Alhamdulilah. Tahun 2016 SmarTop Subur Fitrah dapat menukar warna uniform Tadika. Dahulunya warna kuning jinga dan coklat. Kini biru dan merah seperti gambar di kiri. Semoga wajah baru ini menambah keceriaan pelajar dan guru.
Kos wajah baru ini lebih dari tahun lepas. Alhamdululah, kerjasama ibu-bapa amat membanggakan.
Namun wajah baru kami bukan dari segi rupa sahaja. Kami cuba menjadi satu pusat pendidikan yang holistik dan membangun bukan untuk sendiri tetapi untuk ummah seluruhnya. Walaupun sumbangan untuk ummah itu kecil, kami in- sya-Allah peka bahawa kita harus berkongsi apa jua yang akan membawa munafaat bersama.
Maka pada hari Sabtu lepas kami melancarkan aktiviti memanah sebagai acara extra-kurikulum. Kami aturkan ini juga sebagai satu percubaan untuk peringkat umur dan juga sebagai satu pemberitahuan pada masyarakat setempat bahawa SmarTop boleh mengaturkan program ini bagi mana-mana kumpulan berbagai umur yang berminat. Teman partner saya Datin Noraini sudah berbincang dengan satu syariakt Memanah yang sudah berjaya mengaturkan bagi peringkat dewasa. Kami mahu memulakan dari peringkat kanak-kanak kerana ia juga mereupakan satu proses "Brain Gym" yang boleh membina otak untuk mudah fokus pada sasuatu tumpuan yang diperlukan. Ia juga membina flexibility anggota.
Senaman untuk flexibility dan kekuatan jejari.
Percubaan sedikit demi sedikit
Saya memerhati dan membantu jurulatih memberi penerangan.
Mencuba untuk membina keyakinan diri.
Program ini diakhiri dengan satu perbincangan pst-mortem antara syarikat dan pengurusan SmarTop bagaimana mahu memberbaiki program ini supaya ia lebih menarik dan lebih effective. Alhamdulilah kami dapat merumuskan satu strategy baru untuk kami cuba nanti bagi kali kedua pada akhir Februari ini. Kami juga akan cuba mendapatkan jurulatih Muslimah untuk pelajar perempuan. Semoga hasrat kami kesampaian demi membina sukan Sunnah Rasulullah sallahualaihiwasalam untuk generasi muda kini.
In-sya-Allah hingga bertemu hujung bulan, sama-sama kita doa untuk kejayaan dunia akhirat.
......
No comments:
Post a Comment