"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 6, 2012

RISIKO






Ibarat " WALKING ON A TIGHT ROPE", hidup ini jika silap kemudi akan meletakan kita dalam situasi risiko tinggi  sama ada dari segi kesihatan, keselesaan, atau keselamatan.

Tetapi jika tidak mengambil risiko, maka  tidak akan berhasil apa jua pun. Jika kita amat berhati-hati dan berfikir  terlalu panjang dalam mengambil sesuatu keputusan, maka kita tidak akan memulakan sesuatu pada masa yang sewajarnya. Akhirnya apa yang kita lakukan tidak menjadi relevan. Kita akan terus bertangguh kerana sentiasa rasa tidak yakin diri dan sentiasa takut untuk menghadapi kegagalan.

Kegagalan pada saya adalah lumrah dalam membuat sesuatu dan tidak harus menyesalinya hingga ketahap merugikan emosi kita hingga kita akan rasa phobia menghadapi situasi yang sama jika ia timbul lagi. Maka sebab itulah kita digalakkan untuk solat istikharah memohon dari Allah tindakan bagaimana yang terbaik. Solat sunat istikharah bukan untuk perkara yang besar-besar sahaja. Tetapi yang kecil-kecil pun kita digalakan bersolat. Perbuatan ini berasaskan fakta bahawa segalanya Allah yang maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui dan Allah yang maha bijaksana. Kita mohon padaNya untuk yang terbaik.

Perkara ini selalu saya katakan pada anak-anak kerana orang muda biasanya kurang sabar untuk melihat kesudahan sesuatu masaalah. Ada  juga kalanya  rasa confident yang keterlaluan hungga banyak perkara yang tertinggal untuk dipertimbangkan sebelum memulakan sesuatu.

Kita harus mencari keseimbangan dalam berbuat sesuatu. Dan sebab itu kita sentiasa memohon pertolongan Allah swt jua. Diri ini tidak terkecuali.  Semoga kita tidak berbuat sesuatu  yang sia-sia dengan adanya kebergantungan pada Allah yang maha pencipta dan maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kita memohon ampun dan sentiasa berdoa.

....

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Salam Sis Ngasobah

Betul tu, when we are in doubt, kepada Allahlah kita minta petunjuk dengan cara beristikharah.
Hanya Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib...

ngasobahseliman said...

Salam Sis. Akak pernah diceritakan oleh seorang teman bahawa ada seorang tu ia akan berdoa walau pun kecil perkara itu, seperti ia perlu pada garam pun ia berdoa. MasyaAllah. Amat kuat kebergantongannya pada Allah. Tidak ada yang diambil "for granted".
Semoga Allah ampun kelalaian.

Related Posts with Thumbnails