"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 25, 2012

TERINGATKAN SEBUAH TRAGEDI


Apabila saya membaca kisah-kisah di akhbar atau melihatnya di TV berkenaan bagaimana kita kadangkala terbelenggu fikiran dan mengikut apa sahaja yang kita diberitahu untuk mengikutinya atau kita  buat apa jua yang disarankan untuk mempercayainya, maka teringatlah saya kepada  sebuah sajak Lord Tennyson yang saya pelajari dalam kelas English Literature yang saya ambil ketika di tingkatan 5 bertahun-tahun  dahulu. Sajak itu ialah  "The Charge of The Light Brigade". Pada saya ia sebuah tragedi yang boleh diambil iktibar hingga ke hari ini.

Half a league, half a league, 
Half a league onward
All in the valley of death
Rode the six hundred.
"Forward the Light Brigade!
Charge for the Guns!" he said
Into the Valley of Death
Rode the six hundred.

"Forward The Light Brigade!"
Was there a man dismay'd?
Not tho' the soldier knew
Someone had blundered
Theirs not to make reply,
Theirs but to do and die
Into the Valley of Death
Rode the six hundred.

Sajak  ini ada sambungannya. Cuma saya berhenti di sini kerana inilah yang saya ingat hingga sekarang. Guru Bahasa Inggeris saya ketika itu ialah seorang yang berketurunan India dan saya suka cara beliau (sekarang mendiang) membuat kami berfikiran berlainan dari yang lain. Ketika itu saya di tingkatan lima. Saya masih ingat: Jangan berbuat sesuatu tanpa fikir. Kalau boleh berhujah, katakan hujah kamu. (Always reason out. Do not take actions blindly).

Sajak (Poetry)  di atas adalah satu penghargaan pada askar-askar peringkat bawahan yang menurut perintah tanpa soal., walaupun mereka tahu ada yang tidak tepat dalam keputusan itu. Tetapi mereka dalam situasi peperangan dan undang-undang peperangan, siapa jua yang diperintah dari seorang ketua (walaupun perintah itu punya banyak kesilapan) askar-askar bawahan semestinya akur. Tetapi kata guru saya pada ketika yang lain, kita mesti ingat fakta ini. FIKIR BARU BUAT.

Kebanyakan kita buat dulu baru fikir. Katanya kalau kita banyak sangat berfikir nanti kita tidak akan buat apa yang kita rasa hendak buat. Memang benar kata setengah orang : "If we waited until everything is perfect, we will never get started on anything." Walau bagaimana pun apa jua yang kita buat harus berlandaskan sesuatu yang munasabah dan sesuatu yang tidak menyalahi aqidah. Itu pemikiran saya sekarang.

Namun hari ini saya selalu bingung dan khuatir tentang diri dan keluarga yang dihujani dengan maklumat dari kepimpinan masyarakat dan negara yang sering bercanggah satu sama lain dan bercanggah pula dengan kefahaman saya selama ini. Saya berfikir. Saya yang tidak betul atau mereka yang tidak betul. Contohnya pendirian mengenai pengiktirafan Israel. Kalau kita bependirian selama ini tidak mengiktiraf Israel, kenapa sekarang semacam sudah berubah fikiran. Ada pula yang berkata (dalam Selangor Kini) Malaysia membantu ekonomi Israel dengan penjualan minyak kelapa sawit.

Saya pening sebab sekarang saya tidak tahu siapa yang akan saya undi dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Sudah banyak kecelaruan dalam banyak hal. Belum lagi bercerita mengenai  rasuah dan hal-hal yang sama maksud dengannya. Semoga kita semua beringat bahawa kita bukan hendak menang sorak tetapi kampung tergadai, kita bukan hendak menang di dunia tetapi di akhirat kita merana. Sudah banyak ayat-ayat ancaman yang Allah turunkan. Sama-samalah kita menginsafi diri supaya tidak tergelincir walau seinci pun.

Jika kita kalut dan membuat tindakan untuk kesenangan dan kemewahan jangka pendek, saya khuatir negara Malaysia ini akan kehilangan punca. Takut saya nak sebut. Semoga Allah melindungi.  Semoga Allah sentiasa mengasihani rakyat dan melimpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga.  Semoga terhalang semua jenis tragedi.
...

5 comments:

Makbonda61 said...

Hmmm sangat membingungkan.

Pada malam-malam sebelum memangkah,banyakkan munajjat,banyakan istiharah,semoga pilihan kita ialah yang memberi kebaikan keatas kehidupan dan agama kita.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin

Kita hidup dalam zaman fitnah.. kita diuji.. semoga akhirnya kita dapat juga baldatan thaiyyibah

Setuju dengan Makbonda. mari kita bermunajat demi kebaikan agama kita.

ngasobahseliman said...

Salam. Terima kasih Mak bonda dan Werdah atas ingatan dan saranan. Kita diwajibkan memilih kepimpinan yang kita fikirkan dapat memimpin ummah, yang benar-benar ikhlas dan yang benar-benar taqwa, bijak dan berani. Kalau perlu "berkongsi" kuasa kepimpinan ini "tidak akan menjual Islam dengan harga yang murah". InsyaAllah saya dan keluarga akan sama-sama berdoa semoga Allah menolong yang benar dan kita semua sejahtera menuju ke jalanNYA.

Mieza said...

Assalamualaikum Aunty Sobah,
Tulisan aunty selalu membuat saya terfikir adakah keadaan ini yang saya mahu jika saya kembali menetap di Malaysia.

Berada di negara pemerintahnya memang kafiruun, membuatkan saya sekeluarga dan rakan2 merasa Allah memberi peluang untuk kami berusaha menjaga segala aspek kehidupan agar berlandaskan agama Islam untuk mengharap redhaNya. Soal makanan, pengisian ilmu yang sedikit tapi berterusan untuk diri dan anak2, pergaulan sosial yang terjaga InsyaAllah menjadikan bumi Allah ini penuh keberkatan.

Saya kagumi usaha aunty untuk membangunkan sebuah masyarakat yang berlandaskan alquran dan sunnah, doakan saya agar turut beristiqamah dalam hal yang sama, semoga usaha sekecil kuman ini turut mendapat redha dan rahmat Allah s.w.t.

ngasobahseliman said...

Salam Dear Mieza. Usaha aunty pun kerdil juga. Tapi Allah ajar biar sikit tapi istiqamah.Aunty cuba istiqamah. Aunty seronok dengan usaha Mieza di NZ. Pasti lebih rumit dari di sini. Kita selalukan doa makin hari makin kuat keimanan dan taqwa dan mohon Allah buka jalan untuk memudahkan dan meluaskan usaha yang kerdil ini. Kita tidak boleh buat seorang diri. Kekuatan Islam dalam Jemaah. Dalam beramal dan berjihad Allah tak lihat pada hasilnya. Allah lihat pada usahanya.Semoga usaha kita mendapat Rahmat Allah yang tidak terhingga dan Allah kurnia kita bertemu di Taman-Taman IndahNYA yang terpilih.

Related Posts with Thumbnails