Selangkah lagi dalam perjalanan yang masih jauh, masih penuh ujian dan dugaan. Jalan yang sempit penuh lopak-lopak.
Tetapi saya sudah mula belajar bertenang dan meyakini bahawa pertolongan Allah itu hampir bagi mereka yang ikhlas dan berusaha penuh taqwa mencari redha Allah. Itu pesanan orang-orang yang beriman.
Maka saya bergelut dengan lintasan-lintasan di hati yang membisikan berbagai-bagai kerungsingan dan ketidakpastian. Kadang-kadang rasa ketakutan memikirkan sama ada usaha yang dijalankan sudah benar-benar menepati kehendak syari'e. Saya hanya mampu pasrah semoga Allah menurunkan pertolonganNya yang tidak terbayang akal biasa.
Pada 17 Mac 2013 SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School (SUFI) Tangkak mengadakan majlis memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Gambar di atas menunjukan anak-anak berselawat denagn iringan kompang yang dilatih oleh Ustazah Khairiah bt Muslim.
Tujuan sampingannya ialah untuk memaklumkan pada ibu-bapa pada anak-anak bahawa di SUFI anak-anak sudah mencapai sebahagian dari obejektif penubuhan Institusi ini, iaitu menunjukan bagaimana cerianya anak-anak menghayati sebahagian kurikulum sepadu yang kita beritakan. Mempelajari sesuatu harus dalam suasana ria semoga mencapai hasrat "Going to School is Fun". Semoga anak-anak tidak ada rasa bosan dan menghadiri SUFI adalah suatu yang dinanti-nantikan. Alhamdulilah kami sudah membuat permulaan.
Ibu-bapa dan tetamu kehormat bangun berdiri berselawat sama dan meraikan bakat-bakat yang ada yang sedang dikembangkan.
Anak-anak Tadika beraksi dengan tiga buah lagu.
Tidak ketinggalan anak-anak Tasaka pun menunjukan bakat yang ada.
Pada pandangan saya murobbiah dapat mendisiplinkan mereka di hadapan ibubapa pun sudah menjadi kepuasan pada yang hadir. Maka dibawah ini saya rakam ibu-bapa tidak putus-putus mengambil foto untuk album keluarga. Kami bersyukur kerana sudah maju selangkah lagi.
Alhamdulilah.
Majlis kami juga diserikan dengan ceramah ringkas oleh Ustaz Irfan Farid Taufiq bin Qamaruddin yang menceritakan keagongan Rasulullah saw untuk diteladani. Di bawah ini sedikit "lintas langsung" ceramahnya.
Alhamdulillah, ceramah yang padat ringkas tetapi signifikan.
Kami juga mendatangkan seorang Ustaz dari MITIB, Ustaz Rosli Ahmad untuk berkongsikan pengalaman melaksana kurikilum IHEAS / QGDP untuk maklumat umum. Ustaz ini membantu SUFI dalam menjana Dana untuk pembangunan dan operasi.
Maka hari Ahad 17 Mac bersamaan dengan 5 JamadilAwal 1434
adalah hari bersejarah bagi SUFI. Enam bulan yang lalu tidak termimpi kami Allah kurnia nikmat bersama dengan anak-anak kecil mengorak langkah
menuju kesuatu destinasi yang dipelopori oleh Rasulullah semoga membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Itulah doa kami semoga Allah memudahkan segala urusan dan menurunkan pertolonganNya yang tiada sempadan.
Ameen Ya Rabb.
...
No comments:
Post a Comment