"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 17, 2012

MEMBUJUR LALU.........




 AKU INGIN DAPAT BERDIRI TEGAP IBARAT POHON YANG KU LIHAT.

"Dalam menegakan prinsip, aku diajar supaya berani  
walaupun seorang diri,
kerana kebenaran itu tidak pernah memihak 
dan tidak pula ia boleh diwarnai".

Seminggu dua yang lalu aku menonton program "WITNESS" di ALJAZEERA. Ia menceritakan bagaimana seorang pejuang yang disyaki terrorist dipenjarakan di Guantanamo Bay, diseksa berbagai cara oleh CIA atau mereka yang sekongkol dengannya untuk mendapatkan maklumat. Pemuda ini berumur 15 tahun ketika ditangkap sejurus selepas peristiwa September 11. Saya kagum bagaimana ia boleh bertahan secara fisikal dan secara mental dan emosi. Ia dibebaskan beberapa tahun kemudian tanpa ada sebarabg dakwaan. (Keadilan ala-Amerika). Pejuang ini keturunan Pakistan dan ibu bapanya bermastautin di Canada.

Ramai pejuang Islam yang berkeupayaan dan berkemampuan seperti dia. Pastinya komitmennya tentang Islam sebagai satu kebenaran yang mutlak amat tinggi sekali.. Bila aku fikir-fikir tentang kisah begini, aku rasa amat jauh dari barisan hadapan perjuangan. Tidak pernah rasa pedih peri, tidak pernah rasa lapar dahaga dan tidak pernah rindu keluarga dan berbagai lagi.

Bila ku ingat kembali semasa berkerja dahulu, aku tidak berani pun untuk mempertahankan kebenaran sekuat-kuatnya kerana takut diambil tindakan tatatertib dan mungkin dibuang kerja. Aku hanya berani berbicara kuat tetapi masih berlapik dengan bahasa-bahasa diplomasi kerana masih takut dilabel sebagai tidak beradab. Pernah seorang boss berkata pada ku: "Bila Menteri suruh tu Ngasobah, buatlah sahaja. Jangan banyak soal." Biasanya aku diam sahaja dan minta diri dan balik ke bilik sendiri. Aku akan luahkan rasa kecewa pada Pembantu Khas ku. Ada kalanya aku hampir menangis, rasa kesal  dan rasa sedih kerana hujah ku tidak didengari. Nanti aku akan duduk lama termenung. Biasanya pembantu khas ku akan memujuk supaya bersabar. Dan biasanya aku senyum tawar....

Sekarang ku lihat semula ayat-ayat Quran yang dahulu semasa kerja tidak terlihat dek kurang ilmu. Ayat berikut mithalnya:

Surah Ali Imran ayat 13-14.

3:113

They are not [all] the same; among the People of the Scripture is a community standing [in obedience], reciting the verses of Allah during periods of the night and prostrating [in prayer


'Ahli-ahli Kitab itu tidak sama. Diantaranya ada golongan yang tetap, mereka Membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud.

3:114

They believe in Allah and the Last Day, and they enjoin what is right and forbid what is wrong and hasten to good deeds. And those are among the righteous.

"Mereka beriman pada Allah dan Hari Qiamat, dan suruh berbuat segala perkara yang baik dan melerang pada perkara yang salah; dan mereka pula segera  pada mengerjakan berbagai kebajikan. Mereka adalah dari golongan orang-orang yang soleh."


Sekarang aku bertambah yakin bahawa dalam usaha menegakan kebenaran kita harus berjiwa besar dan bersungguh-sungguh  dan bersabar. Itu pesanan teman-teman sekarang ini. Tidak mengapa jika tidak didengari, tidak mengapa jika tidak ada siapa yang peduli kerana Allah maha mengetahui. Anugerah hidayah adalah Hak Mutlak bagi Allah sahaja. Kita hanya berusaha sedayanya....

