"Mengapa pilih yang putih ?" Tiba-tiba terdengar suara dari belakangnya sambil bahunya ditepuk.
"Allah !....buat orang terkejut," dia menoleh sambil senyum. "Yang putih bererti bersih, suci dan menyejukan hati," jawapan ringkasnya.
"Ia,....betul tu. Yang putih juga memberi gambaran suasana hati yang terang benderang yang boleh juga menyinari hati-hati lain supaya memancarkan sinaran yang menyegarkan suasana sekeliling." Teman yang datang tadi setuju.
"Jangan biarkan hati kita gelap gelita, walaupun kita sedang merasa duka nestapa dalam kehidupan yang penuh cabaran dan ujian bergnda-ganda. Ibarat kita ditinggalkan jauh di dalam gua, atau di bilik yang tidak ada lubang tingkap dan apa jua. Kita cuba pecahkan bilik itu. Kalau dapat retakan sedikit pun jadilah. Dengan ada retak itu cahaya dari luar boleh menyinar masuk. Dapatlah kita bernafas lega walaupun buat seketika. Kita usaha lagi hingga ada lubang luas terbuka. Semoga akan sampai ketikanya bilik yang hitam gelap-gelita itu akan jadi putih bercahaya."
"Amboi....! kenapa befalsafah. Susah nak ku faham kalau terlalu mendalam.
"Taklah. Cuma aku sedang mengingat bicara hati seorang teman yang sedang berfikir untuk bertindak memilih antara dua jalan."
"Allah tidak buat dunia kita sempit, kenapa hanya ada dua jalan."
"Betul jugak tu," kata ku.
"Allah bagi kita berbagai jalan. Asalkan sahaja kita mencontohi tindakan-tindakan yang sharie oleh sahabat nabi dan siapa jua yang jiwanya suci. "
"Jiwa suci mudah sahaja. Mentauhidkan Allah jua. Kita berubudiah seolah-olah kita nampak Allah. Kalau kita tak nampak Allah, maka Allah pasti nampak kita. Kita kota apa yang kita kata. Apa yang dihati itulah juga yang dalam suara. Tidak mengharap balasan pada amal ibadah kita melainkan mendapatkan keredhaan Allah yang maha Esa jua."
"Okaylah, aku cuba. Bicara tanpa laku tak guna juga. Itu cari nama pada istilahnya. Cari sanjungan dimata dunia."
"Betul kata-kata itu. Masa berkerja dahulu selalu benar kita merungut kerana ramai boss-boss kita yang menerima arahan dari atas tanpa mahu berkira-kira sebelum menerima. Lepas tu bila laksana mula lah timbul itu tak kena dan ini tak kena. Mulalah cari jalan nak letak beban pada sesiapa yang agak tidak membantah walaupun hati terseksa."
"Sudahlah tu, jangan cerita yang lama-lama. Nanti tanggong dosa naya diri sendiri saja. Muflis pulak kita kat Sana. Kita tengok sekarang sahaja. Apa bezanya dengan masa kita berkerja? Mungkin lagi teruk jika di kira-kira sebenarnya. Banyak sekandal, banyak syak wasangka atas peristiwa-peristiwa yang berlaku di depan mata. Malas nak dengar dan malas nak cerita. Buang masa. "
Habis di situ sahaja bicara dua sahabat lama.
Yang putih akan tetap putih.
Dalam cerita lagenda, darah Mahsuri pun Putih.
Tetapi tiada bukti sains yang menjadikan ia bukti bersih.
Yang pastinya tidak akan jumpa hati yang putih,
Kalau pegangan dan amalan tidak atas ajaran Yang Maha Pengasih.
Maka pegang kuat Quran dan Hadith, jangan sekali disisih.
WaAllahu'alam.
2 comments:
Assalamualaikum,
Hmmmm,menarik, dailog orang lama yang sudah puas melihat gelombang duniawi. Telah tiba masanya menuju ketepian kehidupan,jiwa telah jitu,impian ke alam sana kian jelas.Entah bagaimanakah kesempatan kami.Masih kabur.
Salam Makbonda. Terima kasih singgah. Orang macam saya suka disinggahi kerana kurang tenaga untuk kesana kemari. Walaubagaimana pun kata ustaz, hidup ini seperti perlumbaan larian 1oo meter. Kita kena lari pecut dan semakin pecut bila garis penamat hampir sampai.Semoga berjajaya terpilih pemenang. Sama-sama kita doa.
Post a Comment