Yakin itu ibarat merasai detik-detik degup jantung berterusan damai
Kerana yakin itu suatu kekuatan yang membuat minda luar biasa berfikiran
Yang mengenal kekurangan, kelemahan dan kekangan di sekeliling diri
Tetapi akan terus maju ke hadapan berani mencari dan membukti
Tetapi akan terus maju ke hadapan berani mencari dan membukti
Yang membujur akan lalu, yang melintang akan patah.
Tetapi diri akan tetap ambil peduli.
Tetapi diri akan tetap ambil peduli.
Namun tidak mungkin itu akan menjadi kenyataan
Jika yakin itu hanya kata-kata di bibir mahu dilihat tampan
Mahu dilihat berani tiada bandingan.
Mahu dilihat berani tiada bandingan.
Jika itu hanya aksi
Akan tenggelam keyakinan diri, tiada nilai peribadi
Kerana yakin itu paksinya ikhlas dan jujur dihati
Kerana yakin itu paksinya ikhlas dan jujur dihati
Yakin penyaksian Allah itu maha tinggi tiada terduga akal sendiri
Dan pengabdian pada Allah tiada beza yang zahir dan yang tersembunyi
Dan pengabdian pada Allah tiada beza yang zahir dan yang tersembunyi
Tiada erti ruku' sujud jika hati belum tunduk tanpa mengira manusia menyaksi
Yakin itu satu kekebalan
Tidak akan terpedaya pada bisikan hasutan manusia dan syaitan
Tidak akan celaru akal fikiran, walau segunung emas dijanjikan
Berdiri Yakin...
Di hadapan Tuhan, Rabb sekelian alam.
Yakin itu satu kekebalan
Tidak akan terpedaya pada bisikan hasutan manusia dan syaitan
Tidak akan celaru akal fikiran, walau segunung emas dijanjikan
Berdiri Yakin...
Di hadapan Tuhan, Rabb sekelian alam.
2 comments:
Assalamualaikum wbkt
Amat selalu mahu yakin, apa lagi dalam perkara berkaitan iman. Tak dinafikan, sekalipun mahu sentiasa berdiri yakin, amat sukar mahu mempastikan keyakinan itu berdiri. Dengan tegaknya! Semoga bantuan Allah sentiasa ada.
Semoga jadi berpindah ke Putrajaya... tinggal dekat dengan anak-cucu. Saya suka melihat persekitaran Putrajaya yang teratur rapi.
Terima kasih Pak Temuk mamper lagi. Mampernya orang seorang keturunan satu kapal selalu membuat saya teruja. Orang dulu menyeberang lautan yakin pertolongan Allah hampir. Dengan kapal tongkang pun berani menyeberang lautan bergelora. Allah samapikan hajat mereka. Alhamdulilah. Saya selalu kata pada anak-anak kita sekarang selalu lemah semangat. Tidak ada keberanian untuk menegur kezaliman walaupun kezaliman berlaku di depan mata.
Tak tahulah Pak Temuk. Ini bukan cakap politik. Cuma seperti cakap politik. Pak temuk berani sebut undi siapa?
Salam.
Post a Comment