Tetapi aku khuatir aku tidak dapat mencapai tahap orang yang soleh yang benar-benar komited mahu membela maruah orang-orang Islam.  Sekarang aku hanya mampu berdoa kerana tenaga sudah amat berkurangan. Semoga aku mendapat keampunan dan mendapat kurnian Rahmat yang tidak terhingga dariNYA.

Seorang Ustaz pernah berkata pada ku. Untuk berani tegap berdiri, seseorang itu perlu pada tarbiah. Pendidikan cara konvensyenal tidak mencuckupi. Berani seorang diri pun tidak akan dapat melaksana apa-apa kerana tiada kekuatan. Kekuatan memerlukan bilangan yang besar. Dan kekuatan yang dihasilkan dari sistem Tarbiah yang betul dan sistematik akan menghasilkan bilangan yang diperlukan. Kita mahukan orang-orang yang berani kerana benar, bukan berani membabi buta.


Tarbiah membawa konsep pendidikan yang menyeluruh, yang HOLISTIc dan INTEGRATED. Kurikulum diadun begitu rupa dengan mengambil kira apa yang ada dalam alQuran, dalam Hadith dan dalam wahyu Allah di alam semesta.

Kandungan ALQuran dan Hadith akan dihayati hingga menjadi sebati dalam diri anak didik yang akan menjadikan mereka insan yang sempurna untuk menjalani hidup yang berbagai rupa cabaran yang dilaluinya. Dalam sistem Tarbiah, Guru bukan sekadar mengajar. Guru yang digelar MUROBI mengajar, mendidik, merundingi, memberi contoh dan berbagai lagi sifat-sifat yang positif.

Akal dan intelek perlu ditarbiah. Begitu juga Hati dan Jiwa. Begitu juga Ruh walaupun kita hanya tahu sedikir sahaja mengenai Ruh. Denagan ini tubuh badan akan menjadi kuat dan dapat bertidak cergas.
Sebenarnya di Malaysia sudah bertambah bilangan sekolah atau institusi pendidikan yang medukung sistem ini. Mereka menggunakan konsep Quranic Generation Development Program. Siapa yang berminat boleh menghubungai ADNI ISLAMIC SCHOOL di Kuala Lumpur. Ia sudah ada Laman Webnya sendiri untuk rujukan. Ada beberapa sekolah lagi yang boleh juga dirujuk.

Umur ku kini telah melepasi medan aktif. Tetapi cita-cita untuk membina kepimpinan yang boleh mengatur strategi dan tindakan untuk mengembalikan maruah orang-orang Islam masih sentiasa segar. Kini aku berusaha bersama dengan satu jemaah golongan pendidik dan aktivis sosial yang bergerak membangunkan sistem ini yang insyaAllah akan dapat menjamin kesejahteraan Ummah. Kita hanya dituntut berusaha bersungguh-sungguh. Hasilnya adalah hak Allah yang mutak. Semoga usaha kami diredhai Allah jua. Sama-sama kita berusaha dan berdoa.


......

4 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Puan,

Semoga puan mendapat keampunan dan mendapat kurnian Rahmat yang tidak terhingga dariNYA.Pulang ke SANA dengan meninggalkan jiwa-jiwa besar sebagai pesaka kepada dunia Islam.Saya kepingin menyusuri jejak Puan.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan..
Salam perkenalan saya juga.
Thank you for dropping by to my humble blog. :)

ngasobahseliman said...

Salam Dear Hasimah,
Perjalanan cita-cita sangat jauh. Sampai umur perlu menghambat masa. Doakan saya sihat dan terus Allah beri kemudahan. Hasimah pun dalam perjalan yang sama.Moga Allah meredhai.

ngasobahseliman said...

Salam Deru Ombak. Bertambah kenalan saya. Alhamdulilah. Kita kongsi ilmu dan pengetahuan dan pengalaman. Moga Allah menunjuki jalan. TQ

Related Posts with Thumbnails