa yang mencukupi. Kalau hanya berinteraksi secara intensifi tetapi dilakukan hanya bila berkesempatan maka itu tidak dikira mencukupi. Kasih sayang secara "touch n go" jarang dapat meninggalkan kesan yang positif.

Maka jika anak tidak mendapat kasih sayang dan layanan dan perhatian  seperti ini, ia boleh dikira seperti satu penderaan. (Child abuse). Penderaan bukan semata-mata secara fisikal tetapi sebenarnya secara emosi juga. Ini pandangan saya melalui pengalaman, bukan suatu pendapat professional. Tetapi saya yakin bahawa pendapat saya ini ada betulnya kalaupun tidak semuanya betul.

Maka bagaimana kita boleh  mencari masa yang diperlukan untuk tanggonjawab seperti yang saya katakan di atas tadi.  Salah satu cara ialah mungkin ibu tidak perlu kerja jika pendapatan keluarga mencukupi. Atau mungkin ibu boleh berkerja dari rumah kerana sekarang ini sudah banyak kemudahan teknologi yang wujud yang memungkinkan demikian. Cara "tradisional" yang saya cadang pada anak-anak untuk mencari masa  ialah dengan mendapatkan khidmat pembantu rumah dan pembantu pengasuh. Kalau susah mendapatkan pembantu yang baik maka bersabarlah dengan yang kurang baik tetapi ada potensi untuk jadi baik dengan latihan dan nasihat dari kita sendiri. Tugas mereka bukan untuk berinteraksi dengan anak-anak tetapi untuk membantu dengan kerja-kerja rutin yang boleh kita serahkan tanpa menjejas keselesaan rumah tangga. Maka masa yang terluang boleh ditumpukan oleh ibu dan bapa  pada pengasuhan dan pembangunan anak mengikut peringkat umur. Merka akan dapat berinteraksi dan berulit mesra tanpa tergesa-gesa.

Adalah fitrah anak-anak suka bermain. Itu satu hak asasi yang tidak boleh dihalang. Tetapi ia memerlukan pemerhatian ibu-bapa atau penjaga yang boleh dipercayai. Sayugia disedari bahawa menyerahkan dan meninggalkan anak-anak di taman bibingan dan yang serupa dengannya bukan  merupakan suatu penyelesaian yang mutlak. Ia sebaiknya hanya  untuk sebahagian dari waktu seharian dan bukan dari jam 7 pagi hingga 5 atau 6 petang. Saya sendeng  pada mengatakan bahawa itu juga satu bentuk penderaan jika seharian hingga hampir malam baru bertemu ibu dan bapa. Tetapi jika ini satu keadaan yang terpakasa dilakukan maka saya boleh terima. Tetapi  saya berpendapat seharusnya ada pembantu di rumah kerena apabila balik mereka berkesempatan untuk berulit mesra dengan anak-anak kerana kerja mengurus keselesaan dan kebersihan rumah sudah dikendali oleh pembantu.

Anak-anak juga perlu perluasan minda. Maka masa percutian juga amat perlu difikirkan. Maka ibu-bapa harus bijak membuat perancangan kewanagn untuk keluarga. Bila saya memperkatan perancangan untuk keluarga saya bermaksud termasuk keluarga besar terutamanya untuk kedua orang tua dan adik beradik yang memerlukan bantuan. Saya berpegang pada prinsip bahawa kesejahteraan hidup adalah pada memberi. Sebab itu tajuk entry saya ialah "demi sayang pada semua". Saya juga berkeyakinan bahawa tidak boleh dikira kejayaan sebuah keluarga jika kejayaan itu tidak boleh atau tidak dapat dikongsikan seluasnya.

ANTARA TUMPUAN PERHATIAN YANG MENCUCKUPI

PERLU BIMBINGAN UNTUK MEMBUKA MINDA. INI TUGAS IBU DAN TUGAS BAPA.


PANDUAN MEMBINA KEMATANGAN  MELALUI PERKONGSIAN PERMAIANAN DENGAN
PEMERHATIAN IBU DAN BAPA.
(GAMBAR HIASAN)

Perkongsian bukan hanya bererti meluangkan masa  untuk anak-anak dan isteri sahaja tetapi termasuk juga menziarahi saudara peringkat tua. Perkongsian adalah juga meliputi tindakan bagi  memudahkan laluan hidup keluarga yang sudah diumur senja terutamanya ibu dan papa dan juga ibu dan bapa mertua.  Dan penting lagi jika seseorang itu masih ada datuk dan nenek.  Rata-rata mereka diumur tua bukan mahu dijamu dengan hidangan yang sedap-aedap beraneka rupa. Mereka hanya suka makan kegemaran mereka tetapi mereka rasa bahagia jika sesekali mendapat layanan istimewa. Mereka  mahu disantuni dengan perbualan mesra dan sesekali dibawa  bersiar-siar sekadarnya. Mereka pun biasanya tidak menuntut diawa  melancung jauh-jauh merata dunia. Mereka sudah rasa bahagia jika  didampingi dengan bualan mesara  dari masa kemasa. Maklumlah sekarang ini gaya hidup amat mencabar. Tetapi itu bukan alasan untuk meminggirkan  kebajikan keluarga  yang tua.

