"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 7, 2013

Kita sering diingatkan.....



Renungan Untuk Esuk, Hari Jumaat.



A039
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
(Maryam 19:39)  
 
A040
Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
(Maryam 19:40

P.S: Kata Ustaz orang yang menyesali diri termasuk juga orang-orang yang Allah kurnia berbagai-bagai kenikmatan yang melimpah ruah tetapi tidak memunafaatkan sepenuhnya untuk diri dan untuk orang lain. Mithalnya; Allah kurnia kita bnyak masa tetapi kita tidak menggunakan masa untuk beramal atau membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Allah kurnia ilmu tetapi kita lalai dan hanya buat sesuatu untuk kepentingan diri sahaja.

Maka ustaz kata berwaspadalah. Jangan kita menyesal kerana tidak mengoptimakan kemampuan yang ada pada diri, sama ada untuk diri atau untuk maslahah umum.
 
Kami mohon keampunan mu, Ya Rabb.

.....
 


2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Kak

Semoga sentiasa beroleh kesejateraan dan dalam redha Allah SWT.

Orang-orang yang mempersendakan ajaran Allah SWT juga termasuk dalam kategori ini.

"Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya."(Yaa Siin 36:30)

Sungguh, saya sangat bimbang, kerana begitu banyak nikmat yang perlu disyukuri namun benarkah saya telah benar-benar mensyukurinya. Allahu Rabbi

ngasobahseliman said...

Salam Werda. Moga Werda sihat-sihat sahaja dan sejahtera adanya. Kak punya ukuran gula darah ada sedikit meragam. Kena sabar tentang pilihan makanan. Doakan Kak sihat. Akak masih tolong kawan urus sekolah di Tangkak. Bebagai masaalah guru berhenti. Jabatan nak lulus lesen pun banyak "karenah". Kena buat tanpa komplain. Takut batal amalan.Werda tolong doakan. Akak nak cuba optimakan tenaga dan masa untuk sesuatu yang bermunafaat. Nak elak penyesalan berterusan. Sekarang pun dah menyesal bila lihat semula masa muda banyak santai. Moga Allah mengampuni.

Related Posts with Thumbnails