Ada kalanya kita seorang,
Ada kalanya kita beramai.
Yang seorang tidak mesti keseorangan,
Yang beramai tidak semestinya semua hati tenang damai.
Yang pasti ....
Tidak seorang pun hilang dari pandangan
Tidak seorang pun hilang dari percaturan
Makhluk durjana yang digelar Syaitan.
Tetapi jangan marah pada segala penipuan dan hasutan
Sebab kita sudah diberi amaran dan sudah diberi kemampuan
Oleh Allah pencipta yang maha mengetahui rahsia dalaman.
Syaitan hanya diberi kuasa godaan
Tidak ada kuasa membuat tindakan
Itu keputusan insan yang tidak mahu mengikut jalan
Yang sudah di tunjuki dan sudah ada jaminan.
Ayuh kita ke pangkal jalan
Maghfirah Allah masih luas terbentang
Jangan rasa angkuh seperti Firaun
Dan jangan ingat maut itu boleh ditangguh kebelakang.
Ya Allah,
Kami mohon keampunnan
ooo
2 comments:
Assalamualaikum Aunty Sobah,
Your words are always full of wisdom and inspirations.
Alhamdullilah kerana sudi berkongsi rasa, dan pengalaman, banyak yang saya pelajari dari catatan2 aunty.
Keep on writing, semoga Allah sentiasa merahmati Aunty sekeluarga.
Thank you dear. I write also partly because I do not want my mind to be idle. May Allah be pleased with what we write.I look forward for more photos. I have not been to New Zealand.
Post a Comment