Keluarga tua juga perlu masa yang berkualiti dan mencukupi dari anak-anak. Maka untuk meluangkan sedikit masa, anak-anak yang sudah berkeluarga perlu mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah. (jika tiada cara lain yang lebih baik). Bila pergi menziarahi keluarga tua pembantu ini dapat diminta untuk membersihkan rumah keluarga tua yang tidak berkemampun mendapatkan pembantu rumah mereka sendiri. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah pemikiran kita tentang keselesaan hidup bukan sahaja untuk keluarga  terdekat tetapi  ia harus meliputi keluarga tua yang dalam tanggongjawab kita. Janganlah pula beriri hati antara adik beradik  tentang siapakah yang lebih patut mengurus keluarga tua. Anak-anak seharusnya berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa yang tua kerana Allah telah janjikan jalan pintas ke Syurga jika ia dilakukan dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Sayang- menyayangi adalah merupaka satu pakej dalam kehidupan berkeluarga. Itu tuntutan akhlak dalam manhaj Islam. Maka kita harus SAYANG PADA SEMUA, tua dan muda, jauh dan dekat tidak kira miskin kaya. Cari jalan sedayanya untuk meluangkan masa.  Pembantu rumah adalah satu jalan membantu usaha walaupun karenah mereka boleh membuntukan dan  menserabutkan fikiran buat  seketika. Ujian hidup berbagai rupa. Jangan fikir diri sendiri. Fikirlah yang lain sama. Mudah-mudahan Allah redha dan kita bahagia di sini dan di sana. Janganlah kita disibukan mengumpul harta hingga tidak cukup perhatian pada keluarga Ini  kerana jika kita lagha dan obses dengannya maka ia akan menjadi suatu yang sia-sia dalam hidup kita.

Ambillah tindakan yang wajar walau sukar sekalipun demi  memenuhi hasrat sayang pada semua. Semoga Allah mengampuni kelemahan dan kekurangan dan menganugerah Syurga Firdaus untuk semua dengan RahmatNya yang tidak terhingga.

....

Wednesday, April 4, 2012

PEDULI KESELAMATAN DIRI

 
Taman Aman

Saya terlambat keluar rumah pagi Jumaat yang baru lalu untuk "jogging"...Oh tidak... jalan perlahan sahaja . Mana mungkin berjogging di umur senja begini. Tapi ini satu kemestian untuk terus aktif sebaik mungkin. Temapt jogging di Taman Aman, Petaling Jaya. Dahulu di sini juga saya bersama kumpulan Tai Chi tetapi kini telah berhenti hampir dua tahun atas sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakan, tetapi tidak kuat semangat.

Tapi bukan cerita jogging atau Tai Chi yang saya hendak kongsikan hari ini. Tetapi cerita keselamatan pelajar remaja perempuan  yang berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Sudah jam 7.10 pagi dan seorang pelajar perempuan masih berjalan seorang diri di kawasan Taman Aman tempat saya berjogging. Saya berhenti dan mengajak ia masuk untuk saya hantarkan ke sekolah.. Pagi itu saya good-mood dan terdorong untuk berbakti seadanya. Pelajar itu mula-mula hairan kenapa saya berhenti. Saya kata saya hantarkan ke sekolahnya,, Saya ingat mulanya sekolah Menengah Perempuan Sri Aman. Tetapi setelah naik dan berbual sedikit rupanya ia bersekolah di Sekolah Menengah  yang lain agak 2 kilometer dari tempat saya mengambilnya. Katanya dia naik bas tetapi bas lagi lambat dari jalan kaki kerana ia berpusing-pusing. Kalau berjalan kaki ia  boleh ambil short-cut (jalan pintas). Jadi mungkin tak sampai 2 kilometer. Tetapi pada kiraan saya perjalanan itu cukup jauh juga.

Pelajar ini tinggal di rumah pangsa di Taman Aman. Maka saya pasti keluarganya tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah. Apa yang membimbangkan saya ialah pelajar ini pelajar tingkatan 3 dan saya lihat wajahnya cantik. Saya terfikir juga kalau yang menawarkan tumpang naik kereta itu orang lelaki, adakah ia menerimanya juga. Kalau tidak menerima pun saya amat khuatir ia boleh dipaksa masuk oleh kumpulan orang-orang yang tidak bertanggong jawab dan sentiasa mencari mangsanya. 

