"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 27, 2012

LIHAT DUA KALI



Lihat dua kali. Lihat dengan mata hati. Jika tidak lihat pada barang buruk ini,
Lihat pada tempat ia dibuang.Lihat pada yang indah.
Saya ambil foto ini dalam perjalanan "jalan-jalan cari makan".
Selalu sahaja kita tersasul dan mudah mengenepikan yang tua, yang buruk, 
yang kurang upaya dan sebagainya.

Kita lupa cerita zaman Nabi saw di mana seorang perempuan yang tua, kurang kemampuan serba serbi tetapi datang ke Masjid setiap hari untuk membersihkanya tanpa di suruh oleh sesiapa.
Ia tekun dan bertekad ikhlas menyumbang tenaga untuk kebajikan orang ramai.
Suatu hari Nabi saw bertanyakan sahabat mengapa sudah lama Beliau tidak nampak 
perempuan tua itu.
Sahabat menceritakan bahawa perempuan itu sudah meninggal dunia.
Nabi saw menunjukan rasa kecewa dan terkilan kapada sahabat  kerana 
tidak memberitahu Beliau kisah itu.
Nabi saw memandang tinggi pada perempuan itu tetapi sahabat tidak demikian.
Maka Nabi saw pergi ke pusara perempuan tua itu dan berdoa baginya.

Suatu yang kita harus ambil iktibar akan cerita ini. Jangan mudah meminggirkan seseorang hanya kerana ia nampak tidak bijak dan tidak berharta.
Allah maha mengetahui apa yang ada di dada dan apa yang dalam fikirannya.

Semoga kita mencontohi sikap Rasulullah saw sentiasa.

...

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis Ngasobah,

Pandangan mata manusia selalunya berbalau-balau, nampak yang elok, yang cerah, yang kilat saja....
selalu tertipu dengan pandangan mata kasar!

ngasobahseliman said...

Benar Sis. Kadang-kadang kita sendiri nak terlajak bersikap begitu. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar pada kita semua.

Related Posts with Thumbnails