"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 12, 2013

Perangkap minda...Lawan Hitam itu Putih ?!!...





Dalam kemelut politik pilihan raya, (ditambah pula dengan kemelut keselamatan negara)  saya perhatikan melalui bacaan di surat khabar atau di media mana sekalipun, ramai antara kita yang keliru tentang bagaimana mahu menganalisa sesuatu isu yang timbul di kalangan masyarakat dan di negara seluruhnya. Ini menyebabkan isu itu kecil sahaja, tetapi impaknya jadi besar.
LAWAN GELAP ITU TERANG ?

Kita sering tidak dapat melihat dan membezakan antara  pokok dari hutan (between the trees and the forest) dan  ibaratnya tidak dapat melihat perbezaan warna yang kita lihat. Bukan kerana kita 'color blind'  tetapi kita sudah amat terbiasa dengan suatu cara berfikir maka kita sulit melihat sesuatu dari sudut yang berlainan.

Maka bila ditanya: Apa lawan warna hitam, jawabnya pasti : Putih.

Itu fakta yang kita selalu dengar dan otak kita ikut sahaja jawapan seperti itu. Bukankah lawan warna hitam itu ialah: Bukan Hitam. Kenapa tidak boleh kita katakan Kuning atau Merah atau jinga atau  apa jua yang lain yang berwarna garang?

Inilah masaalah cara otak kita sudah dibiasakan berfikir. Hanya nampak satu cara sahaja. 
Kita ambil satu contoh mudah untuk menjelaskan maksud saya.

Ini peristiwa  yang  baru berlaku di Masjid di kampung saya.
Oleh kerana bilik mengurus jenazah terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan qurters pegawai-pegawai masjid, maka  timbul sedikit pergesaran pendapat tentang di mana harus ditempatkan bilik mengurus jenazah buat sementara waktu.

Pihak pentadbiran masjid telah mengambil keputusan untuk menggunakan bilik bersalin pakaian wanita besebelahan dengan temapt wudhu wanita sebagai bilik mengurus jenazah. Ramai wanita  (muslimah) yang tidak selesa dengan keputusan ini. Beberapa ahli muslimah terkejut dan rasa berdebar dan seram sejuk bila melihat perubahan itu. Ada yang terang-terang menyatakan rasa ketakutan. Maka mereka menulis surat membantah keputusan itu. Mereka minta diubah tempat atau dihentikan perkhidmatan buat sementara waktu.

Saya mengusik teman-teman saya yang kuat membantah dengan mengatakan :

"Tak apelah. Kan eluk untuk kita kerana kita akan terpaksa mengingati mati bila turun untuk berwudhu. Kita dituntut mengingati mati sebab itu kita disunatkan ziarah kubur. Kalau takut ajak kawan menemani kita. Lama-lama hilanglah takut".

"Janganlah macam tu, Sobah. Bukan semua orang selesa berdekatan dengan jenazah. boleh tak tidur malam."

"OK lah. Saya hanya beri pandangan. Cuma saya khuatir kalau diberhentikan perkhidmatan mengurus jenazah, nanti ahli yang rumahnya kecil bermasaalah pula".

Tiada susulan bicara atas pandangan saya. Senyap-senyap kami minta diri dan beredar.

Itu kisah kecil.

Dalam polotik (dalam dan luar negara) ada berbagai contoh.

Sebenarnya bermacam cara kita boleh menyelesaikan sesuatu masaalah. Dan jika benar-benar  sudah kehabisan cara, kita boleh bersabar jika dengan kesabaran itu kita membolehkan orang lain mendapat munafaatnya. Bukankah dalam Islam kita digalakan mendahulukan kepentingan saudara Islam kita yang lain.

Pendek sahaja bicara saya. Kita fikirkan bersama bagaimana masaalah kecil boleh jadi seperti besar sangat kerana semata-mata orang-orang yang terlibat tidak dapat berfikiran di luar fikiran biasa. Banyak istilah digunakan oleh pakar motivasi professional  mengenai cara kita berfikir seperti  'lateral thinking' , 'whole brain thinking' , 'think outside the box'  dan berbagai lagi.'
Kadang-kadang kita tahu secara theory kemahiran berfikir tetapi kita  masih boleh terperangkap. Kata seorang ustaz : Kita jangan terlalu bergantung pada kepintaran akal. Dalaman jiwa kita harus kuat denagn pegangan aqidah supaya kita sentiasa Allah pelihara dari tergelincir jauh apabila menyelesai sesuatu masaalah.

Dan jangan pula kita mengatakan: kenapa orang Barat (dan Timur seperti Jepun dan China)  di negara maju yang menguasai ekonomi dunia sekarang tidak perlu ada aqidah pun. Tetapi mereka berjaya. Kata ustaz itu namanya 'Istidraj'. Allah  'beri muka' dan mereka rasa hebat. Tetapi Allah boleh rentap semula tanpa menunggu hari Qiamat. 

Kita lihat dengan mata kasar dan dengan mata hati. Bukankah negara-negara itu sudah mula mengalami keruntuhan dalam berbagai aspek kehidupan seperti ekonomi dan sosial?

Sama-sama kita fikirkan. "Lawan Hitam Bukan Putih".
Semoga Allah mengampuni dan menunjuki kita jalanNya.

...

4 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Benar tu kak, rasanya ramai di kalangan manusia sukar untuk berfikir dan mencari makna lain di sebalik perkara-perkara yang berlaku. Selalunya hadam sahaja apa yang dimomokkan, biarpun bersalahan dengan fakta.

Mudah-mudahan kita di kalangan orang-orang yang diperlihatkan oleh Allah apa yang benar itu benar dan apa yang batil itu batil dan beramal dengan yang benar.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam. Sama-sama doa Allah bersama. Akak ke Tangkak hari ini tengok sekolah Tadika. Nanti senang-senang datanglah tengok-tengok dan komen untuk lebih baik. Take care.

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Kak Wardah dan Puan Sobah.

Ya perbendaharaan baru yang saya dapat. Kalau bukan hitam itu tidak semestinya putih tetapi banyak warna pilihan.

"Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."(Ar-Ra'd:4)


ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam. Betul ayat Quran itu Simah. Sebab itu sentiasa kebimbangan walaupun sudah sekian lama hidup masih banyak yang belum diketahui dan dimengerti. Maka itulah saya selalu sahaja mohon keampunan kerana tak mungkin adat kata nak tahu dan lepas itu laksana pula. Namun Simah doakan semoga Allah masih bagi ruang dan peluang untuk terus menghampirkan diri padaNya.

Related Posts with Thumbnails