Saya terfilkir juga kalau saya perempuan sekali pun, saya boleh jadi orang suruhan geng penjenayah yang sentiasa merayau mencari peluang. Terpegun sekejap, tetapi tidak ada kesempatan untuk menasihatinya supaya berhati-hati di Jalan Raya. Walaupun di kawasan perumahan, sekarang ini di Malaysia banyak tempat sudah tidak selamat. Tidak berapa lama dahulu anak jiran saya pulang waktu maghrib menjadi mangsa geng jahat yang mengekorinya dan bila ia berhenti di hadapan rumahnya seorang dari yang  naik motorsikal ambil besi dan mahu memecahkan tingkap kereta anak jiran saya ini. Ia tidak berjaya kerana kebetulan seorang jiran lelaki nampak dan menjerit-jerit menghalangnya. Mereka berdua terus cabut lari.

Saya yakin banyak peristiwa seperti ini dan yang lebih dahsyat lagi berlaku di Malaysia ini. Apa sudah jadi pada negara kita. Ekonomi membangun tapi jenayah pun membanun juga. Siapa yang patut dipersalahkan.

Pemimpin atau rakyat atau keduanya.
Semoga semua kita peduli akan keselamatan diri.

....

Tuesday, April 3, 2012

MENYATAKAN BETAPA SAYANG




Malam 1 April kami dijemput ke Majlis Merayakan Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 50 seorang teman akrab yang dikendali oleh anak-anaknya secara rahsia. Ini adalah antara cara mereka menyatakan betapa sayang mereka pada kedua emak dan ayah dan betapa terhutang budi ke atas kedua mereka. Dalam umur dewasa ini saya baru dua kali ke majlis seperti itu. Tetapi Majlis malam kelmarin di Hilton KL Central membuat saya  agak terpegun. Acara majlis memberi kesan untuk berfikir-fikir.



Saya kagum atas kegigihan anak- anak  mengenal pasti rakan akrab mak dan ayah, rakan dalam perniagaan yang telah lama ditinggalkan, rakan masjid yang rapat, doktor-doktor yang merawatnya ketika sakit kritikal dan beberapa lagi. Mereka bersungguh-sungguh mencari dan  mendapatkan no. telifon untuk menjemput dan meminta jemputan dirahsiakan. Saya amat teruja untuk menghadirinya.

Biasanya anak-anak muda tidak kisah atau ambil peduli  siapa kawan akrab emak ayah, tidak kisah siapa kawan masjid yang ia selalu bersarapan pagi bersama, tidak hairan kawan perniagaan yang lama-lama dulu dan ambil selamba  kawan riadhah atau  bermain badminton emaknya. Ramai anak-anak muda yang merasakan tidak perlu mereka mengambil tahu kerana tidak ada persamaan kepentingan.  Tetapi anak-anak teman saya ini lain dari yang lain. Mereka peka dan mereka hormat. Mereka ra'i kawan-kawan emak dan ayah dan melayani karenahnya.

Anak-anaknya semua berjaya dalam bidang professional masing-masing dan boleh dikirakan sekarang ini mereka dalam kelas pertengahan atas. Tetapi semuanya berbudi bahasa dengan orang tua dan menyantuni mereka bila masa bertemu. Disiplin yang diterap dalam keluarga susah di contohi. Namun teman kami ini berjaya menerapkan nilai-nilai murni untuk kehidupan dunia dan akhirat sedayanya. Mereka terus mencuba  dan mencuba.

Teman Yang Dira'i.

Suatu yang menyentuh hati kami ialah anak-anak lelakinya menyayikan lagu kelasik "Kasihnya Ibu.......Kasih nya Ayah....." sungguh menikam kalbu. Majlis senyap sunyi ketika mereka dengan penuh emosi mendakap emak dan ayah. Sememangnya ada alternatif lain untuk menyatakan kesyukaran pada Tuhan yang maha Kasih maha Penyayang. Tetapi Majlis pada malam itu dihadiri juga oleh teman perniagaan yang bukan Islam. Maka mereka membuat sedikit penyesuaian. Semoga Allah mengampuni segala kekurangan. Mereka  telah dianugerah rezki yang begitu lumayan dan dianugerah  kasih sayang dalam keluarga hingga ke anak-cucu, dan mungkin tidak lama lagi cicit pula.

Senyap-senyap saya membayangkan alangkah bertuahnya kedua teman saya ini apabila telah kembali ke Rahmat Allah nanti kerana itu pasti,  anak-anak mengingati mereka sepenuh hati. Dalam doa yang dipanjatkan kepada Ilahi dipermulaan majlis  amat syahdu dan ia melambangkan keeratan hubungan anak dengan kedua orang tuanya. Semoga ia berterusan selamanya. Hadith telah mengatakan apabila kita mati hanya tiga yang kita bawa bersama, iaitu Sedekah jariah, Ilmu yang dimunafaatkan dan Doa anak -anak yang soleh. Akhirnya ini yang membawa erti yang sebenar dan semoga teman kami ini tergolong dalam kumpulan itu. Dan saya pun berdoa saya juga dalam  golongan  yang membawa tiga perkara seperti dalam hadith itu. Amin.


....
Related Posts with Thumbnails