"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, February 3, 2016

Bertambah keliru ?.......







"Serabutlah fikiran...."

Keluhan seorang teman bila sembang-sembang santai mengenai percaturan kuasa yang sedang melanda negara kita. "Kata dah pulangkan sumbangan derma....tapi katanya masih boleh dipersoalkan kerana ada fakta yang tidak cukup jelas."

"Tak payak serabut-serabutlah.....Dah kata AG begitu kita dengari sahaja. Siapalah kita? Bukan belajar tinggi-tinggi pun. Ini hah anak saya .....Dia belajar ilmu undang-undang sampai ke Barat pun.....Bila kita tanya dia senyum aje".
"Mak.... kita diam sudahlah....biar yang pandai dan punya kuasa selesai masaalah kita sekarang. Eluk kita teruskan hidup dan banyak munajat.... Perancangan Allah maha hebat. Jangan ingat kita pandai sangat......." anak saya cuba bela diri.

"Kan kita dan belajar, walaupun sikit. Ustaz dah sampaikan ayat alQuran yang suruh kita fikir-fikir.", celah teman yang lain pulak. Kita tenguk balik.....(serious)...
Sampai di rumah saya cuba lihat alQuran.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff 61:1) |


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2) | 


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3) |

Dalam hati saya berkata: Tak apelah kita serabut sikit pasal  perilaku sesetengah individu, tetapi kita harus jelas dengan apa yang Allah telah firmankan. Allah benci pada sesiapa pun kalau tidak jujur, tidak bercakap benar.

Saya teringat kata ustaz lagi bahawa Allah memang ada menjelaskan dalam alQuran  yang bermaksud bahawa bumi ciptaan Allah ini akan di kuasi oleh orang yang beriman. Asal sahaja ia benar-benar beriman dan bertaqwa dan sentiasa mentauhidkan Allah. Ustaz kata ayat An Nur 55 amat jelas. Kita lihat di sini.


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Allah benci pada orang yang bercakap tak seperti bikin.....
Kita fahamlah.....

Seharusnya sudah tidak keliru. "Mesej dari langit" amat jelas. Allah kata orang yang beriman akan menguasai dunia, bukan Malaysia sahaja. Tetapi jangan mempersekutukan DIA. Harus beriman dan bertaqwa. Kita akan bersemuka denganNYA di akhir hayat kita. Jangan kita mensyirikan Allah dalam apa bentuk sekali pun. Jangan ambil ringan. Tidak ada siapa yang dapat menolong kita.....TIDAK ADA SESIAPA PUN....walaupun orang tersayang semasa hidup kita.

Semua yang rasa bersalah harus kembali ke pangkal jalan, bertaubat.
Rakyat pun lega pastinya, dan jika hak rakyat tidak dikembalikan pun besar kemungkinan rakyat dapat memaafkan asal sahaja kita  melutut merendah diri bahawa dunia ini bukan kita punya. Dan kuasa yang ada pun hanya sekelumit dan  hanya sementara dan tidak ada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah, maha Pencipta dan maha Bijaksana.

AllahuAkbar..........

Kemelut yang ada makin hari saya merasai semakin kompleks dan semakin menakutkan orang-orang biasa seperti saya. Negara luar pun melihat serong akan pemimpin kita dan katanya seperti sudah tidak ada keyakinanan untuk melabur di sini. Ini mungkin menyebabkan ekonomi kita makin merudum. Saya khuatir untuk anak cucu......

Siapa yang hendak dipersalahkan?
Orang-orang politik.
Pemimpin negara?
Orang-orang kaya?
?????

Hamza Yusuf's photo.




Saya dan teman-teman saya pun menyedari diri bahawa ini semua mungkin hasil sikap rakyat, termasuk kami,  yang ambil mudah terhadap pemegang kuasa....kepimpinan negara. Tidak berfikir panjang, dapat habuan sedikit sudah amat terhutang budi dan sering memuji-muji lalu percaya penuh atas apa jua tindakan. Ramai kita bersikap nafsi-nafsi. Hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Maka beginilah jadinya.

Suhanallah.......



......................sampai di sini sahaja sembang santai saya dengan teteman jiranan. Rasa terlalu penat mahu terus mempersoalkan......
Semua jalan nampak buntu.
Eluk kita muhasabah diri senyap-senyap sendirian. Sebagai individu dimana silap kita?
Mohon keampunan Mu ya Rabb....
Kasihanilah kami.....


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails